Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

TUN, BUANG SAJALAH MAZLEE INI!!

Dulu dia heboh dengan isu kasut putih tukar kepada hitam.

Kemudian tunjuk degil mahu terus memegang jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau UIAM, meskipun banyak kecaman terhadapnya.

Kini, dengan isu warna stokin pula.

Kalau sudah ditetapkan kasut bertukar kepada warna hitam, kenapa warna stokin harus jadi masalah bagi seorang menteri?

Apakah menteri fikir ibu bapa tidak tahu memilih kesesuaian warna stokin apabila kasut sudah ditetapkan berwarna hitam?

Alahai…apalah malangnya Malaysia Baru ada menteri macam ini?

Bekas pensyarah dan ada PhD, tetapi kenapa hanya mampu berfikir benda-benda picisan dan remeh-temeh saja?

Kenapa tidak diangkat soal dasar atau polisi berkaitan pendidikan?

Jika ada rombakan kabinet, barangkali ramai yang setuju agar digugurkan saja Menteri Pendidikan ini yang nyata beliau tidak pun lebih baik berbanding Ahmad Maslan atau Hasan Malek yang menjadi antara beban dan cemuhan ramai ketika era BN dahulu. 
Menyusahkan saja ada menteri macam Mazlee Malik ini dalam kabinet Malaysia Baru kerajaan Pakatan Harapan. 
Lebih baik Tun Mahathir buang dan gantikan cepat-cepat dengan pemimpin lain. (ShahbudinHusin 15/10/2018).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *