Semalam dilaporkan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah ditangkap oleh pihak polis di hospital di Subang di mana beliau sedang menerima rawatan atas masalah kesihatan yang sedang dihadapinya.
Bagaimanapun diberitakan perintah tahanan reman yang dipohon oleh pihak pilis telah ditolak oleh majistret.
Hari ini pula dilaporkan beliau akan mengangkat sumpat sebagai Adun Sibuga di pejabat Speaker DUN Sabah, Syed Abas Syed Ali.
Bermakna, jika sudah boleh hadir untuk majlis angkat sumpah petang ini, bererti Musa Aman juga tidaklah menghadapi masalah kesihatan yang serius lagi.
Maka, langkah seterusnya ialah pihak polis harus menangkap dan mengemukakan semula permohonan tahanan reman terhadap bekas Ketua Menteri itu bagi disiasat atas dakwaan melakukan ugutan terhadap Yang Dipertuan Negeri Sabah.
Adakah petang ini selepas mengangkat sumpah sebagai Adun, beliau akan ditangkap semula dan seterusnya dipohon perintah tahanan reman?
Selain disiasat pihak polis, Aman turut berdepan siasatan oleh SPRM berhubung dakwaan menyogok Adun Sabah selepas pilihanraya umum 9 Mei lalu. (ShahbudinHusin 24/08/2018)