Month: September 2018

DIA CADANG, DIA TUTUP

Siapakah yang teringin serta terghairah untuk menjadi kerajaan dan seperti tidak sanggup lagi jadi pembangkang, lalu menawarkan diri untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan? Siapakah pula yang tiba-tiba mengatakan cadangan kerajaan perpaduan itu sudah ditutup? Lawak dol…27 September cadang, 30 September cadangan ditutup.Dia yang cadang, kemudian dia juga yang tutup!! (ShahbudinHusin 01/10/2018) […]

SIAPA MENCATUR PERLANTIKAN PENGERUSI2 AGENSI KERAJAAN?

Satu semi satu perlantikan pengerusi agensi kerajaan diumumkan dalam minggu-minggu kebelakangan ini. Bermula minggu lalu dengan perlantikan pengerusi MARA, Perbadanan Stadium Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atau SKMM, perlantikan  pengerusi baru diteruskan lagi minggu ini di Perkeso, Suruhanjaya Sekuriti dan PRIMA atau Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia. Dr. Hasnita Hashim daripada Maybank dilantik sebagai Pengerusi […]

PELIK UMNO INI, BUAT APA LAGI NAJIB MAHU DISAMBUT MERIAH?

Perhimpunan UMNO tahun ini kali pertama diadakan dalam keadaan parti itu tidak lagi mempunyai kuasa di peringkat pusat, malah negeri yang masih dikuasainya iaitu Pahang dan Perlis tergolong sebagai negeri yang miskin, tidak mempunyai pendapatan yang tinggi dan banyak hutang. Dalam erti kata lain, meskipun masih ada yang berbangga kononnya UMNO menang 54 kerusi dalam […]

UMNO DAN PAS MULA BERBALAH?

Barangkali ramai yang keliru dan terpinga-pinga apabila Presiden Pas, Hadi Awang secara  tiba-tiba mahukan Tun Mahathir Mohamad terus kekal sebagai sebagai Perdana Menteri selama sepenggal dan bukannya dua tahun seperti yang diura-urakan bagi memenuhi janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim. Bukankah Hadi juga yang sebelum ini tidak setuju dengan Tun Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri, […]

ANWAR TAK TERGUGAT DI PORT DICKSON….

Berbanding beberapa pilihanraya sebelum ini, pilihanraya kecil Port Dickson yang akan berlangsung pada 13 Oktober depan boleh dianggap satu pilihanraya yang paling banyak memberi kejutan kepada orang ramai. Sebelum ini ramai yang terkejut apabila Anwar Ibrahim memilih Port Dickson sebagai kawasan untuk ditandingi bagi membolehkannya kembali menjadi Ahli Parlimen dan sebagai persediaan mengambil alih jawatan […]

IDEA KERAJAAN PERPADUAN HANYA HELAH ZAHID UNTUK ELAK DIHENTAM DALAM PAU2018

Hujung minggu ini, 29 dan 30 September, UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agungnya di PWTC, Kuala Lumpur. Sesuai sebagai parti yang sudah kalah dan hilang kuasa, PAU2018 kali ini hanya diadakan selama dua hari saja berbanding lima hari ketika masih berkuasa dahulu. Selepas lebih 4 bulan sejak kehilangan kuasa, UMNO yang diterajui oleh Zahid Hamidi ketika […]

KENAPA MASIH ADA YANG SUKAR MENERIMA ANWAR SEBAGAI BAKAL PENGGANTI TUN MAHATHIR?

Entah sudah berapa kali, Tun Mahathir Mohamad nampaknya sekali lagi terpaksa mengulangi janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim. “Rakyat mahu Perdana Menteri baru, bukan Perdana Menteri lama ini, tetapi pada masa itu (sebelum pilihan raya umum ke-14) mereka tiada pilihan kerana pemimpin lain berada dalam penjara dan beliau (Anwar) pun tak boleh menerajui parti. […]

UMNO SOKONG SIAPA?

Memenuhi janjinya untuk memberi tentangan kepada Anwar Ibrahim jika UMNO tidak sedia meletakkan, Pas akhirnya membuat keputusan bertanding dalam pilihanraya kecil Port Dickson pada 13 Oktober depan. Keputusan bertanding itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas di Kuala Terengganu malam tadi. Keputusan itu diumumkan melalui twitter rasmi Presiden Pas, Hadi Awang sambil memaklumkan siapa calon yang […]

INGATAN KEPADA TUN MAHATHIR – JANGAN KETEPIKAN TERUS ORANG POLITIK

Selepas beberapa lantikan daripada kalangan profesional untuk mengetuai agensi kerajaan dan GLC sebelum ini, hari ini tiga lagi perlantikan diumumkan iaitu di MARA, Perbadanan Stadium Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Bagi jawatan Pengerusi  MARA, nama yang diumumkan ialah Dr.Hasnita Hashim daripada Maybank, manakala Tony Fernandes, tuan punya syarikat penerbangan Air Asia dilantik mengetuai […]

UMNO PENAKUT?

