Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

TOLAKLAH IKAT JAMIN ESOK?

Dilaporkan bahawa Presiden UMNO, Zahid Hamidi telah menolak cadangan peguamnya untuk menawarkan ikat jamin kepada SPRM supaya beliau tidak ditahan dilokap pada malam ini sebelum didakwa di mahkamah esok.

“Peguam nak bagi dia keluar tetapi dia tak nak. Dia akan ada di sini (lokap SPRM) sampai pagi esok sebelum pergi ke mahkamah,” dedah isterinya, Hamidah Khamis.

Pendedahan isterinya itu memberi gambaran seolah-olah Zahid Hamidi seorang yang sangat “gentleman” dan cukup berani dengan sedia tidur di dalam lokap, meskipun ada pilihan yag cuba dilakukan peguamnya untuk beliau tidur di rumahnya sendiri sebelum dikehendaki pergi ke mahkamah esok.

Betulkah begitu?

Sebenarnya ini tidak lebih hanya satu babak drama untuk meminta simpati daripada orangramai semata-mata, sambil untuk menunjuk-nunjuk keberanian.

Mungkin peguamnya boleh membuat permohonan dan menawarkan ikat jamin, tetapi belum tentu ia akan diterima oleh SPRM.

Menahan seseorang sebelum didakwa di mahkamah adalah sebahagian daripada SOP atau prosedur operasi standard yang biasa diamalkan SPRM yang mungkin bertujuan melengkapkan lagi siasatan.

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor juga sebelum ini ditahan semalam terlebih dahulu di lokap SPRM sebelum dibawa dan didakwa di mahkamah.

Kenapa peguamnya tidak pernah memohon untuk menawarkan ikat jamin kepada SPRM supaya Najib dan Rosmah tidak bermalam di lokap sebelum pergi ke mahkamah?

Jika ada pilihan untuk tidur di rumah sendiri, apakah Najib dan Rosmah tidak mahu menawarkan ikat jamin kepada SPRM?

Dalam hal ini, Najib dan Rosmah sebenarnya tahu serta faham tentang SOP SPRM, sebab itu kedua-duanya tidak membantah atau tidak kedengaran mereka ada mencipta babak lakonan untuk menunjuk-nunjuk seolah-olak sedia bermalam di lokap untuk semalaman.

Sementara itu, laporan lain menyebut Zahid mungkin bakal berhadapan dengan sekurang-kurangnya 35 pertuduhan berkaitan penerimaan wang berjumlah RM7 juta di bawah kesalahan kanun keseksaan, penggubahan wang haram serta rasuah.

Berdasarkan jumlah pertuduhan itu, esok juga akan ditentukan jumlah ikat jamin yang akan dikenakan terhadap Presiden UMNO yang pertama dalam sejarah 72 tahun parti itu pernah didakwa di mahkamah.

Sangat “gentleman” dan cukup beranikah Zahid Hamidi menolak ikat jamin yang akan ditentukan oleh mahkamah esok yang akan membolehkannya tidur di lokap sehingga menunggu hari perbicaraan? (ShahbudinHusin 18/10/2018).

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x