Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

SEDIAKAH NAJIB MEMBERITAHU DI MANA JHO LOW BERADA? ATAU BELIAU AKAN MENJAWABNYA TAK TAHU?

Setelah sebelum ini ditekan agar menjarakkan diri daripada UMNO dan kemudian dianggap beban kepada parti itu dalam usahanya mengembalikan semula sokongan rakyat, Najib Razak kini berdepan satu lagi desakan baru.

Kali ini beliau digesa berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa tentang di mana beradanya Jho Low menyembunyikan diri ketika ini.

Gesaan terbaru ini disuarakan oleh Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin  yang mahu Najib berbuat demikian bagi menyelesaikan  dan mencari kebenaran berhubung skandal 1MDB.

“Sekiranya Najib mengetahui dan mempunyai maklumat tentang Jho Low, sudah pastilah ia menjadi tanggungjawab beliau untuk berkongsi maklumat itu dengan pihak berkuasa,” kata Khaled lagi.

Jho Low yang dicari pihak berkuasa dipercayai sedang bersembunyi di China dan penyiasatan keatasnya adalah amat penting untuk merungkai kebenaran skandal mega itu.

Ikut logiknya, besar kebarangkalian Najib dan keluarganya tahu di mana Jho Low berada  atau tidak mustahil beliau dan ahli keluarganya ada sekali-sekali berkomunikasi dengan jutawan playboy itu.

Ini kerana, sebagaimana yang diketahui umum, bukan saja Najib yang ada hubungan rapat dengan Jho Low, tetapi juga anak tirinya, Riza Aziz serta Rosmah Mansor.

Rasanya mustahil hubungan mereka terputus terus dengan Jho Low.

Cuma, sediakah Najib berkongsi maklumat atau memberitahu pihak berkuasa di mana Jho Low berada jika beliau mengetahuinya?

Ataukah Najib akan memberi jawapan seperti biasa – saya tak tahu! (ShahbudinHusin 19/08/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x