Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

UMNO MASIH TAKUT DENGAN MCA RUPANYA…..

Mula-mula, Sabtu lalu Zahid Hamidi mengajak Pas agar bercantum dengan UMNO.

Walaupun pelawaan Presiden UMNO itu tidak disambut oleh Pas, beliau kemudian terus mara lagi dengan mengatakan rundingan pengagihan kerusi antara kedua-dua parti untuk menghadapi PRU15 juga sudah pun dijalankan.

Katanya, rundingan itu sudah sampai ke peringkat tertinggi kedua-dua parti untuk memastikan mereka dapat menguasai kerajaan dalam pilihanraya akan datang.

Hairan juga, baru sehari selepas mengajak Pas untuk bercantum, Zahid Hamidi dengan beraninya mengatakan rundingan pengagihan  kerusi turut sudah dijalankan dan telah sampai ke peringkat tertinggi.

Takkanlah begitu cepat berunding berbahagi kerusi, sedangkan PRU15 masih lama lagi iaitu kira-kira 4 tahun lebih lagi tempohnya?

Lagi pun, bila Pas setuju dengan pelawaan untuk bercantum itu?

Kalau tiada persetujuan lagi, bagaiman untuk memulakan rundingan pembahagian kerusi?

Adakah Zahid Hamidi sedang mengigau atau sudah mula berangan-angan nak jadi Perdana Menteri?

Janganlah berangan-angan awal sangat wahai Presiden UMNO…takut-takut jemputan daripada Sungai Buloh lebih dulu menjelmanya nanti.

Dalam pada itu, pelawaan Zahid Hamidi untuk mencantumkan UMNO dengan Pas terang-terang dibantah dan tidak disenangi oleh MCA, satu daripada tiga komponen yang masih ada dalam BN.

Kata Presiden MCA, Wee Ka Siong, pelawaan Zahid Hamidi kepada Pas itu adalah suatu pengkhianatan kepada BN dan tidak boleh diterima oleh MCA.

Akhirnya, terbaru ini, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan segera tampil menjelaskan bahawa UMNO dan Pas tidak akan bergabung.

Katanya, perkara itu tidak pernah dibincangkan sama sekali.
Aikk…takut nampaknya dengan MCA?

Itu baru kena  â€˜sound’ sikit dengan MCA!!

Kahkahkah…..(ShahbudinHusin 19/11/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x