PERGHHH….HEBATNYA MCA!!

MCA semalam memberi amaran sama ada akan menyingkirkan UMNO daripada BN atau gabungan itu perlu dibubarkan jika UMNO terus bergerak ke arah politik teokrasi.

Amaran itu dilontarkan kerana tidak setuju dengan hubungan UMNO yang dilihat semakin mesra dengan Pas kebelakangan ini.

Kata Presiden MCA, Liow Tiong Lai, BN perlu terus berpegang kepada kemajmukan budaya serta mempertahankan keharmonian kaum di negara ini.

“BN akan memegang kepada prinsip kesederhanaan. Jika ada sebarang parti komponen, termasuk UMNO, bergerak ke arah perkauman, agama, teokrasi atau ekstremise, maka kami hanya ada dua pilihan iaitu bubarkan BN yang bukan lagi merupakan gabungan keharmonian kaum atau tendang keluar UMNO dari BN, katanya lagi.

Perghhhh…hebatnya MCA sekarang ini, siap boleh bagi amaran dan ugutan kepada UMNO.

Siapa lebih besar antara UMNO dan MCA?

Tetapi, semua ini hanya berlaku di era Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO saja.

Dan kenapa Zahid Hamidi tak libas balik MCA? (ShahbudinHusin 24/09/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 2:07 pm
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments