Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

APA NASIB ZAHID SELEPAS BERI KETERANGAN RABU INI, APAKAH BELIAU AKAN DIDAKWA KHAMIS?

Pagi tadi melalui laman facebooknya, Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa menulis seperti berikut:-

WASIAT PERJUANGAN 

Kiranya seorang dari kami di saf depan tumbang atau di tawan, pimpinan berikut hendaklah tampil menjulang obor perjuangan..dan kiranya pengganti juga tumbang, hendaklah yg di belakang mara ke depan..

Dan kiranya perjuangan ini mereka haramkan, jangan sesekali kita menyerah. Perjuangan kerana ALLAH tidak boleh kalah atau patah. Kita adalah Khalifah dan di belakang kita ada sejarah….

Hunuskan pedang perjuangan walau dengan gigi dan lidah..atau melalui sebatang pena dan jari jemari yg patah…terus BERJUANG 

Jangan di jual atau gadai perjuangan dgn harga yg murah..
BERISTIQAMAH MENENTANG KEZALIMAN DAN PENINDASAN..jangan sesekali mengalah..

Apa lagi undur atau menyerah kalah!!!!

Salam Perjuangan!!

TSAM SUA 
UMNO MSIA
8/10/18

Beberapa jam kemudian iaitu menjelang tengahari tadi, terdapat laporan yang mengatakan Presiden UMNO, Zahid Hamidi dipanggil ke SPRM, Rabu ini untuk diambil keterangannya.

Sebelum ini, beliau telah dua kali memberi keterangan kepada SPRM dan Rabu ini adalah kedatangannya buat kali yang ketiga ke agensi pencegahan rasuah itu.

Presiden UMNO itu disiasat berhubung penggunaan dana Yayasan Akal Budi untuk membayar kad kredit peribadinya dan berkaitan pertemuannya dengan waris keluarga Diraja Arab Saudi yang didakwa menderma RM2.6 bilion kepada Najib Razak.
Persoalan yang menjadi tanda tanya ramai sekarang ialah apakah nasib Zahid Hamidi pada Rabu ini?

Adakah beliau hanya diambil keterangan saja dan kemudian boleh pulang ke rumahnya?

Ataukah selepas sessi diambil keterangan, beliau akan terpaksa bermalam di lokap SPRM sebelum dibawa ke mahkamah pada Khamis untuk pendakwaan seperti yang dialami oleh Rosmah Mansor, minggu lalu?

Satu lagi persoalan, selepas Zahid Hamidi, siapa pemimpin UMNO seterusnya yang bakal mengadap SPRM dalam waktu terdekat ini? (ShahbudinHusin 08/10/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x