Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

MAJLIS TARI-MENARI – KETUA HAKIM NEGARA, PEGUAM NEGARA DAN MENTERI UNDANG2 DITUNTUT BERSIKAP JUJUR SERTA IKHLAS

1. Tidak saya sangka dalam kesibukan dan kepenatan urusan kerja yang memerlukan saya berulang alik dari Lembah Kelang ke Pulau Pinang setiap minggu semasa kini, boleh memberi PERSEPSI kepada segolongan pihak berkenaan seolah-olah saya sengaja berdiam diri daripada memberi komen berkaitan isu “tari-menari ” KETUA HAKIM NEGARA, PEGUAM NEGARA dan MENTERI UNDANG-UNDANG, yang tertular di media massa sepanjang hari ini, sedangkan saya cuma mendapat maklum berkaitan perkarai ini mulai jam 5 petang tadi.  semasa masih dalam perjalanan di Lebuhraya sebelum sampai di pejabat saya di Kota Damansara ini.

2. Sememangnya pada 02.09.2016 melalui Siri : 291, saya telah memberi komen dan kritikan berhubung satu lagi perkara yang hampir sama berkaitan tularan satu Video berhubung tingkahlaku di khalayak ramai APANDI ALI sebagai PEGUAM NEGARA pada ketika itu, dalam BERNYANYI dan BERSUKA-RIA dalam PAKAIAN SERAGAM dengan  MENTERI-MENTERI KABINET KERAJAAN semasa Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31.08.2016. (Video berkaitan di bawah, Ruang Atas)

3. Saya juga telah di Perenggan 7 di sana menyatakan :

” 7. Saya, dengan sejujur dan seikhlas mencabar PEGUAM NEGARA untuk memberi penjelasan yang benar dan munasabah tentang kandungan tingkahlaku beliau dalam video ini, dan jika tidak, PEGUAM NEGARA hendaklah dengan cara terhormat MELETAK JAWATAN pada kadar segera !!! ”

4. Begitu juga kedua-dua Video yang telah tertular dan dimajukan kepada saya pada hari ini, menunjukkan antara lain TItingkahlaku GAULAN MESRA TARI-MENARI yang memperlihatkan keakraban KETUA HAKIM NEGARA dan PEGUAM NEGARA TOMMY THOMAS di atas pentas yang sama dengan MENTERI UNDANG-UNDANG, berserta para peguam lain di khalayak kesemua yang hadir di Majlis Makan Malam sempena Pembukaan Tahun Perundangan 2019. (Video-video berkaitan di bawah, Ruang Bawah Kiri & Kanan)

5. Walaupun, ada pihak yang akan mengutarakan pandangan bahawa ianya adalah “biasa” untuk kesemua pihak berkenaan bersosial dalam satu Majlis Sosial yang diniatkan untuk beramah mesra, namun pada masa yang sama ianya juga TIDAK BOLEH DINAFIKAN bahawa tularan tingkahlaku tersebut yang dipaparkan dalam Video-video berkenaan semestinya akan menimbulkan PERSEPSI seolah-olah kedaulatan undang-undang (rule of law) dan prinsip pengasingan kuasa (separation of powers) di antara bidang KEHAKIMAN (Ketua Hakim Negara, PERUNDANGAN (Peguam Negara) dan EKSEKUTIF(Menteri Undang-undang) BOLEH dan TELAH DIGUGAT melalui tingkahlaku berkenaan atas alasan-alasan berikut :

(a) Sebahagaian besar daripada masyarakat am Malaysia, tidak langsung mempunyai pengetahuan berkaitan kewujudan Majlis Sosial seperti itu, dan semestinyalah akan terkejut dengan GELAGAT dan TINGKAHLAKU pihak-pihak berkenaan seperti yang terpapar dalam Video-video berkenaan !!,

(b) Secara langsung, GELAGAT dan TINGKAHLAKU pihak-pihak berkenaan juga, BOLEH menampilkan kekhuatiran tentang keakraban kesemua pihak berkenaan yang boleh GUGAT dan CALAR akan kewibawaan bidang KEHAKIMAN dan PERUNDANGAN kerana kesemua perikaian perundangan yang dibicarakan oleh sistem kehakiman akan sering menemukan kesemua pihak yang sama dari masa ke semasa !!,

(c) Kesemua pihak yang berkenaan dalam bidang KEHAKIMAN dan PERUNDANGAN juga seharusnya lebh peka dengan harapan kesemua lapisan masyarakat dari setiap perspektif, adat dan keturunan bahawa peradaban dan tatasusila pihak-pihak berkenaan semestinya dijaga dan dikekalkan di tahap tertinggi, yang mana boleh dikatakan adalah di luar daripada apa yang dipaparkan dalam Video-video itu !!, dan

(d) Bebas daripada hak setiap individu terbabit untuk menjalani corak hidup sendiri secara PERIBADI, mereka juga WAJIB peka bahawa  di era sistem teknologi terkini yang melibatkan kemudahan untuk mengambil rakaman video atau gambar yang dapat diedarkan ke khalayak ramai dalam sekelip mata, maka  GELAGAT dan TINGKAHLAKU kesemua pihak berkenaan yang boleh tampilkan PERSEPSI NEGATIF terhadap sistem KEHAKIMAN dan PERUNDANGAN hendaklah dielakkan sepenuhnya !!

6. Secara peribadi, saya berpendapat tatkala kita kini berada di era “MALAYSIA BARU”, masyarakat awam, berhak untuk mengharapkan kedaulatan undang-undang (rule of law) dan prinsip pengasingan kuasa (separation of powers) adalah sentiasa terpelihara dan GELAGAT dan TINGKAHLAKU seperti yang dipaparkan dalam Video-video berkenaan TIDAK SEHARUSNYA berlaku, supaya tidak wujud sebarang RISIKO  yang boleh mendedahkan sistem KEHAKIMAN dan PERUNDANGAN negara kita, jatuh tersungkur dalam memelihara kedaulatan undang-undang (rule of law) dan prinsip pengasingan kuasa (separation of powers) yang menjadi tunggak PERJUANGAN yang telah membawa kejayaan 09.05.2018 itu !!

7. Justeru, saya dengan penuh takzim, sedih dan pilu POHO akan kesemua pihak yang terbabit, iaitu KETUA HAKIM NEGARA, PEGUAM NEGARA dan MENTERI UNDANG-UNDANG untuk :

(a) Bertanyakan pada diri masing-masing secara JUJUR dan IKHLAS, bukankah GELAGAT dan TINGKAHLAKU seperti yang dipaparkan dalam Video-video berkenaan mempilkan PERSEPSI bahawa kedaulatan undang-undang (rule of law) dan prinsip pengasingan kuasa (separation of powers) dalam bidang KEHAKIMAN dan PERUNDANGAN telah tergugat ??!!

(b) Seterusnya, dan sekiranya JAWABAN setiap seorang mereka itu secara JUJUR dan IKHLAS kepada SOALAN di Perenggan 7(a) di atas adallah : YA, maka saya serahkan kepada kebijaksanaan setiap mereka secara peribadi untuk mengambil tindakan lanjut secara JUJUR dan IKHLAS yang WAJIB kembalikan keyakinan keseluruhan masyarakat awam kepada pematuhan kedaulatan undang-undang (rule of law) dan prinsip pengasingan kuasa (separation of powers) dalam sistem KEHAKIMAN dan PERUNDANGAN negara kita ini !!

Haniff Khatri AbdullaPeguam.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x