Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

DATARAN MERDEKA TUTUP, DI MANA UMNO/PAS BAKAL BERHIMPUN 8 DISEMBER NANTI?

Meskipun belum mengemukakan sebarang permohonan, UMNO dan Pas serta beberapa NGO yang mahu mengadakan Himpunan Bantah ICERD pada 8 Disember depan dilaporkan telah menetapkan untuk mengadakan acara yang bertujuan untuk menggegar kerajaan itu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Di media sosial juga  sudah pun bertebaran pelbagai jenis poster berkaitan himpunan  itu yang didakwa akan diadakan di Dataran Merdeka itu.

Turut dilaporkan ialah kerahan agar sejuta atau sekurang-kurangnya 500 ribu orang akan dikumpulkan dalam himpunan tersebut.

Agaknya kedua-dua parti itu dan pihak penganjur “tertinggal bas” dengan pengumuman DBKL  pada 16 Oktober lalu bahawa Dataran Merdeka akan ditutup selama 10 bulan. 

Penutupan yang berkuatkuasa daripada 24 Oktober 2018 sehingga 2 Ogos 2019 adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan projek “River of Live” yang kini masih dalam fasa pertama perlaksanaannya.

Maka, sudah pasti himpunan yang dirancang untuk untuk diadakan di Dataran Merdeka tidak mungkin menjadi kenyataan.

Jadi, di mana sebenarnya UMNO/Pas mahu berhimpun pada 8 Disember nanti yang kononnya akan mengumpulkan sejuta atau sekurang-kurangnya 500 ribu penyokong kedua-dua parti itu?

Jika di Padang Merbok, bolehkah menampung kehadian yang disasarkan itu? (ShahbudinHusin 22/11/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x