Ini kata Hishammuddin…. KJ pula dah bersuara lama sebelum ini… Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi bukan saja dah bersuara lama, malah khabarnya dalam mesyuarat juga… Seorang lagi yang turut bersuara ialah Senator Khairul Azwan Harun atau Azwanbro, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia… Panas….panas…panas…… Jika ditinjau di peringkat bawahan pula, sebenarnya ramai lagi yang kecewa […]

ADAKAH LEBIH RAMAI AKAN KELUAR UMNO SELEPAS INI?

Semalam, Ketua UMNO Bahagian Cheras di Wilayah Persekutuan, Syed Ali Al-Habshee mengumumkan keluar daripada UMNO. Beliau memberi alasan tindakannya keluar UMNO adalah demi survival Melayu. Hairan juga alasan itu dan apakah bermakna UMNO selama ini bukan berjuang untuk orang-orang Melayu? Atau perjuangan Melayu oleh UMNO itu telah hilang bersama hilangnya kuasa parti itu selepas PRU14 […]

BOIKOT? BAGAIMANA JIKA MASIH ADA PEMIMPIN UMNO MAHU BERKEMPEN UNTUK ANWAR?

Ramai yang kurang percaya dan hanya tersenyum sinis apabila Presiden UMNO, Zahid Hamidi menyatakan parti itu dan BN akan memboikot pilihanraya kecil Port Dickson yang penamaan calonnya akan diadakan pada 29 September ini, manakala pengundian pada 13 Oktober depan. Boikot atau takut? Tanya mereka. Alasan bahawa kononnya UMNO dan BN bertindak memboikotnya kerana ingin menjimatkan […]

KEKECOHAN PENGUNDIAN PKR, SUATU PERINGATAN BUAT BERSATU

Kekecohan dalam pemilihan PKR pada hari pertama  pengundian di Kedah dan Pulau Pinang sehingga kerusi-kerusi turut berterbangan, susulannya pengundian di Perak dan Perlis terpaksa ditangguhkan, adalah sesuatu yang di luar jangkaan, sekaligus memalukan parti tersebut. Lebih-lebih lagi ia berlaku ketika Anwar Ibrahim turut diisytiharkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR dan dalam persiapan menghadapi kempen […]

PERGHHH….HEBATNYA MCA!!

MCA semalam memberi amaran sama ada akan menyingkirkan UMNO daripada BN atau gabungan itu perlu dibubarkan jika UMNO terus bergerak ke arah politik teokrasi. Amaran itu dilontarkan kerana tidak setuju dengan hubungan UMNO yang dilihat semakin mesra dengan Pas kebelakangan ini. Kata Presiden MCA, Liow Tiong Lai, BN perlu terus berpegang kepada kemajmukan budaya serta […]

PAU 2018 MEDAN DESAK ZAHID HAMIDI LETAK JAWATAN?

Kalau kita tanya kepada orang UMNO sekarang ini, daripada sepuluh yang ditemui, tujuh atau lapan daripadanya tidak akan teragak-agak pasti menggelengkan kepala dengan kepimpinan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO. Tanpa ragu-ragu mereka akan mengatakan Zahid Hamidi tidak berbuat apa-apa untuk memulihkan parti yang sudah jadi pembangkang sekarang ini. Selebihnya akan berkata, sudah lebih empat bulan […]

MAZLAN ALIMAN, PEJUANG YANG MEMANG SEPATUTNYA DIHARGAI

Pengumuman Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub bahawa pejuang Felda, Mazlan Aliman bakal dilantik menerajui salah sebuah agensi di bawah kementeriannya tentu saja dialu-alukan oleh mereka yang faham erti budi dan membalas budi. Siapa yang tidak kenal dengan Mazlan, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda atau Anak, seorang yang dikenali gigih dan tidak pernah […]

ADAKAH SHAFIE APDAL DAN ISA SAMAD BERPOTENSI MELARIKAN DIRI?

Dilaporkan bahawa SPRM menyatakan sebab utama mengapa bekas Perdana Menteri, Najib Razak tidak dipakaikan baju oren yang bertulis “Lokap SPRM” ialah kerana beliau kurang berisiko untuk melarikan diri. Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, tidak semua tertuduh mesti dipakaikan dengan baju oren dan SPRM akan melihat kepada aspek risiko sama ada seseorang itu mempunyai […]

JANGAN SENTAP DENGAN PEMERIKSAAN POLIS DI RUMAH TUN RAHAH

Dalam apa juga kes, terutama untuk mencari bahan bukti, apabila pihak polis melakukan serbuan atau pemeriksaan, ia tentulah berdasarkan maklumat yang mereka terima. Ada ketikanya maklumat yang diterima itu betul dan ada kalanya tidak berapa tepat. Tetapi, demi tugas dan tanggungjawab, ia tetap kena dilakukan walaupun terpaksa pulang dengan tangan kosong. Itulah tugas dan tanggungjawab […]

ANWAR YANG TERLEBIH GHAIRAH…..

Di sebalik Anwar Ibrahim pernah mengatakan tidak akan tergesa-gesa untuk kembali ke Parlimen, apa lagi untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad, realitinya ramai yang melihat beliau kadangkala terlebih ghairah kepada jawatan tersebut. Khususnya setelah kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan untuknya kembali sebagai Ahli Parlimen, beberapa kenyataan beliau kebelakangan ini jelas menggambarkan […]