Month: December 2018

SKANDAL PROJEK JIWA MURNI – APA HUBUNGAN TAUKE SARAWAK DENGAN ZAHID HAMIDI?

Projek “Jiwa Murni” ini hanya nampak cantik pada nama dan sedap didengar di telinga saja. Di sebaliknya, projek ini menyimpan pelbagai rahsia atau mungkin membuka pekung yang melibatkan bekas pemimpin nombor dua negara era BN dahulu, Ahmad Zahid Hamidi dengan dua tauke dari Sarawak. Kisah projek membina jalan di seluruh pedalaman Sarawak yang dikenali sebagai […]

MENTERI-MENTERI YANG MISKIN….

Di sebalik keputusan kerajaan mensyaratkan semua pemegang jawatan mesti mengisytiharkan harta dan pendapatan masing-masing kepada SPRM dan boleh diakses oleh orang awam, dua menteri sebaliknya tidak akan berbuat demikian. Mereka yang tidak akan membuat perisytihatan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamadin Ketapi. Alasanya ialah […]

APAKAH PENGHARGAAN TUN M KEPADA PKR BERMAKNA ANWAR BENAR2 BAKAL PENGGANTINYA?

Rasanya ini adalah kali pertama Tun Mahathir Mohamad memberi penghargaaan secara khusus kepada PKR berhubung kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14 yang lalu. Berucap di jamuan makan malam Pakatan Harapan yang dihadiri oleh semua pemimpin-pemimpin utama parti dalam gabungan itu, termasuk Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Tun Mahathir berkata, kemenangan dalam PRU14 sebenarnya […]

HIMPUNAN MELAYU PAS/UMNO TIDAK MAMPU TUMBANGKAN PAKATAN HARAPAN

Berapa ramaikah yang hadir dalam himpunan anti ICERD semalam? Pihak polis mengatakan 55 ribu, Malaysiakini menganggarkan 80 ribu, Malay Mail pula mengatakan jumlahnya melebihi 100 ribu manakala Zahid Hamidi dalam ucapannya menyebut 500 ribu. Tetapi, Tun Mahathir Mohamad kemudiannya menyindir dengan mengucapkan tahniah kerana 1 juta telah hadir dalam himpunan tersebut. Berapa ramai sebenarnya yang […]

SEKITAR MAJLIS PELANCARAN BUKU 'BILLION DOLLAR WHALE' EDISI BAHASA MELAYU

Petang tadi telah berlangsung majlis pelancaran buku “Billion Dollar Whale” edisi Bahasa Melayu terbitan ZI Publication Sdn Bhd di kediaman bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim di Petaling Jaya, Selangor. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Mohd Yusof yang turut dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu jemputan daripada pelbagai lapisan kerjaya. Buku […]

KERAJAAN PH YANG BAIK HATI…..

Walaupun sedar himpunan bantah ICERD yang kemudian ditukar kepada perhimpunan kononnya sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran adalah medan terbuka untuk UMNO dan Pas memberi tekanan serta kalau boleh untuk menggulingkan Pakatan Harapan, tetapi kerajaan tetap berlapang dada terhadapnya. Kerajaan, melalui PDRM dan DBKL, bukan saja memberi lampu hijau kepada himpunan tersebut yang akan diadakan […]

SKIM POTONG GAJI PTPTN DASAR SYOK SENDIRI WAN SAIFUL?

Mesyuarat kabinet akhirnya memutuskan agar dasar baru pembayaran balik pinjaman PTPTN melalui Potongan Gaji Berjadual atau PGB sebagaimana diumumkan baru-baru ini dan dijadual akan dilaksanakan pada Januari 2019, digantung atau ditangguhkan. Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Mazlee Malik selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap PTPTN. Kata beliau, penangguhan buat sementara waktu itu bagi membolehkan PTPTN […]

PTPTN – KALAU PUN TIDAK MAMPU MENEPATI JANJI, JANGANLAH SAMPAI MENZALIMI

Dalam isu PTPTN yang menjadi perbualan hangat masyarakat ketika ini berikutan pengumuman badan itu untuk melaksanakan Potongan Gaji Berjadual atau PGB antara antara 2% hingga 15% kepada peminjam, dua perkara utama tidak seharusnya diabaikan oleh kerajaan sebelum membuat keputusan muktamad berkenaan dengannya. Pertama, wujud janji yang sahih daripada Pakatan Harapan sendiri untuk mengutip bayaran daripada […]

AUDIT OPERASI HAJI YANG DIKENDALIKAN TABUNG HAJI – RAFIZI

Saya mengikuti dengan dekat laporan mengenai langkah-langkah yang sedang diambil untuk memperbaiki kedudukan kewangan Tabung Haji. Kedudukan kewangan Tabung Haji nampaknya parah, seperti yang dilaporkan oleh The Edge Market semalam  (baca: http://www.theedgemarkets.com/article/spv-buy-underperforming-tabung-haji-assets) Sekarang ini, bagi setiap RM1 hutang yang ditanggung Tabung Haji, nilai aset yang ada (dan boleh dilupuskan, jika perlu) untuk membayar hutang-hutang itu hanyalah […]

ICERD ATAU ICURI?

