Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

BIAR BETUL PAS NI?

Menurut apa yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Salehan Mukhyi, negara kini sudah kehilangan sebuah kerajaan yang sangat baik apabila keputusan PRU14 lalu menyaksikan BN tumbang kepada Pakatan Harapan.

Bukan sekadar Melayu hilang kuasa, malah rakyat hilang sebuah kerajaan yang sangat baik, kata beliau yang juga AJK Pas Pusat.

Dalam erti kata lain, di mata Pas sekarang, kerajaan BN pimpinan Najib Razak dan UMNO sebelum ini adalah sebuah kerajaan yang jauh lebih baik berbanding Pakatan Harapan yang dipilih oleh rakyat.

Biar betul Pas ni?

Apakah kerajaan yang meninggalkan hutang melebihi RM1 trilion boleh dikategorikan sebagai kerajaan yang sangat baik?

Apakah apabila ketua kerajaannya, Najib yang terlibat dengan skandal 1MDB sehingga hutang-hutangnya terpaksa dibayar dengan wang rakyat, maka kerajaannnya  masih mahu dianggap sebuah kerajaan yang sangat baik?

Adakah apabila di rumah bekas ketua kerajaan yang berjaya ditumbangkan iaitu Najib dan isterinya, Rosmah Mansor ditemui wang tunai, barang kemas dan beg tangan mewah bernilai RM1.1 bilion selepas kejatuhannya, itu menunjukkan kerajaan BN sebelum ini sangat baik?

Apakah pentadbiran BN yang menyebabkan wang bayaran balik GST berjumlah RM19 bilion dan cukai LHDN yang terlebih bayar sebanyak RM16 bilion, tetapi gagal dikembalikan boleh dikira sebuah kerajaan yang sangat baik?

Apakah kerajaan yang suka bermewah, banyak membazir dan kemudian meletakkan semua beban itu di bahu rakyat benar-benar sebuah kerajaan yang sangat baik?

Sekali lagi pertanyaan…biar betul Pas ni?

Atau sekarang ini Pas sedang mabuk apa agaknya? (ShahbudinHusin 06/09/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x