Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

APA PERASAAN RAKYAT MALAYSIA?

Selepas Najib Razak yang setakat ini sudah berdepan dengan 32 pertuduhan di mahkamah, kini isterinya, Rosmah Mansor pula menerima nasib yang sama.

Ketika hadir memberi keterangan di Bangunan SPRM Putrajaya sejak pagi, pada jam 3.20 petang tadi, Rosmah ditahan oleh agensi anti rasuah itu.

Ini bermakna beliau akan bermalam di lokap SPRM pada malam ini sebelum dibawa ke mahkamah pagi esok untuk menghadapi pertuduhan.

Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 15 pertuduhan berkaitan penggubahan wang haram bakal dikenakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Sebagaimana Najib yang merupakan bekas Perdana Menteri pertama dalam sejarah negara didakwa di mahkamah, Rosmah juga mencatat sejarah sebagai isteri bekas Perdana Menteri yang pertama didakwa di mahkamah.

Apa agaknya perasaan rakyat Malaysia dengan penahanan dan pendakwaan terhadap Rosmah ini?

  • Syukur Alhamdulillah?
  • Suka?
  • Sudah sepatutnya?
  • Kesian dan simpati?
  • Tak patut?
  • Peluang untuk muhasabah?

Yang mana satu ada dalam hati kita? (ShahbudinHusin 03/10/2018).

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x