Tamrin Tun Ghafar Khamis – 06/12/18 ( 1 – 31 ) 1.  Saya amat tertarik dengan lakaran – lakaran kartun Zunar dan beberapa kartunis lain dengan tajuk dan motif  kelakar tapi penuh dengan mesej dan pesanan. 2.  Jika lakaran seperti yang dilampirkan ini dilukis semasa zaman Najib memerintah dahulu sudah pasti bukan sahaja lakaran tersebut […]

TAK PATUT, TAK PATUT, TAK PATUT….

Sejujurnya memang tidak patut, tidak patut dan sama sekali tidak patut bagi Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Naib Presiden Pas, Nik Amar Mohd Abdullah pergi menunaikan umrah di ketika Pas bertungkus lumus mengerah dan mengarahkan ahli-ahlinya hadir ke perhimpunan 8 Disember ini sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran  kerana ICERD tidak diratifikasi oleh kerajaan. Kenapa […]

SELEPAS TABUNG HAJI, KINI SATU LAGI PENDEDAHAN RAFIZI DIBAWA KE MUKA PENGADILAN

Minggu lepas, FGV memulakan tindakan undang-undang untuk mendapatkan kembali jumlah yang diselewengkan bekas CEO (Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah) dan bekas pengerusinya (Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad). Ini bersabit pembelian kondominium mewah di Troika, Jalan Ampang. Saya telah mendedahkan perkara ini, lengkap dengan salinan perjanjian jual beli, sejak 18 Mei 2016 lagi (lebih dua […]

DEYYYY…KENAPA TAKUT DENGAN POLIS?

Berikutan laporan polis yang dibuat terhadapnya, bekas Pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Rahim semalam  tampil dengan sidang akhbar yang antara lain mempertikaikan dua perkara:- Pertama, beliau mendakwa pengurusan Tabung Haji sekarang tidak mengikut peraturan yang sepatutnya kerana terus membuat laporan polis tanpa memanggilnya terlebih dahulu untuk memberi penjelasan berkenaan apa yang didakwa wujudnya penyelewengan dalam […]

APAKAH PAS TIDAK PERCAYA ADA PENYELEWENGAN DALAM TABUNG HAJI?

Pas dilaporkan berharap beberapa pendedahan berkaitan isu Tabung Haji kebelakangan ini tidak merupakan satu lagi siri balas dendam oleh kerajaan PH terhadap BN. Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan berkata, semua dakwaan yang terdedah setakat ini belum dibuktikan dan mesti disiasat, didakwa mengikut proses yang sewajarnya sebelum sesuatu hukuman dapat dibuat. “Pas berharap pendedahan terhadap penyelewangan yang […]

TABUNG HAJI OH TABUNG HAJI….

Satu lagi kecurangan yang tidak sepatutnya berlaku dalam Tabung Haji terdedah kepada kita semua. Selepas dua laporan polis oleh Tabung Haji terhadap bekas Pengerusinya, Abdul Azeez Rahim dan beberapa pengurusan kanannya pada Jumaat lalu, sebuah akhbar di Singapura membuat satu lagi pendedahan mengejutkan mengenai agensi untuk membawa jemaah haji ke Mekah itu. Menurut laporan itu, […]

UMNO DAN PAS MAKIN MELALUT DENGAN TUJUAN BERHIMPUN 8 DISEMBER INI

Kira-kira seminggu sebelum berlangsungnya Himpunan Bantah ICERD pada 8 Disember yang pada asasnya sudah tidak relevan lagi untuk diteruskan, UMNO dan Pas kelihatan semakin keliru dan melalut dengan tujuan mereka berhimpun itu. Sebaik kabinet membuat keputusan tidak akan meratifikasikan ICERD pada 23 November lalu, ikut hukum akal yang waras, himpunan itu tidak sepatutnya lagi diteruskan. […]

TABUNG HAJI: ALHAMDULILLAH

Dalam banyak-banyak pendedahan yang saya pernah terlibat, antara sumpah seranah yang paling teruk saya terima adalah bila saya bangkit bercakap mengenai kepincangan kewangan Tabung Haji. Saya mula mempersoalkan penglibatan dana Tabung Haji dengan 1MDB sejak Mac 2015. Apabila rizab Tabung Haji menjadi negatif seperti yang disahkan surat dari Bank Negara, saya mula memberi perhatian meneliti […]