Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

SEORANG AHLI PARLIMEN UMNO KELUAR PARTI MINGGU DEPAN?

Seorang Ahli Parlimen UMNO dari sebuah negeri di Pantai Timur dijangka akan mengisytiharkan dirinya keluar parti dalam waktu terdekat ini.

Selain merupakan Ahli Parlimen, pemimpin berkenaan juga pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan ketika era BN sebelum ini.
Beliau turut dikenali sebagai pemimpin yang baik, mudah mesra, merendah diri dan disenangi yang banyak pihak.

Adalah dijangka beliau akan membuat pengumuman untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas buat sementara waktu, sebelum kemudiannya memilih untuk menyertai salah satu parti dalam Pakatan Harapan.

Beliau dijangka akan membuat pengumuman mengenai perkara itu selewat-lewatnya minggu depan.
(Terkini – pemimpin yang dimaksudkan dalam berita ini ialah Mustapha Mohamad, Ahli Parlimen Jeli yang sudah pun mengumumkan keluar UMNO awal malam tadi.
Mengikut perancangannya, beliau dijadual akan membuat pengumumkan keluar UMNO itu pada Isnin depan, tetapi atas sebab-sebab tertentu ia diawalkan kepada hari ini.
Mustapha sebenarnya baru petang tadi memuktamadkan keputusannya keluar UMNO itu setelah mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan  “seseorang yang berpengaruh” dalam kerajaan Pakatan Harapan.
Pertemuan empat mata itu diadakan di Kuala Lumpur yang berakhir kira-kira 5.30 petang tadi)

Tindakan dan persetujuan Ahli Parlimen berkenaan meninggkan UMNO adalah hasil perbincangan dan pertemuannya dengan “seseorang yang berpengaruh” dalam kerajaan Pakatan Harapan beberapa hari lalu.

Beliau dilaporkan telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan “orang berpengaruh berkenaan” selama hampir dua jam dan akhirnya bersetuju untuk keluar meninggalkan UMNO.

Pengumuman beserta alasan-alasan mengapa beliau keluar meninggalkan UMNO akan dihuraikan dalam sidang media atau melalui kenyataan akhbar yang akan dibuat pada minggu depan nanti. (ShahbudinHusin 18/09/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x