ALAHAI MENTERI PENDIDIKAN…..

Semacam ada yang tidak kena dengan Menteri Pendidikan, Mazlee Malik sejak beliau memegang jawatan itu.

Selain beberapa kontroversi sebagai Menteri Pendidikan sebelum ini, beliau seperti sengaja menempah satu lagi kecaman ramai apabila bersetuju menerima perlantikan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau UIAM.

Mempertahankan perlantikan itu, Mazlee berkata kedudukannya itu tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji dan elaun, malah menjimatkan duit universiti berbanding jika orang lain yang dilantik yang memerlukan bayaran gaji dan elain berjumlah hampir setengah juta ringgit.

Ini bukan soal gaji, elaun atau berapa banyak wang universiti dapat dijimatkan, tapi Malaysia Baru mesti dinampakkan berbeza dengan era BN dahulu.

Alahai YB Dr. Mazlee….janganlah guna hujah yang lebih kurang macam Ahmad Maslan?

Sebelum kecoh-kecoh berkaitan dirinya sebagai Presiden UIAM, Mazlee juga telah melantik Penasihat khasnya di Kementerian Pendidikan, Wan Saiful Wan Jan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN.

Yang lebih menarik, demi mewajarkan perlantikan itu, beliau berkata, Wan Saiful yang kalah bertanding di Parlimen Pendang dalam PRU14 lalu dilantik sebagai Pengerusi PTPTN kerana orang lain tidak mahu jawatan tersebut.

Kahkahkah….bagaimana Mazlee tahu orang lain tak mahu jawatan itu?

Adakah pernah ditawarkan kepada orang lain sebelum ini?

Sekali lagi…alahai….

Satu lagi perlantikan di bawah kementerian Mazlee yang turut menjadi bualan ramai ketika ini ialah apabila Setiausaha Politiknya, Mohd Nizam Morad dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Utara Malaysia atau UUM bermula 1 Ogos lalu.

Tidakkah dengan Setiausaha Politik  Menteri Pendidikan duduk dalam Lembaga Pengarah UUM ia merupakan satu bentuk campurtangan politik dalam hal ehwal universiti?

Apa pula agaknya kewajaran Mazlee berkaitan Setiausaha Politiknya itu menjadi Ahli Lembaga Pengarah UUM?
Turut menjadi bualan ramai ialah berhubung perlantikan Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani sebagai Naib Cancelor UUM bermula 26 Ogos lalu kerana beliau dikatakan baru saja mendapat gelaran Profesor, selain perlantikannya dilaporkan kerana pengaruh Mohd Nizam.

Untuk kali yang ketiga….alahai Mazlee, belum setahun jadi menteri dah macam-macam hal celaru yang berlaku.

Tak kesiankah dengan Tun Mahathir, parti dan kerajaan yang terpaksa menanggung semua beban karenahmu? (ShahbudinHusin 08/09/2018)

Updated: 26 March 2019 — 2:07 pm

Leave a Reply

Your email address will not be published.