Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

PENING…PENING…SIASAT ATAU TAK SIASAT?

Sebagaimana yang dilaporkan media, seorang pembantu Najib Razak  membuat laporan polis semalam meminta pihak polis memanggil Lim Kit Siang untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes pembunuhan yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Kata Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun, pihaknya akan menyiasat laporan polis yang dibuat oleh pembantu Najib itu.

Siasatan akan dilakukan mengikut prosedur biasa, tambahnya.

Tetapi, menurut Ketua Polis Sentul, ACP S Shanmugamoorthy, tiada apa yang perlu disiasat berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pembantu Najib itu.

Pihak polis telah klasifikasikan aduan itu sebagai tindakan sivil dan akan merujuknya kepada majistret, ujar beliau lagi.

Jadi, mana satu yang betul?

Siasat atau tak siasat?
Pening…pening…

Ahli politik, menteri, Exco kerajaan negeri, Ahli Parlimen, Adun dan lain-lain setiap hari buat kita pening kepala, pihak polis pula janganlah  buat kita pening kepala juga!! (ShahbudinHusin 13/10/2018).

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x