Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

PAS MASUK BN ATAU UMNO SERTAI GAGASAN SEJAHTERA?

Sebelum ini Pas ada mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu sedang mempertimbangkan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang akan diadakan hujung bulan ini.

Menurut kata Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, pihaknya sedia menghadiri PAU 2018 sekiranya menerima jemputan daripada UMNO.

Hari ini, UMNO pula, walaupun belum mendapat undangan rasmi daripada Pas, secara terbuka mengatakan akan hadir muktamar parti itu yang akan diadakan di Kuala Terengganu, hujung minggu depan.

Yang pastinya kalau UMNO dijemput ke Muktamar Pas, kita akan hadir, kata Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob.

Serentak dengan itu, Ismail Sabri juga memaklumkan bahawa UMNO akan menjemput Pas secara rasmi untuk menghadiri perhimpunannya kali ini.

Bermakna, satu lagi perkembangan menarik tentang hubungan UMNO dan Pas sejak kedua-duanya menjadi pembangkang sekarang ini.

Cuma, persoalan seterusnya ialah apakah Pas akan masuk BN atau UMNO akan menyertai Gagasan Sejahtera? (ShahbudinHusin 06/09/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x