Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

SATU LAGI SEJARAH TERCIPTA….

Ketika Najib Razak didakwa di mahkamah sebelum ini, beliau mencatat sejarah sebagai bekas Perdana Menteri pertama pernah didakwa di mahkamah.

Sehingga ini beliau menghadapi tujuh pertuduhan dan menurut Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad,  lebih banyak akan menyusul lagi terhadap Najib.

Kini dilaporkan pula isteri beliau, Rosmah Mansor turut dijangka akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi dengan sekurang-kurangnya atas 20 pertuduhan yang kebanyakannya berkaitan penggubahan wang haram.

Pertuduhan terhadap Rosmah dikatakan hanya menunggu pasukan penyiasat melengkapkan siasatan mereka.

Kedua-duanya, Najib dan Rosmah sebelum ini telah dipanggil memberi keterangan kepada SPRM secara berasingan.

Bermakna, jika Rosmah turut didakwa, satu lagi sejarah akan tercipta di mana beliau akan menjadi isteri bekas Perdana Menteri yang pertama didakwa di mahkamah.

Kalau kemudiannya kedua-dua mereka dihukum penjara, Najib dan Rosmah sekali lagi akan mencipta sejarah sebagai bekas Perdana Menteri dan isteri bekas Perdana Menteri yang pertama menerima hukuman seumpama itu.

Hebat sekali pasangan ini!! (ShahbudinHusin 19/09/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x