Month: December 2018

APA TUNGGU LAGI ZAHID HAMIDI, LETAKLAH JAWATAN CEPAT!!

Nampaknya Mohamad Hassan atau Tok Mat sejak memperolehi kuasa menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden UMNO seperti ada kuasa ajaib yang sungguh luar biasa. Hanya baru tiga hari diberikan kuasa tersebut oleh Zahid Hamidi yang kini hanya berstatus Presiden UMNO tanpa kuasa, Tok Mat bukan saja sudah berjaya mendapat kepercayaan penuh ahli-ahli UMNO terhadap kepimpinannya, malah menjadikan […]

MEMUNGKIRI JANJI KEPADA ANWAR HANYA MENCEMAR NAMA TUN M SEBAGAI NEGARAWAN

Janji wajib ditepati dan di dalam Islam, mereka yang mungkir janji tergolong sebagai munafik. Dalam pepatah Melayu pula selalu disebut – lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Bermakna, dalam apa keadaan sekali pun, janji mesti ditepati dan bukan untuk dikhianati. Dalam carta politik negara sekarang ini, janji yang paling ditunggu oleh rakyat ialah […]

SYABAS DAP….

Pengundi-pengundi yang telah bersatu hati membuat keputusan menumbangkan UMNO dan BN pada PRU14 lalu barangkali boleh berasa lega dengan jaminan Lim Kit Siang kali ini. Dalam penegasannya, supremo DAP itu berkata, partinya tidak akan teragak-agak meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan yang mereka anggotai sekarang sekiranya objektif membina Malaysia Baru dipinggirkan. DAP, tambah beliau, berada dalam kerajaan […]

INILAH MASANYA TUN M WAJIB MEMBUKTIKAN KATA-KATANYA DENGAN PERBUATAN

Benarkah Tun Mahathir Mohamad tidak suka majoriti dua pertiga? Benarkah juga beliau mahu pembangkang yang kuat untuk mengimbangi kerajaan yang dipimpinnya? Jika begitu, bolehkah Tun Mahathir segera membuat pengumuman bahawa Pakatan Harapan dan Bersatu tidak akan menerima kemasukan mana-mana Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti baru-baru ini? Mereka yang keluar UMNO itu, biarkan saja mereka […]

JANGAN PANDANG MUDAH PESANAN RAFIZI

Walaupun terdengar ada yang kurang senang dengan warkah bertajuk “Pesanan Kepada PH” yang ditulis oleh Rafizi Ramli, termasuk mengaitkan dengan kekalahannya kepada Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR baru-baru ini, semua pihak dalam Pakatan Harapan seharusnya berlapang dada menerima apa yang ditulisnya itu. Beberapa dapatan beliau termasuk mengenai kegelisahan rakyat terhadap kos sara […]

TUN, SEMUA AHLI PARLIMEN UMNO ADALAH PENYOKONG KUAT NAJIB!!

Menurut kata Tun Mahathir Mohamad, permohonan bekas pemimpin UMNO khususnya Ahli Parlimen untuk menyertai Bersatu akan diteliti dan disaring dengan ketat sebelum penyertaan mereka dapat diterima. Katanya, Bersatu hanya mengalu-alukan kemasukan mereka yang bebas daripada sebarang salah laku atau mereka yang bukan penyokong kuas bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Dalam erti kata lain, berdasarkan kenyataan […]

KALAU TAKUT PECAT WAYTHA, PERCAYALAH AKHIRNYA TUN M SENDIRI AKAN DITOLAK RAKYAT

Di mana-mana saja ketika ini terdapat isyarat yang cukup jelas dan nyata mahukan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy dipecat dengan segera daripada kabinet. Selain wakil pembangkang dan kerajaan sudah sama-sama senada bersuara mengenainya, petisyen dalam talian yang mendesak  pemecatannya juga sehingga ini sudah mendapat hampir 300 ribu tandatangan sokongan. Jika kita tanyai […]

KENAPA CUTI SEMENTARA ZAHID TIADA TEMPOH MASA, AGONG BERCUTI PUN ADA TARIKH AKHIRNYA?

Berdepan dengan kritikan serta desakan berterusan yang mahukannya berundur, Presiden UMNO, Zahid Hamidi akhirnya mengalah dengan menyerahkan tugasnya kepada timbalannya, Mohamad Hassan. Berdasarkan kandungan surat berhubung perkara itu, Zahid Hamidi mengumumumkan pengundurannya buat sementara itu bertujuan menyelamatkan parti berikutan tindakan beberapa pemimpinnya meninggalkan UMNO kebelakangan ini. Dengan menyerahkan kepada Timbalan Presiden untuk menjalankan tugas-tugas Presiden […]

MEMBALUN NAJIB YANG SUDAH JADI 'BOLA KEMPIS' TIDAK LAGI MEMBERI SEBARANG KEPUASAN….

Ada yang bertanya, kenapa saya tidak banyak lagi menghentam Najib Razak sejak kebelakangan ini? Adakah saya mula simpati kepada bekas Perdana Menteri itu? Ya, simpati mungkin itu ada, tambahan lagi bila mendengar kata-katanya yang beliau kini tertekan kerana terpaksa meminjam wang daripada pihak tertentu untuk membiayai perbelanjaan dan membayar ikat jamin terhadap 39 pertuduhan mahkamah […]

BERSATU KE SABAH, APAKAH AKAN ADA 'U-TURN' SELEPAS INI?

