Month: September 2018

SIAPA PENYAMUN, SIAPA PENCURI?

Dulu, ketika mula-mula didedahkan oleh WSJ berhubung kemasukan wang berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya, Najib Razak menegaskan, beliau bukan seorang penyamun. “Kalau pun saya nak menyamun, takkan saya masukkan dalam akaun peribadi,” begitulah lebih kurang kata-kata Najib waktu itu. Kenyataan beliau kemudiannya disokong oleh seluruh pimpinan UMNO termasuk Ahmad Maslan yang menyebut, […]

KERJASAMA DENGAN PAS HANYA MERUGIKAN UMNO

Berikutan tindakan Mustapa Mohamad keluar meninggalkan UMNO, isu kerjasama antara UMNO dengan Pas kembali menjadi perbualan serta perbincangan ramai. Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu jelas tidak setuju dan menjadikan kerjasama dengan Pas sebagai alasannya meninggalkan UMNO. Kata Mustapa atau Tok Pa, hala tuju yang diambil UMNO pada masa ini tidak lagi selari dengan […]

RAMAI MAHU KELUAR UMNO, TAPI TAK SEMUA DIALU-ALUKAN

Siapa lagi akan keluar meninggalkan UMNO? Semalam, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapha Mohamad membuat kejutan dengan mengumumkan keluar UMNO secara serta-merta. Hari ini diikuti pula ia dengan bekas Menteri Luar Negeri, Anifah Aman yang mengambil langkah yang sama. Bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein tiba-tiba dilapor mengadakan pertemuan empat mata hampir dua jam dengan […]

SATU LAGI SEJARAH TERCIPTA….

Ketika Najib Razak didakwa di mahkamah sebelum ini, beliau mencatat sejarah sebagai bekas Perdana Menteri pertama pernah didakwa di mahkamah. Sehingga ini beliau menghadapi tujuh pertuduhan dan menurut Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad,  lebih banyak akan menyusul lagi terhadap Najib. Kini dilaporkan pula isteri beliau, Rosmah Mansor turut dijangka akan didakwa di mahkamah tidak lama […]

SEORANG AHLI PARLIMEN UMNO KELUAR PARTI MINGGU DEPAN?

Seorang Ahli Parlimen UMNO dari sebuah negeri di Pantai Timur dijangka akan mengisytiharkan dirinya keluar parti dalam waktu terdekat ini. Selain merupakan Ahli Parlimen, pemimpin berkenaan juga pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan ketika era BN sebelum ini.Beliau turut dikenali sebagai pemimpin yang baik, mudah mesra, merendah diri dan disenangi yang banyak pihak. Adalah […]

NAJIB BERDONGENG LAGI….

“Apa yang saya tahu dalam dunia perniagaan, ada juga berlaku kakitangan menandatangani surat bagi pihak majikan mereka.” Demikianlah jawapan Najib Razak berhubung laporan bahawa surat putera Diraja Arab Saudi yang didedahkannya sebelum ini sebenarnya bukan ditandatangani anak raja berkenaan, sebaliknya oleh wakilnya sahaja. Najib dalam laman Facebooknya beberapa hari lalu mendedahkan sepucuk surat  yang ditandatangani […]

TAK ADA RASA MALUKAH UMNO NAK BERGABUNG DENGAN ANWAR?

Nampaknya UMNO semakin serabut dengan kedudukannya sebagai pembangkang, meski baru empat bulan melaluinya, sehingga sekarang ini tanpa segan-silu membayangkan untuk membentuk gabungan baru yang dinamakan Pakatan Malaysia bersama PKR yang diketuai Anwar Ibrahim. Tidak cukup dengan Nazri Aziz, Shahidan Kassim dan Jamal Md Yunos yang secara terbuka menyatakan kesediaan berkempen untuk Anwar di Port Dickson […]

APA LAGI REKAAN CERITA DONGENG NAJIB SELEPAS INI?

Beberapa hari lalu Najib Razak dengan bangganya mendedahkan sepucuk surat yang kononnya ditulis oleh seorang putera Diraja Arab Saudi kepadanya berhubung pemberian derma kontroversi sebanyak RM2.6 bilion melalui laman Facebooknya. Putera Diraja Arab Saudi yang didakwa menandatangani surat berkenaan ialah Putera Saud Abdul Aziz A-Saud. Namun demikian, surat yang bekas Perdana Menteri  rujuk sebagai “bukti” […]

PEMILIHAN DITANGGUH, PELUANG BERSATU KUKUHKAN LAGI PARTI

Barangkali ramai yang sudah sedia maklum bahawa pemilihan dalam Bersatu yang sepatutnya diadakan hujung tahun ini telah dianjak kepada tahun depan. Bermakna pada hujung tahun ini hanya akan dilangsungkan mesyuarat biasa saja tanpa ada sebarang pemilihan pucuk pimpinan di peringkat cawangan, bahagian dan pusat. Penangguhan itu juga menyebabkan ramai pemimpin Bersatu yang sebelum ini  didapati […]

ANWAR SEPATUTNYA DIBERI KEMENANGAN YANG SELESA DI PORT DICKSON, TAPI….

