JIKA IKHLAS, TUN M PATUT MUKTAMAD SEGERA TARIKH PENYERAHAN KUASA

Kenapakah perkara ini tidak ditangani dengan sebaik-baiknya, sedangkan ia adalah perkara penting kepada rakyat dan negara?

Adakah Tun Mahathir Mohamad yang bakal menyerahkan kuasa tidak mahu menanganinya?

Atau Anwar Ibrahim yang akan menerima penyerahan kuasa tidak mahu ia ditangani?

Siapa yang patut memulakannya?

Dalam soal ini, adalah tidak manis sebenarnya jika Anwar yang terlihat meminta-minta walaupun beliau sudah dijanjikan untuk diberikan jawatan itu.

Makanya, jika Tun Mahathir benar-benar ikhlas mahu melakukan penyerahan kuasa kepada Anwar sebagaimana yang dijanji dan selalu disebutnya, beliaulah yang sepatutnya memulakan langkah ke arah tersebut.

Jika ketika melakukan penyerahan kuasa kepada Tun Abdullah Badawi dahulu, Tun Mahathir boleh menetapkan tarikhnya, mengapa tidak terhadap Anwar kali ini?

Susahkah memilih tarikh, misalnya Jun 2019, Disember 2019 atau Jun 2020 untuk diri sendiri berundur secara muktamad dan menyerahkan kepada Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri?

Susah?

Tak susah….kalau dalam hal ini Tun Mahathir benar-benar ikhlas mahu menyerahkan kuasa Perdana Menterinya kepada Anwar.

Tapi ia akan jadi sangat susah kalau ada perasaan lain di lubuk hatinya. (ShahbudinHusin 16/01/2019)

Updated: 26 March 2019 — 2:12 pm

Leave a Reply

Your email address will not be published.