Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

DOJ PALSU ATAU NAJIB MENIPU?

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atau DOJ mengesahkan bahawa Rosmah Mansor telah memeriksa seutas rantai dengan permata merah jambu pada tahun 2013 sebelum pembeliannya dilakukan.

Isteri bekas Perdana Menteri itu disahkan memeriksa barangan kemas tersebut bersama suaminya, Najib Razak dan Jho Low yang melakukan pembayarannya.

Perkara ini dinyatakan DOJ dalam kertas pertuduhan keatas Jho Low di Mahkamah Daerah Timur New York semalam bersama dua lagi pegawai daripada Goldman Sachs yang didakwa aats tuduhan penggelapan dana 1MDB.

DOJ sebelum ini turut mendakwa barangan kemas itu dibeli dengan menggunakan dana songlapan daripada 1MDB yang kemudian acapkali diakui oleh Najib sebagai derma  daripada kerabat Diraja Arab Saudi dan dipulangkan semula sejumlah AS$620 juta daripada jumlah asal yang diterimanya sebanyak AS$681 juta.

Tetapi, ketika ditemubual dalam program 101 East Al Jazeera minggu lalu, Najib dengan selamba menyatakan rantai dengan permata merah jambu yang berharga AS$27.3 juta itu adalah hadiah daripada seorang Putera Raja Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada isterinya.

Beliau menamakan Putera Raja berkenaan sebagai Sheikh Mansour Zayed, Timbalan Perdana Menteri UAE merangkap Naib Pengerusi UAE’s International Petroleum Investment Company.

Sekarang mana satu yang betul – dibeli oleh Jho Low atau hadiah daripada Sheikh Mansour?

Jika ianya hadiah daripada Sheikh Mansour, kenapa Najib, Rosmah dan Jho Low yang datang memeriksanya?

DOJ membuat dakwaan palsu atau Najib yang menipu?

Tetapi, fakta DOJ didedahkan di mahkamah, sedangkan kenyataan Najib dibuat di televisyen?

Antara mahkamah dan televisyen, mana lebih dipercayai? (ShahbudinHusin 02/11/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x