SEKITAR MAJLIS PELANCARAN BUKU 'BILLION DOLLAR WHALE' EDISI BAHASA MELAYU

Petang tadi telah berlangsung majlis pelancaran buku “Billion Dollar Whale” edisi Bahasa Melayu terbitan ZI Publication Sdn Bhd di kediaman bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim di Petaling Jaya, Selangor.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Mohd Yusof yang turut dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu jemputan daripada pelbagai lapisan kerjaya.

Buku “Billion Dollar Whale” edisi asal dalam bahasa Inggeris telah berada di pasaran kira-kira tiga bulan yang lalu dan ZI Publication mengambil inisiatif memohon hak menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu bertujuan supaya lebih ramai rakyat negara ini dapat membaca dan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai skandal 1MDB yang melibatkan Jho Low itu.

Buku setebal 428 mukasurat ini boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh negara dengan harga RM70 senaskhah.

Di bawah ini adalah antara gambar-gambar sekitar majlis pelancaran tersebut. (ShahbudinHusin 08/12/2018)


















Updated: 26 March 2019 — 2:09 pm

Leave a Reply

Your email address will not be published.