Month: November 2018

MCA KELUAR BN?

Kesian ada, simpati ada dan nak ketawa pun dengan nasib yang menimpa UMNO serta BN sejak di bawah kepimpinan Zahid Hamidi sekarang ini. Kedudukan beliau sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN nampaknya langsung tidak dihormati oleh rakan komponennya sendiri iaitu MCA. Dalam perhimpunan agung MCA yang akan diadakan hujung minggu ini, buat pertama kali parti […]

ELOK JUGA JIKA DIDEDAHKAN SEGALA-GALANYA…..

Ada dua isu pokok yang perlu diberikan perhatian dalam isu kononnya ada komplot mahu menjatuhkan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu. Pertama, pendedahan Ketua Pembangkang di DUN Perak, Shaarani Mohamad berkenaan perkara tersebut. Kedua, pengakuan Exco Perak sendiri, Asmuni Awi bahawa beliau pernah ditawarkan jawatan Menteri Besar jika setuju bersama-sama menjayakan komplot itu. Selain Shaarani […]

KESIMPULANNYA, PEMAJU YANG SALAH TAPI POLIS YANG TIDAK CUKUP TEGAS LEBIH MENAMBAHKAN LAGI MASALAH

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berhubung kekacauan di sebuah kuil di Subang Jaya, jelas yang menjadi punca segala-galanya  adalah pihak pemaju yang memiliki tanah tapak kuil tersebut. Dalam usaha untuk mengambil alih tanah milik mereka yang dijadikan tapak kuil, pemaju didapati telah melakukannya dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang. […]

ELOKLAH DIBATALKAN TERUS….

UMNO dan Pas kini dilaporkan sedang memikirkan semula penyertaan mereka dalam himpunan 8 Disember depan yang pada awalnya diadakan untuk membantah ratifikasi ICERD oleh kerajaan. Perkembangan terbaru ini dikatakan berikutan berlakunya kekacauan di sebuah kuil di Subang Jaya yang berlaku sejak dua hari lalu dan masih lagi dalam kawalan ketat pihak polis sehingga sekarang ini. […]

SEMUA KENA BERTENANG – INI KEJADIAN JENAYAH, TIADA KAITAN DENGAN ISU KAUM ATAU AGAMA

KENYATAAN AKHBAR YAB PERDANA MENTERI BERKENAAN KEJADIAN DI KUIL SRI MAHA MARIAMMAN 1. Saya mengikuti perkembangan yang berlaku melibatkan kejadian rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya pada hari Isnin, 26hb November 2018. 2. Saya juga telah dimaklumkan oleh pihak polis akan perkembangan terkini siasatan ke atas kejadian ini. 3. Amat jelas […]

TIGA WANITA YANG WAJAR DIBERI PENGHARGAAN

Sebagaimana dilaporkan media, di sebalik terdedahnya arahan yang dibuat oleh Najib Razak untuk meminda laporan audit 1MDB yang jelas ianya adalah satu bentuk salah laku dan pengkhianatan kepada negara, segala-galanya bermula dengan hati berani seorang wanita. Nama wanita berkenaan ialah Saadatul Nafisah yang ketika berlakunya kejadian arahan meminda laporan audit itu berjawatan sebagai Pengarah Sektor […]

WAYANG KULIT NAJIB DI SEBALIK ARAHAN PINDA LAPORAN AUDIT 1MDB

Walaupun tidak disebut dalam bentuk pengakuan yang jelas, tetapi nyata boleh difahami oleh sesiapa saja bahawa Najib Razak secara tidak langsung mengakui beliau telah mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan audit 1MDB. Berhubung pendedahan Ketua Audit Negara, Dr. Madinah Mohamad bahawa Najib melalui Ketua Setiausaha Sulitnya ketika itu, Shukry Salleh yang mengarahkan pindaan itu, peguam Shafee […]

BUKAN TOLAK ICERD, TAPI TOLAK TUN MAHATHIR….

Mengikut hukum akal yang waras, apabila kerajaan sudah membuat keputusan tidak akan menandatangani ICERD, sepatutnya isu tersebut sudah pun menemui titik penamatnya. UMNO dan Pas yang sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan pada 8 Disember sebagai bantahan terhadap ICERD juga sudah boleh membatalkan rancangan mereka dan menumpukan kepada kerja-kerja lain yang lebih bermanfaat untuk parti […]

DARIPADA PEMBOHONG KEPADA PENGKHIANAT, APAKAH INI DIRESTUI ZAHID HAMIDI?

Perghhh….makin dahsyat Utusan sekarang ini! Meskipun akhbar itu masih dimiliki UMNO dan berada di bawah kawalan Zahid Hamidi selaku Presidennya, tetapi serangannya kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang kini sudah hilang kuasa nampaknya bukan kepalang dan seolah-olah tiada simpati sama sekali. Sebelum ini selepas interbiu dengan Al-Jazeera di mana Najib mengatakan beliau tidak pasti […]

SIAPA AKAN IKUT SAMA KE PENJARA?

Jabatan Audit Negara akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan wujudnya arahan untuk meminda atau mengeluarkan bahagian tertentu daripada laporan audit 1MDB pada tahun 2016 yang lalu. Arahan itu disahkan telah dibuat oleh bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib Razak, Shukri Salleh kepada Ketua Audit Negara ketika itu yang turut dihadiri beberapa pegawai tinggi kerajaan yang lain. Dengan […]

APA PULA PENJELASAN NAJIB MENGENAI PERKARA INI?

