Month: January 2019

KAJIAN TERBARU – 54 PERATUS TAK SETUJU TUN M JADI PM SEPENGGAL, 60 PERATUS TAK PUAS HATI DENGAN PH

Berikut adalah antara beberapa dapatan  hasil kajian terbaru oleh Ilham Centre bersama Penang Institute berkaitan  kerajaan PH dan isu-isu di sekitarnya. Kajian adalah melibatkan 2,614 responden dan dijalankan bagi tempoh 24 Oktober hingga 24 Disember 2018 yang lalu. Kajian menunjukkan 53.6 peratus responden tidak bersetuju Tun Mahathir Mohamad menamatkan tempohnya selama lima tahun sebagai Perdana […]

PEGUAM NEGARA CETUS KRISIS PERLEMBAGAAN TERBARU?

1.  Pada 24.01.2019, KOSMO! ONLINE bertajuk “Tubuh tribunal siasat tuduhan serius membabit ahli SPR” telah melaporkan : “Satu tribunal ditubuhkan bagi menyiasat tuduhan serius membabitkan enam Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung peranan mereka dalam persiapan dan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ketika sebelum dan hari pengundian pada 9 Mei 2018.”, “Peguam Negara, Tommy […]

KAUKUS PARLIMEN ANGKAT KEDUDUKAN RAKYAT MISKIN DESA DAN BANDAR

Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus diwujudkan adalah bertujuan untuk mengkaji dan meneliti segala undang-undang, peraturan, cadangan, usul, petisyen, lampiran atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan langkah-langkah dan matlamat untuk menaiktaraf dan memperbaiki institusi Parlimen sebagai mekanisme semak imbang yang efektif. Dalam pada itu, Kaukus ini yang dipengerusikan oleh saya turut melibatkan Ahli-Ahli Parlimen dari kedua-dua […]

JIKA RASA2 TAK MAMPU TUNAIKAN JANJI, BAIKLAH MINTA MAAF DAN LETAK JAWATAN DENGAN SEGERA!!

Di mana-mana ketika ini, semakin ramai yang bersuara menuntut agar kerajaan PH segera menunaikan janji-janji utama yang dibentangkan kepada rakyat sebelum PRU14 lalu. Bukan saja mereka yang merupakan penyokong BN dan rakyat biasa yang mula menuntut perkara tersebut, malah ketika ini kalangan daripada dalam PH sendiri sudah tidak segan-segan bersuara mengenainya. Anwar Ibrahim dan Dr. […]

MEMENJARAKAN NAJIB SEMATA-MATA TIDAK MENJAMIN RAKYAT GEMBIRA

Dalam tulisannya yang seperti biasa adalah atas kapasiti peribadi sebagai blogger dan bukan sebagai Pegawai Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, A Kadir Jasin berkata, rakyat akan lebih gembira terhadap kerajaan selepas berakhirnya PRU14 jika Najib Razak dipenjarakan secepat mungkin. Menurut beliau, ramai yang menjangkakan bekas Perdana Menteri itu dapat dimasukkan ke penjara dengan lebih […]

SEJAK BILA JIWA REFORMASI AZMIN SUDAH DIRESAPI BUDAYA BODEK?

Dua hari lalu, ketika sudah agak lewat malam, Azmin Ali menulis dua hantaran di laman Twitternya seperti berikut:“PM @chedetofficial berikrar akan berkhidmat hingga ke akhir hayat demi umat dan negara. Alhamdulillah teruskan khidmatmu Tun”. “Terima kasih rakyat Malaysia kerana meyakinkan saya bahawa Tun @chedetofficial adalah the best choice untuk memimpin negara”. Tulisan Timbalan Presiden PKR […]

LIMA ASAS BAGAIMANA PH BOLEH TERUS KEKAL BERKUASA

Susulan kekalahan PH di Cameron Highlands baru-baru ini yang jelas menggambarkan rakyat mula tidak berapa gembira terhadap kerajaan sedia ada, banyak pihak bersuara agar tindakan segera diambil untuk menanganinya. Dalam sekian banyak suara dan kritikan yang kedengaran itu, yang paling menonjol disuarakan ialah agar kerajaan segera menunaikan janji-janji manifesto dalam PRU14 yang lalu. Termasuk yang […]

PESANAN DARIPADA BAKAL PENGGANTI TUN MAHATHIR

KENYATAAN MEDIA KEADILAN menerima keputusan Pilihanraya Kecil (PRK) Cameron Highlands, dan mengucapkan tahniah kepada sdr Ramli Mohd Nor yang dipilih menjadi wakil rakyat. KEADILAN mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang telah mengendalikan PRK Cameron Highlands dengan baik, terutama dari sudut pengurusan aduan awam serta pengumuman keputusan yang awal. Saya percaya keputusan ini menjadi peringatan […]

SELEPAS CAMERON HIGHLANDS, JIKA PH TIDAK JUGA BERUBAH, PENGUNDI WAJIB MENGHANTAR ISYARAT KEDUA MELALUI SEMENYIH PULA

Sejak keputusan PRK Cameron Highlands diumumkan malam semalam, boleh dikata hampir 80 peratus rakyat gembira dengan kemenangan BN menewaskan PH dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU14 lalu. Di perbualan umum, sembang-sembang kedai kopi, sembang maya dalam Whatsapp Grup dan luahan hati di media-media sosial, bukan saja pendokong dan penyokong BN yang menzahirkan kegembiraan mereka […]

KEKALAHAN PH DI CAMERON HIGHLANDS TANDA BERMULANYA PENOLAKAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN

Sebagaimana yang diduga dan barangkali ramai juga yang mengharapkan perkara yang sama, BN akhirnya berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan menewaskan calon PH dan dua lagi calon Bebas Bagaimanapun, apa yang mengejutkan berbanding PRU14 lalu di mana BN melalui calon MIC, C Sivaraajh menang hanya dengan majoriti 597, kali ini majoritinya bertambah kepada 3238 […]

KENAPA BARU SEKARANG TUN MAHATHIR MAHU BEKERJA SAMPAI MATI?

