Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

APA SUDAH JADI DENGAN LAPORAN POLIS OLEH PATRIOT?

Menurut apa yang dilaporkan semalam, Ketua Polis Negara, Mohamad Puzi Harun berkata, siasatan pihaknya berhubung kebocoran surat yang dihantar oleh  Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri kepada CIA sebelum pilihanraya umum 9 Mei lalu sudah pun hampir selesai.

Perkembangan itu berlaku hanya kira-kira 72 jam selepas Hasanah Ab. Hamid, Ketua Pengarah bahagian berkenaan membuat laporan polis berhubung bagaimana kebocoran surat itu boleh berlaku sehingga ia menjadi pengetahuan umum dan disiarkan di media-media.

Woww…cepatnya pihak polis bertindak!!

Tetapi, sebelum itu pada 24 Julai, sebuah NGO bernama Patriot juga turut membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan berkenaan penghantaran surat kepada CIA itu yang dianggap suatu bentuk pengkhianatan kepada negara.

Surat yang ditandatangani oleh Hasanah kepada Pengarah CIA itu ialah untuk memohon bantuan Amerika Syarikat kiranya BN hanya mampu menang tipis atau dengan kelebihan satu kerusi saja dalam pilihanraya umum 9 Mei lalu.

Patriot juga menggesa agar Hasanah disiasat untuk menentukan sama ada surat itu ditulis atas kehendaknya sendiri atau kerana adanya arahan pihak lain.

Dalam hal ini, adakah pihak polis sudah membuka kertas siasatan berkenaan laporan polis oleh Patriot itu?

Kenapa sehingga ini masih tiada khabar berita mengenainya?

Dan tiba-tiba dilaporkan pula siasatan berhubung dakwaan kebocoran surat itu pula yang hampir siap dijalankan.

Adakah pada tanggapan pihak polis, soal kebocoran surat itu lebih penting berbanding kandungan atau tujuan surat berkenaan yang jelas ternampak ada ciri-ciri khianat kepada negara kerana cuba memohon bantuan negara asing? (ShahbudinHusin 03/08/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x