Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

APA LAGI REKAAN CERITA DONGENG NAJIB SELEPAS INI?

Beberapa hari lalu Najib Razak dengan bangganya mendedahkan sepucuk surat yang kononnya ditulis oleh seorang putera Diraja Arab Saudi kepadanya berhubung pemberian derma kontroversi sebanyak RM2.6 bilion melalui laman Facebooknya.

Putera Diraja Arab Saudi yang didakwa menandatangani surat berkenaan ialah Putera Saud Abdul Aziz A-Saud.

Namun demikian, surat yang bekas Perdana Menteri  rujuk sebagai “bukti” bahawa berbilion wang yang didepositkan ke dalam akaunnya adalah “derma” bukan ditandatangani oleh nama putera Diraja Arab yang berkenaan, lapor The Edge Weekly hari ini.

Meskipun surat itu ditandatangani oleh Saud Abdulaziz Al-Saud, laporan itu mendakwa dokumen berkenaan sebenarnya disediakan dan ditandatangani oleh individu bernama Mohammad Abdullah Al Koman.

Mohammad Abdullah mendakwa dia adalah wakil kepada Putera Saud Abdul Azizi Majid Al Saud.

“Mohammad Abdullah memberitahu penyiasat bahawa dia adalah orang yang menyediakan dan menandatangani surat berkenaan bagi pihak putera Arab itu,” kata laporan itu, yang menambah Mohammad Abdullah tidak dapat memberi butiran lanjut berhubung pemindahan wang kepada Najib kerana melibatkan “kepentingan keluarga diraja Arab Saudi”.

“Dalam kata lain, Mohammad Abdullah memberitahu pasukan penyiasat Malaysia bahawa mereka perlu percaya bahawa surat itu datang dari keluarga Diraja Arab Saudi.

“Sumber berkata bahawa selepas perjumpaan dengan Mohammad Abdullah, penyiasat menyimpulkan bahawa ‘tidak selamat untuk mengesahkan wang berkenaan yang datang dari Blackstone dan Tanore adalah derma oleh Arab Saudi, kerana masih tidak jelas dan kekurangan dokumen yang menyokong kenyataan itu’,” tulis laporan itu.

Kahkahkah….apa lagi agaknya rekaan cerita dongeng Najib sebagai “facebooker tegar” selepas ini? (ShahbudinHusin 17/09/2018). 

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x