Entah mengapa, malah semacam  tiba-tiba, sentimen berkaitan pilihanraya kecil Port Dickson yang tujuannya mahu meletakkan semula Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen, telah berubah menjadi bercabang-cabang dan tidak seperti yang diharapkan. Terikat dengan janji bahawa Anwar telah dipersetujui untuk menggantikan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-8, pilihanraya kecil Port Dickson sepatutnya disambut dengan rasa gembira […]

PELIK ZAHID INI, SEJAK BILA UMNO BENARKAN AHLINYA TURUN BERKEMPEN UNTUK PARTI LAWAN?

Jika sebelum ini kita berasa pelik dengan tindakan Nazri Aziz yang bertekad akan berkempen untuk Anwar Ibrahim di Port Dickson kerana PKR adalah parti lawan bagi UMNO, rupa-rupanya sikap yang ditunjukkan oleh Presiden UMNO, Zahid Hamidi dalam perkara itu jauh lebih pelik lagi. Zahid Hamidi dilaporkan berkata, tidak ada tindakan akan diambil terhadap Nazri, biar […]

PORT DICKSON YANG PELIK….

Setelah MIC enggan bertanding dan Pas awal-awal  lagi sudah angkat bendera putih, kini hanya tinggal UMNO yang jadi penentu sama ada akan berlaku pertandingan atau sebaliknya di Port Dickson.Dilaporkan penentuan sama ada UMNO akan bertanding atau tidak akan diputuskan pada 24 September ini. Jika UMNO sedia meletakkan calonnya yang sudah pasti akan disokong pula oleh […]

AKUAN BERSUMPAH BUKTI UMNO SEDANG MENUNGGU PELUANG UNTUK BERSAMA ANWAR DAN PKR

Pendedahan Nazri Aziz tentang wujudnya akuan bersumpah melibatkan majoriti Ahli Parlimen UMNO yang memberi kuasa kepada Presiden UMNO, Zahid Hamidi untuk berunding dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan dalam usaha kembali menjadi kerajaan, tidaklah begitu memeranjatkan sebenarnya. Pertama, ia kerana UMNO pada hakikatnya tidak biasa menjadi pembangkang dan akan berusaha sedaya upaya untuk kembali hidup dalam […]

NAJIB, SUDAH-SUDAHLAH REKA CERITA DONGENG!!!

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim mendedahkan, siasatan polis mendapati sejumlah RM2,973 bilion telah dimasukkan ke akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Katanya, kemasukan wang itu disalurkan melalui 132 transaksi dengan menggunakan tiga firma iaitu Good Star, Aabar dan Tanore Finance. Alamak…ingatkan hanya RM2.6 bilion, rupa-rupanya jumlah wang yang pernah diterima Najib […]

HANYA MENUNGGU UMNO….

Pas awal-awal sudah sudah buat keputusan tidak akan  bertanding dalam pilihanraya kecil Port Dickson yang akan diadakan tidak lama lagi dengan alasan mahu memberi laluan kepada UMNO meletakkan calonnya. Tidak cukup dengan itu, Pas juga sedia memberi sokongan kepada UMNO kempen pilihanraya itu nanti sebagaimana UMNO telah membantu Pas di Seri Setia. Kemudian, MIC yang […]

APAKAH 'LANGKAH PORT DICKSON' AKAN JADI MODAL KEMPEN KEM RAFIZI MENJATUHKAN AZMIN YANG AKHIRNYA MENJADIKAN PKR TERBELAH DUA?

Di sebalik Anwar Ibrahim mungkin sedang teruja untuk kembali sebagai Ahli Parlimen melalui “Langkah Port Dickson” yang diumumkan semalam dan seterusnya makin mendekatkannya kepada pengejaran cita-cita menjadi Perdana Menteri, hakikat yang tidak harus dinafikannya juga ialah PKR yang baru diterajuinya kini semakin melebar perpecahannya. Bermula dengan tindakan Rafizi Ramli menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden […]

LEBIH BAIK BN, PAS TAK LETAK CALON DI PORT DICKSON…..

Akhirnya sah kerusi yang akan ditandingi oleh Anwar Ibrahim bagi membolehkannya kembali sebagai Ahli Parlimen ialah di Port Dickson, Negeri Sembilan.  Ini berikutan wakil rakyatnya, Danyal Balagopal Abdullah dengan sukarela mengosongkan kerusi yang dimenanginya pada PRU 9 Mei dengan majoriti 17,710 undi untuk memberi laluan kepada Anwar menjadi penggantinya. Danyal Balagopal juga dilaporkan sudah menghantar […]

KIT SIANG HARUS BERJIWA BESAR, TAK SEMUA PERKARA MESTI DISELESAIKAN DI MAHKAMAH

Walaupun Lim Kit Siang bertegas mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap Tun Hanif Omar yang didiakwa memfitnahnya, malah peguamnya, Ramkarpal Singh dilaporkan sudah memulakan proses ke arah itu, tetapi pemimpin veteran DAP itu seharusnya boleh menilai kembali tindakannya itu. Beliau mesti sedar bahawa kini adalah zaman Malaysia Baru yang turut menitikberatkan semangat toleransi, sedia berbincang dan […]

ZAHID HAMIDI MACAM BISKUT?

Di ketika Najib Razak semakin kerap muncul di tempat awam dan lebih rajin menulis atau menjawab pelbagai isu di media sosial, ramai yang bertanya di mana Zahid Hamidi sekarang ini? Kenapa beliau lebih banyak mendiamkan diri dan tidak bersuara apa-apa dalam sekian banyak isu yang melanda negara sedangkan jawatannya adalah Presiden UMNO dan Ketua Pembangkang? […]