Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

SELEPAS INI AHLI UMNO TAK PERLU TERHEGEH-HEGEH LAGI NAK MENYERTAI BERSATU

Satu-satunya perkara terbaik yang diumumkan dalam ucapan Tun Mahathir Mohamad sempena perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu malam tadi ialah jaminan bahawa bekas ahli UMNO yang menyertai parti itu selepas PRU14 tidak akan dibenarkan memegang sebarang jawatan sehinggalah PRU15.

Meskipun blog ini semalam ada mencadangkan tempoh sekatan selama dua tahun harus dikenakan kepada bekas ahli-ahli UMNO yang  menyertai Bersatu daripada memegang sebarang jawatan, Tun Mahathir ternyata lebih drastik lagi dengan memanjangkannya sehingga ke pilihanraya yang seterusnya.
Artikel berkenaan boleh dibaca di sini – http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/bersatu-perlu-buat-ketetapan-tolak.html

Katanya, tempoh larangan yang ditetapkan itu memang lama.

“Ujian keikhlasan tidak boleh dipercepat. Hanya jika betul-betul ikhlas, jika sudah buang budaya UMNO, barulah boleh diterima untuk pegang jawatan,” ujar beliau.

Dengan jaminan itu, bermakna bekas ahli UMNO, termasuk Ahli Parlimen, Adun dan Ketua Bahagian yang bertindak keluar parti, sama ada sudah menyertai Bersatu atau berhajat untuk menyertainya, dengan sendirinya akan terhalang daripada layak bertanding atau dilantik selama dua kali pemilihan parti sebelum tibanya tarikh PRU15.

Mengikut jadual, pemilihan Bersatu akan diadakan pada 2019 dan sekali lagi tiga tahun kemudiannya iaitu pada tahun 2022.

Pilihanraya umum pula, selepas PRU14 pada 2018, tarikh seterusnya iaitu dalam tempoh lima tahun ialah pada 2023.

Maka, apa jadi kepada bekas-bekas ahli UMNO, terutama Ahli Parlimen, Adun dan Ketua Bahagian yang keluar parti baru-baru ini dengan tujuan mencari wadah baru dalam perjuangan mereka?

Nampaknya, mereka akan mereput dengan sendirinya dalam ertikata seperti peribahasa – yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Kohkohkoh…..

Melalui ketetapan ini juga bermakna ahli-ahli UMNO tidak perlu lagi terhegeh-hegeh untuk menyertai Bersatu, jika yang dikejar adalah semata-mata jawatan atau kedudukan.

Sebaliknya mereka boleh menyertai Bersatu kalau dengan niat untuk sama-sama berjuang demi kepentingan rakyat, orang Melayu dan juga negara. (ShahbudinHusin 30/12/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x