Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

PORT DICKSON YANG PELIK….

Setelah MIC enggan bertanding dan Pas awal-awal  lagi sudah angkat bendera putih, kini hanya tinggal UMNO yang jadi penentu sama ada akan berlaku pertandingan atau sebaliknya di Port Dickson.
Dilaporkan penentuan sama ada UMNO akan bertanding atau tidak akan diputuskan pada 24 September ini.

Jika UMNO sedia meletakkan calonnya yang sudah pasti akan disokong pula oleh Pas, pilihanraya kecil Port Dickson tentu sekali akan jadi meriah dan menarik.

Tetapi, jika parti itu tidak sedia meletakkan calonnya, maka akan menang percumalah Anwar Ibrahim yang sekaligus lebih memudahkannya sebagai Ahli Parlimen pertama dari Negeri Sembilan menjadi Perdana Menteri.

Namun yang peliknya, sementara menunggu UMNO membuat keputusannya itu, tiga pemimpin parti itu sudah pun  secara terbuka memberi sokongan, malah menyatakan akan turun berkempen membantu kemenangan Anwar yang akan bertanding menggunakan logo Harapan.

Mereka ialah Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim dan  Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunus

Amboi…mentang-mentang Anwar bakal Perdana Menteri, sanggup mereka ini mengenepikan parti sendiri!!

Tetapi, bagaimana jika nanti UMNO memutuskan tidak bertanding dan Anwar menang percuma?

Kalau itu yang diputuskan, maka terlepaslah peluang ketiga-ketiga pemimpin UMNO berkenaan untuk “menghimpit” bakal Perdana Menteri yang sudah tentu tindakan itu sebenarnya lebih untuk kepentingan peribadi mereka semata-mata.

Kesiannnn…..(ShahbudinHusin 15/09/2018).

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x