Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

HENTIKANLAH, KATA EZAM KEPADA KEM RAFIZI

  1. Saya tidak memberi perhatian kepada politik kerana saya bukan lagi ahli politik. Lebih2 lagi selepas PRU14 kerajaan baru telah berjaya dibentuk makanya saya tidak melihat ada keperluan untuk memberi perhatian khusus krn kerajaan hari ini tidak lagi sebuah kerajaan kleptokratik yang wajib diserang spt kerajaan dahulu.
  1. Namun ada beberapa kenyataan ahli2 politik khususnya pemimpin PKR dan Ahli Parlimen beberapa hari ini mengundang perhatian saya.
  1. Pasti ada suara sinis yang menempelak saya kerana saya tidak lagi ahli PKR. Tetapi pertamanya pemimpin PKR hari ini bukan pemimpin sebuah parti sahaja tetapi sebuah kerajaan. Dan sebagai rakyat biasa saya berhak menegur. Keduanya, sedikit sebanyak ada sumbangan kecil saya menubuhkan PKR awal dahulu dan pernah  ke 2 penjara atas nama PKR.
  1. Kiritikan terhadap mana-mana kerajaan adalah lumrah. Kenyataan negatif terhadap kerajaan yang dianggotai mereka sendiri boleh memberi imej negatif kepada kerajaan itu sendiri. Itu juga pada hemat saya tidak mengapa.
  1. Tetapi beberapa kenyataan akhir-akhir ini bukan sahaja boleh menjejas imej tetapi kestabilan dan ekonomi negara kerana ia menyentuh beberapa perkara yang sewajarnya dielakkan dinyatakan secara terbuka dan sambil lewa pula.(tanpa sebarang bukti).
  1. Kenyataan membabitkan Tun Daim Zainuddin tentunya boleh memberi kesan kepada negara kerana beliau adalah Pengerusi  Majlis Penasihat Kerajaan/CEP (Council of Eminent Persons) yang dilantik oleh PM. Sesiapapun tidak boleh menafikan bagaimana CEP yang terdiri dari tokoh2 besar yang berpengaruh seperti Tan Sri Zeti, Tan Sri Hasan Merican,Tan Sri Robert Kuok dan Prof Jomo KS dan Tun Daim sendiri telah memberikan kesan positif kepada kestabilan dan ekonomi negara khususnya pada peringkat awal penubuhan kerajaan baru.
  1. Justeru kenyataan negatif apatah lagi semborono terhadap tokoh didalam CEP boleh memberi kesan negatif kepada negara lebih-lebih lagi kenyataan dibuat oleh seorang Ahli Parlimen kerajaan.
  1. Lebih serius lagi kenyataan itu  juga menyentuh tentang kononnya ada komplot yang membabitkan jawatan PM. Jawatan PM bukan sebarang jawatan. Sebarang kenyataan mengenainya mesti dibuat dengan teliti apatah lagi apabila ia datang dari ahli parlimen kerajaan. Kalau dakwaan dibuat ahli parlimen pembangkang implikasinya berbeza. Tetapi apabila datang dari ahli parlimen kerajaan ia memberi implikasi besar kepada negara.
  1. Keghairahan berkempen untuk jawatan parti tidak boleh menjadi lesen melakukan perkara2 yang boleh menggugat kestabilan kerajaan dan negara. Maka hentikanlah.
  1. Saya juga harap Sdr Rafizi sebagai kepala kepada kumpulan kempen ini mengambil sikap bertanggungjawab. Saya kenal Sdr Rafizi. Malah saya yang membawa dia masuk ke PKR melalui sahabat karib dan orang kanan saya didalam Pemuda dahulu Allahyarham Sdr Adlan Benan Omar. Mereka berdua saya usulkan dimasukkan terus ke MPT parti walaupun mereka baru tamat pengajian. Saya lihat potensi Rafizi pada ketika itu. Tetapi saya tidak setuju terhadap beberapa kenyataan dan tindak-tanduk beliau akhir-akhir ini.
  1. Saya juga mengharapkan ketegasan Dato Seri Anwar didalam memperbetulkan keadaan ini. Beliau pernah menjadi org no 2 negara dan di Kem Kewangan tentunya faham soal kestabilan negara dan ekonomi. Lebih2 lagi disaat kita mewarisi kerajaan kleptokrat dengan beban hutang dan kecurian yang diwarisi bersama. Makanya perkara paling utama dan harus dipandang paling serius adalah soal kestabilan dan keutuhan kerajaan dan ekonominya.
  1. Kalau kita2 benar-benar jujur mahu menyelamatkan negara dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan lain. Saharusnya tiada kompromi sama sekali terhadap unsur2 yang memusnahkan ini.

Mohamad Ezam Mohd Nor
AJK Penaja Parti Keadilan Nasional 1999.
Pengasas Pemuda Keadilan 1999.
Tahanan ISA dan OSA 2001-03.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x