PROJEK JIWA MURNI, APAKAH MAT SABU NAK BERDIAM DIRI SAJA?

Pada 12 Disember lalu, blog ini ada menyiarkan satu artikel bertajuk “Skandal Projek Jiwa Murni – Apa Hubungan Tauke Sarawak Dengan Zahid Hamidi?”

Ia adalah berkaitan pembinaan jalan-jalan kampung di Sarawak bawah “Projek Jiwa Murni”  di mana projek diberikan kepada syarikat swasta, tetapi perlaksanaannya menggunakan tenaga askar di bawah Kor Jurutera Angkatan Tentera Malaysia.

“Projek Jiwa Murni” itu mula diperkenalkan pada tahun 2009 ketika Zahid Hamidi menjadi Menteri Pertahanan dengan tujuan untuk memberi keselesaan dan menambah mutu kehidupan penduduk luar bandar di Sarawak.

Projek pertama ialah menaik taraf jalan balak dari Long Lopeng ke Ba’kelalan yang dimulakan pada 2009 dan siap pada 2011 dengan harga perlaksanaannya berjumlah RM250 juta.

Ketika itulah dikatakan bermulanya hubungan Zahid Hamidi dengan seorang ahli perniagaan Sarawak, Barry Tan, pemilik syarikat Mikro Sdn Bhd yang diberikan tanggungjawab mengendalikan projek jalan Long Lopeng – Ba’kelalan itu.

Barry Tan pula diberitakan mempunyai rakan niaga bernama Chew Chiaw Han, tuan punya syarikat Microsite Enterprise Sdn Bhd yang terbabit dalam perlaksaan projek jalan tersebut.

Meskipun Zahid Hamidi kemudian dilapor menyifatkan kos pembinaan jalan itu berjaya dijimatkan, hakikatnya kualiti jalan yang dibina amat menyedihkan dan tidak sepadan dengan wang rakyat yang telah dibelanjakan.

Di bawah ini disertakan beberapa keping gambar mengenai keadaan jalan tersebut yang didapati rosak teruk hanya beberapa tahun selepas dibina yang dipetik dari blog Freesarawakian.blogspot.com.

Ia dikatakan berpunca daripada pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, selain bahan-bahan yang digunakan juga  adalah bermutu rendah.

Persoalannya, apakah Kementerian Pertahanan di bawah kepimpinan Mohamad Sabu sekarang sedar mengenai keadaan jalan yang dibina di bawah “Projek Jiwa Murni” itu?

Adakah beliau mahu berdiam diri saja? (ShahbudinHusin 27/12/2018).

Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 2:10 pm

Leave a Reply

avatar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of