Month: October 2018

AHLI PARLIMEN UMNO INTAI SERTAI PKR?

Di sebalik riuh rendah khabar angin seramai 40 Ahli Parlimen UMNO mahu menyeberang menyertai Bersatu, kini timbul pula desas-desus menyatakan ada antaranya sedang mengintai untuk menyertai PKR. Salah seorang Ahli Parlimen UMNO dari Utara dikatakan sedang giat mendekati pemimpin tertentu dalam PKR untuk memudahkan laluannya menyertai parti itu. Adalah dijangka sebaik saja selepas pemilihan PKR […]

ALAHAI YB PERLIS…..

Berdasarkan siasatan pihak polis sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Polis Perlis, Noor Mushar Mohd, perkembangan siasatan berkenaan seorang Ahli Parlimen negeri itu yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun adalah seperti berikut:- Remaja tersebut yang berlatih bersama kumpulan busker di kawasan sebuah stadium telah didatangi oleh Ahli Parlimen berkenaan pada 20 Oktober lalu, […]

PERSIDANGAN BERKELOMPOK BERSATU WP BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Malam tadi telah diadakan persidangan tahunan Bersatu secara berkelompok bagi seluruh bahagian-bahagian dalam Wilayah Persekutuan. Berdasarkan jumlah kehadiran yang melimpah memenuhi Dewan Rafflesia, D’Saji Tasik Titiwangsa serta semangat yang ditunjukkan oleh setiap wajah pejuang-pejuang bangsa yang hadir yang lengkap berbaju Melayu merah serta bersampin, apa yang yang boleh dikatakan majlis tersebut telah diadakan dengan jaya […]

SEMASA BN 'LAPAR', DI BAWAH PH PUN 'LAPAR' JUGA….

Saya menerima banyak rungutan daripada kawan dan kenalan yang meluahkan perasaan tentang kesukaran mereka mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan ketika berurusan dengan pejabat beberapa menteri dan menteri besar di bawah kerajaan Pakatan Harapan sekarang. Malah, orang yang baru dikenali juga  turut tidak malu-malu meluahkan perasaan yang sama. Mereka ini semuanya adalah penyokong Pakatan Harapan yang nampaknya mula […]

JIKA 40 AHLI PARLIMEN UMNO MASUK BERSATU – BERSATU JADI UMNO ATAU UMNO AKAN MENGUASAI BERSATU?

Sehingga ini, apa yang dikatakan mengenai dakwaan ada 40 Ahli Parlimen UMNO akan menyertai Bersatu masih lagi bersifat khabar angin dan desas-desus. Ia boleh jadi betul atau mungkin kekal sebagai khabar angin buat selama-lamanya. Tetapi, dalam konteks negara kita, khususnya berkaitan politik, banyak khabar angin selalunya akan menjadi kenyataan. Ini kerana, bukan saja pokok bergoyang […]

KALAH DAN LEMAH KEPADA WANITA AL-JAZEERA, DI MANA DARAH BUGIS NAJIB?

Menonton interbiu Najib Razak bersama Al-Jazeera semalam, suatu hakikat yang pasti ialah beliau kini dalam keadaan cukup tertekan, emosi tak stabil dan seperti menyimpan banyak kemarahan dalam dirinya. Daripada awal  program lagi, wajahnya sudah terlihat kemerah-merahan, tidak ceria serta penuh dengan jalur kekeruhan yang gagal diselindungkan. Untuk itu, tidak menghairankan apabila diasak dengan soalan-soalan berkaitan […]

SIAPA YANG LAPAN ITU?

Menurut dakwaan A Kadir Jasin, susulan penyertaan Mustapa Mohamed ke dalam Bersatu semalam, seramai 40 lagi Ahli Parlimen UMNO akan turut berbuat demikian.  Kata beliau, kesemua 40 Ahli Parlimen itu sudah pun bertemu dengan Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin untuk membincangkan perkara tersebut. Benarkah? Oleh kerana yang bercakap mengenai perkara berkenaan adalah A Kadir […]

DUA PERKARA BAKAL MENYUSUL DALAM WAKTU TERDEKAT INI SELEPAS TOK PA MEMILIH MENYERTAI BERSATU

Meskipun ada enam Ahli Parlimen UMNO yang sudah meninggalkan parti itu, setakat ini hanya Ahli Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed yang memilih untuk menyertai Bersatu. Mustapa mengumumkan kemasukannya ke dalam Bersatu malam tadi di hadapan barisan kepimpinan tertinggi parti itu, termasuk Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya. Empat lagi […]

PULAK DAH….

Dulu Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir ini pernah mengaku wang RM2.6 bilion yang diterima Najib Razak adalah datang daripada negaranya, Arab Saudi. “Kami sedar tentang derma itu dan ia benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.  “Kami juga sedar Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku. “Justeru, […]

SAYANG PEMIMPIN ATAU SAYANG PARTI?

