Dilaporkan bahawa kononnya kurang separuh daripada barangan yang dirampas sebelum ini di kediaman dan kondo yang dikaitkan dengan Najib Razak serta dikaitkan dengan 1MDB adalah merupakan milik Rosmah Mansor.
Selebihnya ia dikatakan milik besan Rosmah iaitu Maria Nazarbayez, selain ada juga yang merupakan kepunyaan anak Najib sendiri, Nooryana Najwa.
Pernahkah kita dengar seseorang menyimpan berkotak-kotak beg tangan mewah dan berbeg-beg barangan kemas di rumah besannya?
Jika kita sendiri sebagai besan, adakah kita akan meletakkan barangan berharga seperti itu di rumah besan kita?
Kahkahkah….
Putar…Abang Halim…putar…
Sebelum ini, Najib turut dilaporkan berkata, wang tunai berjumlah RM114 juta yang dirampas bersama barangan kemas dan beg tangan itu juga adalah kepunyaan UMNO yang merupakan lebihan yang tidak digunakan dalam pilihanraya lalu.
Pengakuan Najib itu dibuat di sebalik fakta yang didedahkan oleh pihak polis bahawa wang tunai itu adalah dalam 29 jenis mata wang asing.
Sebagaimana pengakuan Najib itu menimbulkan keraguan yang nyata, dakwaan sejumlah barangan yang dirampas itu merupakan milik besan Rosmah juga menimbulkan tanda tanya yang sama kepada kita.
Logikkah ia? (ShahbudinHusin 12/08/2018)
LOGIKKAH BARANG2 BERHARGA DISIMPAN DI RUMAH BESAN?
Subscribe
0 Comments
Newest