BERSATU KE SABAH, APAKAH AKAN ADA 'U-TURN' SELEPAS INI?

Semalam Tun Mahathir Mohamad sekali lagi memberi jaminan bahawa Bersatu tidak akan melebarkan sayapnya ke Sabah.

Penegasan ini adalah susulan tindakan beramai-ramai Ahli Parlimen, Adun dan Ketua Bahagian di Sabah bertindak keluar UMNO, baru-baru ini sehingga parti itu boleh dikata lumpuh keadaannya.

Sesungguhnya keputusan Bersatu tidak melebarkan sayapnya ke Sabah, selain kerana menghormati kedudukan Warisan yang sedang mengetuai pentadbiran di negeri bawah bayu itu, ia juga sebagai memenuhi janji yang pernah diikrarkan sebelum PRU14 lalu.

Dengan adanya penegasan daripada Tun Mahathir itu, sementara Warisan tentunya berasa lega, persoalan lain ialah ke manakah hala dan destinasi mereka yang sudah keluar UMNO itu?

Sediakah mereka memilih Warisan sebagai wadah baru dalam perjuangan?

Jika demikian, apakah tujuannya mereka bertemu dengan Tun Mahathir beberapa hari sebelum mengadakan sidang akhbar mengumumkan keluar UMNO itu?

Bukankah ia bermakna keinginan mereka tidak lain ialah untuk menyertai Bersatu?

Dalam pada itu, di media sosial kini sudah tersebar gambar-gambar longgokan borang keahlian Bersatu yang mana ada di antaranya dikatakan untuk di agih-agihkan ke Sabah?

Untuk apakah borang-borang itu?

Benarkah Bersatu selama-lamanya tidak akan dikembangkan ke Sabah atau tidak lama selepas ini akan ada  kenyataan “u-turn” berkaitan dengannya? (ShahbudinHusin 18/12/2018)

Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 2:09 pm

Leave a Reply

avatar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of