Dalam kempen di malam terakhir untuk BN di Sungai Kandis, Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dilihat cuba menitupkan fitnah agama yang merbahaya dengan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan kini dikuasai oleh Kristian.
“Orang Kristian sudah ambil alih, take over Putrajaya dan beberapa negeri. Betul memang betul.
“Sekarang ini Lim Guan Eng Kristian, Anthony Loke Kristian, Tony Pua Kristian dan Hannah Yeoh Kristian,” kata beliau.
Dakwanya lagi, ahli-ahli politik DAP menggunakan kedudukan mereka dalam kerajaan untuk mengembangkan agama Kristian.
“Nama-nama yang saya saya sebut tadi, mereka adalah pengembang agama Kristian.
“Kita kena waspapa. Dalam mereka berpolitik, mereka menggunakan platform untuk mengembang dan menyebar agama Kristian,” kata Tajuddin lagi.
Beliau seterusnya menjangka DAP akan menghapuskan Raja-Raja Melayu dan menukar negara ini menjadi sebuah republik pada suatu hari nanti.
“Mereka ini nak tubuhkan sistem pemerintahan seperti Singapura, tak ada Raja, tak ada Sultan dan tak ada Yang Dipertuan Agong.
“Dalam sistem republik, siapa saja boleh jadi ketua kerajaan – boleh jadi Melayu, Cina atau India,” tambah Tajuddin.
Nampaknya, sejak kalah pilihanraya dan hilang kuasa, UMNO sudah jadi semakin sasau dengan cuba meniupkan sentimen kaum dan agama yang berbentuk fitnah merbahaya kepada perpaduan masyarakat berbilang bangsa semata-mata untuk memenangi pilihanraya.
Bayangkan apa mereka akan lakukan dalam beberapa pilihanraya kecil seterusnya jika tidak dicegah dengan segera?
Apakah kerajaan mahu biarkan saja “mamat” ini terus dengan mulut celuparnya melakukan fitnah sesuka hati?
Rasanya, demi kepentingan negara dan atas semangat Malaysia Baru, pihak polis sudah boleh menangkap Tajuddin ini untuk dilokap dan direman atas penyebaran fitnah, dakwaan karut dan meniupkan sentimen kaum serta agama yang bahaya kepada masa depan negara.
Jangan ditangguh-tangguh lagi…(ShahbudinHusin 04/08/2018)
RASANYA DAH BOLEH DITANGKAP 'MAMAT' INI….
Subscribe
0 Comments
Newest