Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

ALHAMDULILLAH…..

Muhyiddin Yassin yang baru-baru ini menjalani pembedahan di bahagian pankreasnya, kini sudah kembali sihat dan hari ini hadir ke Dewan Rakyat untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh.

Walaupun nampak sedikit kurus, Menteri Dalam Negeri itu kelihatan ceria dan gembira kerana dapat kembali menjalankan tugas demi rakyat seperti biasa.

Rakan-rakan Ahli Parlimen juga menyambut gembira kehadiran semula Muhyiddin ke Parlimen dengan masing-masing bersalaman dan bertanya khabar kepadanya.

Alhamdulillah, mudah-mudahan Muhyiddin terus sihat seperti sediakala dan dapat menjalankan tugasnya dengan cemerlang demi agama, bangsa dan negara. (ShahbudinHusin 14/08/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x