Semalam, Utusan dalam laporannya mendedahkan tentang wujudnya arahan daripada Najib Razak agar dibuat pindaan terhadap  laporan asal audit 1MDB yang disediakan oleh Ketua Audit Negara. Pindaan yang diarahkan Najib itu ialah untuk mengeluarkan bahagian yang mengaitkan penglibatan beliau dan Jho Low dalam urusniaga syarikat pelaburan tersebut. Adanya arahan tersebut dengan sendirinya menunjukkan Najib bukan saja […]

SELEPAS INI HANYA GARI DAN LOKAP SAJA UBATNYA….

Meskipun kerajaan semalam telah membuat keputusan tidak akan meratifikasi atau mengesahkan ICERD, satu konvensyen PBB mengenai penghapusan diskriminasi kaum, tetapi UMNO dan Pas nampaknya tetap mahu mengadakan perhimpunan bantahan pada 8 Disember depan ini. UMNO, melalui kenyataan yang dibuat oleh Presidennya, Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung, Annuar Musa menyatakan pengumuman kerajaan menolak ICERD sekadar melalui […]

NAJIB, CEPATLAH JAWAB?

Utusan, akhbar milik UMNO yang kini di bawah penguasaan Zahid Hamidi mendedahkan laporan audit 1MDB yang disediakan oleh Ketua Audit Negara pada 2016 lalu telah dipinda daripada laporan asalnya atas arahan Najib Razak. Melalui sumber yang diperolehi Utusan, pindaan yang diarahkan Najib itu ialah untuk mengeluarkan maklumat berkenaan pembabitan beliau dan Jho Low dalam aktiviti […]

"EHHH…KAN KITA SAMA2 MENIPU?"

Apabila Najib Razak dalam ulasan terbarunya berkenaan skandal 1MDB menyimpulkan beliau dan Malaysia telah ditipu oleh Jho Low, rasanya seluruh dunia “tekejut beruk” dengan kenyataan itu. Ia bukan saja bertentangan dengan pelbagai pendedahan dan siasatan di peringkat antarabangsa yang sudah pun menjadi pengetahuan umum, malah kenyataan itu juga berbeza dengan apa yang pernah keluar daripada […]

8HB DISEMBER ADALAH HURU-HARA DAN PERGADUHAN, 8HB DISEMBER JUGA ADALAH RUSUHAN DAN KEMATIAN….

Perhimpunan membantah ICERD yang dirancang oleh UMNO dan Pas pada 8 Disember sebenanya bukanlah suatu perhimpunan biasa yang sekadar untuk menunjukkan bantahan terhadap sesuatu isu semata-mata, tetapi matlamatnya lebih jauh daripada itu. Matlamatnya tidak lain ialah untuk menggugat kedudukan kerajaan, malah untuk menjatuhkannya melalui mainan sentimen kaum dan agama yang sengaja dibakar secara keterlaluan.Melalui sentimen […]

DATARAN MERDEKA TUTUP, DI MANA UMNO/PAS BAKAL BERHIMPUN 8 DISEMBER NANTI?

Meskipun belum mengemukakan sebarang permohonan, UMNO dan Pas serta beberapa NGO yang mahu mengadakan Himpunan Bantah ICERD pada 8 Disember depan dilaporkan telah menetapkan untuk mengadakan acara yang bertujuan untuk menggegar kerajaan itu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Di media sosial juga  sudah pun bertebaran pelbagai jenis poster berkaitan himpunan  itu yang didakwa akan diadakan […]

ANAK MENTERI MANA NI?

Dilaporkan bahawa SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan berkaitan aktiviti sebuah kementerian dikawal oleh anak kepada menteri berkenaan.   Kawalan anak menteri berkenaan dikatakan termasuk mempengaruhi pemberian tender kepada syarikat-syarikat yang dikehendakinya. Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sendiri mengesahkan perkara itu sedang disiasat oleh SPRM ketika ini. Siapakah anak menteri berkenaan dan siapakah pula menteri […]

APA MAKSUD TERSIRAT PERKARA INI DITIMBULKAN OLEH TUN MAHATHIR?

Walaupun sudah lebih enam bulan berlalu, barangkali ramai yang tertanya-tanya mengapakah Tun Mahathir Mohamad masih mahu mengimbas kembali peristiwa yang menyebabkan berlakunya kelewatan beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri selepas kemenangan Pakatan Harapan pada 9 Mei lalu? Menurut beliau, pada malam tersebut telah berlaku gerakan belakang tabir oleh UMNO dan Pas untuk memancing Ahli Parlimen […]

UMNO MASIH TAKUT DENGAN MCA RUPANYA…..

Mula-mula, Sabtu lalu Zahid Hamidi mengajak Pas agar bercantum dengan UMNO. Walaupun pelawaan Presiden UMNO itu tidak disambut oleh Pas, beliau kemudian terus mara lagi dengan mengatakan rundingan pengagihan kerusi antara kedua-dua parti untuk menghadapi PRU15 juga sudah pun dijalankan. Katanya, rundingan itu sudah sampai ke peringkat tertinggi kedua-dua parti untuk memastikan mereka dapat menguasai […]