“Bintang Kebesaran paling saya minati ialah KSM – Kerja Sampai Mati,” kata Tun Mahathir Mohamad. Meskipun berseloroh berkaitan nama bintang kebesaran tersebut, Perdana Menteri seterusnya menambah, selagi ada hayat, selagi itulah beliau akan terus bekerja membetulkan keadaan negara ini. “Ini negara kita, kita dilahir di sini, dibesar di sini, berkahwin di sini, dapat anak di […]

MESKI DIBANTU KEHADIRAN TUN M, KURANGNYA UNDI MELAYU & ORANG ASLI SERTA PERATUSAN KELUAR MENGUNDI BUKAN MELAYU RENDAH, CALON PH DIJANGKA TEWAS

PENDAHULUAN Pilihanraya kecil Cameron Highlands kali ini menyaksikan pertembungan kali pertama antara Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan melawan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Barisan Nasional. Pola terakhir pengundian menyaksikan kedua-dua parti cuba untuk meraih sokongan orang Melayu dan Orang Asli.  Tinjaun akhir ILHAM CENTRE, yang dilakukan secara secara tatap muka bermula 22-24 Januari 2018, kami […]

PUAK YANG "TAHU DOSA DAN PAHALA" BELUM TENTU MAMPU MEMAHAMI APA ITU KEBENARAN

Ada pihak yang membuat kenyataan bahawa “DAP tidak tahu pahala dan dosa”, hakikatnya, memang benar, kerana soal pahala dan dosa ini merupakan konsep pembalasan yang dikaitkan dengan “keimanan dan ketaqwaan” dalam konteks falsafah pemikiran dan ajaran Islam. Seorang muslim adalah dituntut untuk yakin dan beriman dengan hari akhirat yang padanya ada pengadilan dan pembalasan, disinilah […]

TAHNIAH DAN PUJIAN BUAT SALAHUDDIN AYUB

NAFAS UMUM PELANTIKAN PENGURUS BESAR, PENGERUSI & AHLI JEMAAH PENGARAH YANG BAHARU Alhamdulillah, selepas tamat tempoh penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan – NAFAS, pagi tadi saya telah mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan pengurusan yang baharu.  Saya berharap pengurusan NAFAS telah distruktur semula ini dapat memastikan peranan NAFAS sebagai induk Pertubuhan Peladang dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.  […]

SEDIAKAH PAS BERTOLERANSI KERUSI DENGAN UMNO DALAM PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG?

Dalam pilihanraya kecil Cameron Highlands dan Semenyih, Pas nampaknya amat berjiwa besar dengan awal-awal mengumumkan sedia memberi laluan dan sokongan kepada UMNO di kedua-dua kerusi tersebut. Pengundian bagi PRK Parlimen Cameron Highlands akan diadakan pada 26 Januari ini, manakala Semenyih ialah 2 Mac depan. Sebelum ini, di PRK Sungai Kandis juga Pas turut tidak meletakkan […]

"NAJIB HANYA ADA BAKAT JADI BADUT MEDIA SOSIAL"

Saya mengambil sedikit masa untuk mengemas dokumen-dokumen mahkamah saya. Saya masih ada beberapa kes di mahkamah dan kertas-kertas kes mahkamah perlu disusun baik. Saya terjumpa satu surat peguam 1MDB iaitu Wong & Partners untuk mengambil tindakan undang-undang atas kenyataan saya mempersoalkan pemindahan dana RM7 bilion oleh 1MDB ke akaun di Kepulauan Cayman.  Surat ini istimewa […]

CAMERON HIGHLANDS, KEMUDIAN SEMENYIH ADALAH PENENTU KERJASAMA UMNO – PAS

Walaupun tiada ikatan rasmi, hubungan kerjasama UMNO dan Pas nampaknya semakin kukuh dan intim di Cameron Highlands ini. Barangkali salah satu sebab yang merapatkan lagi hubungan itu ialah kerana yang bertanding kali ini ialah DAP. Dengan kedua-dua parti menjadikan DAP sebagai musuh, meskipun Pas pernah berpeluk rapat dengan parti itu, maka secara tidak langsung ia […]

HUBUNGAN TUN M – ANWAR SEPATUTNYA MAKIN DIPERKUKUH, BUKAN DISULITKAN

Untuk kesekian kalinya, dua hari lalu Anwar Ibrahim terus membidas pihak-pihak tertentu, termasuk media yang masih cuba mahu melaga-lagakan hubungannya dengan Tun Mahathir Mohamad. Cara mereka bertindak tidak lain ialah dengan berterusan membangkitkan kes liwat yang pernah menjadi punca pergeseran mereka berdua “Saya tidak akan melayan sebarang provokasi itu. Kami telah membuat keputusan untuk bekerjasama […]

NAK TAMPAR NAJIB – BUDI BAHASA CHEF WAN TIDAK MENGUNTUNGKAN PH

Tindakan selebriti masakan, Chef Wan mahu menampar bekas Perdana Menteri, Najib Razak atas dakwaan telah mewujudkan berlakunya salah urus dalam Felda, bukanlah suatu perlakuan yang sihat dan menguntungkan Pakatan Harapan sebenarnya. Meskipun Chef Wan merupakan anak kelahiran Felda Sungai Koyan dan agak terkenal di seluruh dunia, budi bahasa yang ditunjukkannya itu, lebih-lebih lagi dalam suatu […]