Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

UMNO TIADA LAGI MASA DEPAN, ELOK JUGA KJ KELUAR DENGAN SEGERA!!!

Hanya kerana menyatakan rasa tidak setujunya dengan kerjasama UMNO dan Pas dalam pilihanraya kecil Seri Setia serta menyokong usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk menyiasat semula skandal 1MDB agar parti tidak terus mengusung “bangkai bernyawa”, Khairy Jamaluddin disarankan agar segera keluar UMNO dan menyertai PKR atau DAP.

Dalam hal ini, ternyata yang mereka rapat atau pernah bekerja dengan Najib Razak masih tidak mahu menerima hakikat kalahnya UMNO dalam pilihanraya umum lalu adalah kerana skandal 1MDB.

Di mana salahnya KJ bercakap mahukan kebenaran mengenai 1MDB serta mengkritik kerjasama UMNO dan Pas?

Apakah sejak kalah ini UMNO makin tertutup dan langsung tidak boleh meraikan perbezaan pendapat?

Bagaimanapun, oleh kerana dalam tempih 100 hari yang sudah berlalu menunjukkan UMNO masih tidak berubah, malah bertambah rasis, ditambah mungkin menjadi mirip seperti Pas dengan turut menjual agama untuk harga politik dunia setelah bekerjasama dengan parti itu, sebenarnya ada baiknya juga KJ memikirkan semua kedudukannya dalam UMNO.

Tiada makna lagi beliau kekal bersama parti itu kerana nilai perjuangannya sudah berbeza. Melayu bandar, mereka yang berpendidikan, kelas menengah dan orang muda, realitinya semakin menjauhi UMNO.

Setelah kalah pada 9 Mei lalu, hakikatnya terlalu sukar untuk UMNO bangkit semula.

Ramai yang percaya, tiga kali pilihanraya umum lagi pun belum tentu UMNO mampu bangkit semula untuk kembali berkuasa.

Jadi, untuk apa KJ harus membuang masa selama selama 15 tahun sebagai  pembangkang yang tidak cerdik dan tidak membina?

Bukankah lebih baik menyertai parti kerajaan dan membina semula karier politiknya di landasan yang baru?
PKR ada, DAP ada, malah Bersatu ada Amanah pun sentiasa terbuka.

KJ, tinggalkan saja UMNO dan menyeberanglah ke sebelah sini dengan segera!! (ShahbudinHusin 19/08/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x