Semalam Tun Mahathir Mohamad sekali lagi memberi jaminan bahawa Bersatu tidak akan melebarkan sayapnya ke Sabah. Penegasan ini adalah susulan tindakan beramai-ramai Ahli Parlimen, Adun dan Ketua Bahagian di Sabah bertindak keluar UMNO, baru-baru ini sehingga parti itu boleh dikata lumpuh keadaannya. Sesungguhnya keputusan Bersatu tidak melebarkan sayapnya ke Sabah, selain kerana menghormati kedudukan Warisan […]

NURUL IZZAH PROTES ANWAR?

Berita paling mengejutkan hari ini tentunya ialah tentang perletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden PKR dan menolak perlantikan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang. Dalam waktu yang sama, Nurul Izzah juga, atas sebarang kapasiti, turut melepaskan semua khidmatnya yang ada dengan kerajaan persekutuan. Bagaimanapun, beliau akan terus kekal sebagai anggota PKR dan […]

TUN, JANGANLAH DIMATIKAN UMNO INI….

Sejak awal lagi Tun Mahathir Mohamad dilihat bukan sekadar mahu mengalahkan UMNO dalam pilihanraya, malah ingin menjadikan Bersatu sebagai pengganti kepada parti Melayu itu. Selain dalam kempen-kempen sebelum PRU14 beliau selalu mengatakan UMNO yang dipimpin oleh Najib Razak tidak lagi seperti UMNO yang asal, susulannya Bersatu terus diwar-warkannya akan menjadi pengganti kepada UMNO sekiranya rakyat […]

JIKA BENAR MAHU TUNAI JANJI SERAH KUASA KEPADA ANWAR, UNTUK APA LAGI TUN M PERLU SOKONGAN 36 AHLI PARLIMEN BN?

Bersama dengan tindakan keluar parti enam Ahli Parlimen UMNO baru-baru ini, terdedah sesuatu yang tidak dijangka oleh kita semua iaitu wujudnya akujanji atau akuan bersumpah melibatkan 36 Ahli Parlimen BN untuk menyokong Tun Mahathir Mohamad sekiranya berlaku usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen. Tidak dipastikan siapa yang menggerak atau mengusahakan akaun bersumpah […]

MUHYIDDIN BAKAL 'TERBUNUH' BERSAMA ANWAR?

“Kemasukan Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu adalah bagus kerana ia akan menjadikan Pakatan Harapan sebuah kerajaan yang lebih Melayu berbanding sebelumnya.” “Sekurang-kurangnya dengan semakin ramai Ahli Parlimen UMNO beralih kepada Bersatu, kuasa DAP dapat diimbangi dalam Pakatan Harapan.” “Janganlah gelabah,  dengan kemasukan Ahli-Ahli Parlimen UMNO itu, Tun Mahathir Mohamad hanya bertujuan memperolehi majoriti dua […]

PELOMPAT PARTI LEBIH HINA DARIPADA PELACUR JALANAN, SUDAH TIBA MASANYA UNDANG2 ANTI LOMPAT PARTI PERLU DIKUATKUASAKAN

Episod keluar parti secara berkumpulan melibatkan pemimpin UMNO kebelakangan ini dan dijangka akan terus berlaku lagi adalah perbuatan yang paling hina lagi menjijikkan. Ini kerana mereka keluar parti bukan kerana berbeza perjuangan, disisihkan atau alasan kononnya untuk memastikan kepentingan rakyat terbela, tetapi semata-mata kerana UMNO sudah tidak lagi berkuasa untuk memewahkan mereka dengan jawatan, kedudukan […]

SURAT TERBUKA RAFIZI BUAT KJ

Saudara Khairy Saya pasti Saudara menerima banyak mesej hari ini. Saya memilih untuk menghantar mesej yang terbuka kerana kita ada tanggungjawab untuk bercakap secara terus-terang. Walaupun berita ahli-ahli parlimen UMNO keluar parti beramai-ramai ini sudah berlegar buat seketika, ia tetap mengejutkan. Saya faham kesannya kepada Saudara dan rakan-rakan saudara di dalam UMNO, kerana kami sendiri […]

TUN MAHATHIR PERLU HENTI KEGHAIRAHAN AHLI PARLIMEN UMNO MASUK BERSATU

Meskipun tindakan keluar UMNO oleh beberapa bekas pemimpinnya adalah pilihan mereka sendiri yang mungkin didorong oleh pelbagai sebab dan faktor, tetapi kemasukan mereka ke dalam Bersatu tidak sewajarnya dialu-alukan, apalagi dibentangkan dengan “karpet merah”. Di sebalik Bersatu mahu menjadi pengganti UMNO, yang dialu-alukan berpindah parti seharusnya ialah ahli di peringkat bawahan atau cawangan dan bukannya […]

PEMIMPIN UMNO JENIS TIADA JATI DIRI?

Sejak UMNO kehilangan kuasa pada 9 Mei lalu, dua senario silih berganti berlaku kepada pemimpin-pemimpin parti Melayu itu. Pertama, satu demi satu pemimpinnya meninggalkan UMNO kerana tidak sedia untuk berada lebih lama sebagai pembangkang, seolah-olah menjalani kehidupan tanpa nikmat jawatan serta kedudukan dalam kerajaan adalah sesuatu yang memedihkan. Kedua, satu demi satu juga pemimpin UMNO […]

APA SEBAB SPV KEMENTERIAN KEWANGAN PEGANG ASET TABUNG HAJI?

Saya akan cuba mengulas berkenaan keperluan memindah aset tidak untung Tabung Haji kepada SPV bagi tindakan jangka pendek dengan bahasa mudah dan difahami orang awam.  Menurut standard laporan kewangan (FRS), sesebuah syarikat harus mengisytiharkan kerugian jika nilai saham yang dibeli jatuh 20 peratus berbanding kos asal secara berterusan dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan.  Bagaimanapun, […]