Selain banyak sebab lain yang bukan lagi rahsia sebagai punca kalah dan hilangnya kuasa UMNO, salah satu sebab terbesarnya ialah keengganan pemimpin dan ahli UMNO menyingkirkan Najib Razak sebelum PRU14 yang lalu. Meskipun Najib ketika itu belum lagi dibawa dan didakwa di mahkamah, tetapi bebasnya beliau daripada sebarang pendakwaan lebih kerana cengkamannya terhadap Pejabat Peguam […]

SYABAS PEMUDA UMNO

Di sebalik beberapa orang yang tampil bersuara mahu Zahid Hamidi terus mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO, malah beliau juga sudah menetapkan jadual jelajah ke seluruh negara untuk membersihkan namanya daripada 45 pertuduhan mahkamah yang sedang dihadapinya, Pemuda UMNO hari ini dengan berani memunculkan suaranya yang berbeza. Saranan Pemuda UMNO dalam mesyuarat Exconya hari ini ialah […]

PELAWAAN TAK MASUK AKAL, ADAKAH DARIPADA SEDAP2 SEBAGAI PERDANA MENTERI, TUN M MAHU JADI KETUA PEMBANGKANG?

Berikutan gesaan Tun Mahathir Mohamad dua hari lalu agar ahli UMNO beramai-ramai menyertai Bersatu, Annuar Musa tampil mempelawa Perdana Menteri dua kali itu supaya kembali semula ke pangkuan UMNO. Sesungguhnya, kata Setiausaha Agung UMNO itu, ramai ahli UMNO, termasuk dirinya amat sayang dan menghormati Tun Mahathir dengan hati yang tulus ikhlas. “Insya Allah UMNO ini […]

BERANIKAH ZAHID MENJAWAB "APA HAK YOU TANYA SOALAN?" SEKALI LAGI?

Semalam, Zahid Hamidi jelas menunjukkan rasa kurang senangnya terhadap soalan wartawan yang bertanya tentang kedudukannya sebagai Presiden UMNO selepas beliau kini berdepan dengan 45 pertuduhan mahkamah berkaitan pecah amanah, menerima rasuah dan penggubahan wang haram. Kepada wartawan yang ingin tahu sama ada beliau akan bercuti sementara atau sebaliknya, Zahid Hamidi sebaliknya hanya menjawab dengan berkata, […]

NAJIB, BERHENTILAH KELIRUKAN RAKYAT DAN LEBIH BAIK BANYAK2 BERTAUBAT

Meskipun sudah lebih sebulan didakwa di mahkamah berkaitan  penggubahan wang haram kerana menerima sejumlah RM2.6 bilion melalui akaun bank peribadinya, Najib Razak masih cuba mengeluh secara terbuka mengenai nasib yang menimpa dirinya. Bukankah ketika ini beliau seharusnya menumpukan sepenuh perhatian untuk membela dirinya di mahkamah saja? “Bila saya dapat RM2 bilion saya didakwa, bila saya […]

TEKSI AKAN DITELAN GRAB ATAU TEKSI PERLU 'DIGRABKAN'?

Polemik berkaitan perkhidmatan teksi dan e-hailing khususnya Grab tiba-tiba menjadi perbualan hangat di mana-mana dalam dua tiga hari kebelakangan ini. Ia bermula apabila sekumpulan kecil pemandu teksi bertindak kurang sopan, menjerit-jerit dan meninggalkan majlis dalam suatu program dialog bersama Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di Langkawi Sabtu lalu. Berikutan itu Tun Mahathir yang seperti kesal […]

APA LAGI SELEPAS INI?

Ini kenyataannya pada Ogos lalu… Semalam, sekali lagi pendiriannya berbeza dengan pemimpin UMNO… Tak cukup menyokong PM ke-7, semalam mengaku pula penyokong tegar bakal PM ke-8…. Apa lagi agaknya selepas ini? Ini politik “cari makan” atau nak politik “selamatkan tengkuk sendiri”?(ShahbudinHusin 23/10/2018). No tags for this post.

HISHAMMUDDIN BAKAL SERTAI KABINET TUN MAHATHIR?

Ehhhhh….hujan tidak, ribut pun tidak dan kenapa tiba-tiba saja sepupu Najib Razak, Hishammuddin Hussein menawarkan dirinya untuk mencari, menangkap dan membawa pulang Jho Low? Apakah makna semua ini? Bolehkah  dipercayai tawaran beliau ini tiada apa-apa maksud yang lain atau ia merupakan langkah awal untuk bekas Menteri Pertahanan itu meninggalkan UMNO, kemudian menyertai mana-mana parti dalam […]

BENARKAH TUN MAHATHIR NAK LETAK JAWATAN?

Tun Mahathir Mohamad adalah seorang ‘fighter’, pejuang yang tiada tolok bandingnya, suka berlawan dan tidak pernah mengalah dalam hidupnya. Pada satu ketika beliau ada menyebut bahawa berkelahi dengan Najib Razak antara punca yang menyebabkan otaknya terus aktif, walaupun sudah usianya sudah menjangkau 93 tahun.Ada yang berkata, berkelahi adalah kepakaran Tun Mahathir. Beliau kerap berkelahi dan […]