Month: August 2018

ANWAR MASUK KABINET JUN 2019?

Setelah disahkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR, Anwar Ibrahim kini melangkah setapak lagi untuk menuju cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Beliau dijangka akan kembali menjadi Ahli Parlimen pada Oktober ini. “Saya sudah jelaskan perkara ini secara peribadi dan umum yang saya akan kembali ke Parlimen, insya Allah jika menang pilihanraya kecil sebelum hujung tahun ini…mungkin […]

MALAM AMBANG MERDEKA ANJURAN BERSATU BATU DISAMBUT MERIAH

Meskipun banyak pihak turut mengadakan sambutan ambang merdeka sempena kemerdekaan negara yang ke-61, program anjuran Bersatu Bahagian Batu di Jalan Sentul Pasar malam tadi merupakan acara yang boleh diberikan pujian. Selain sambutan yang meriah dengan kehadiran orangramai yang cukup membanggakan, program juga dipenuhi dengan pelbagai acara yang menyeronokkan. Selain persembahan akuistika kemerdekaan dan mengibar bendera […]

NAJIB PATUT BERTERIMA KASIH BN KALAH PILIHANRAYA…..

Bagaimanakah ketua sebuah agensi perisikan kerajaan boleh terlibat dalam skandal wang pilihanraya berjumlah AS$12 juta atau kira-kira RM50 juta? Lebih buruk, bagaimanakah wang tersebut yang sepatutnya digunakan untuk pilihanraya, tetapi lebih separuh daripadanya ditemui masih tidak digunakan, malah seolah-olah disembunyikan di sebuah kondo? Bayangkan apa terjadi dan betapa meriahnya kehidupan mereka yang terbabit sekarang ini […]

KALAU ALLAHYARHAM JJ ADA RM2.1 BILION, BAGAIMANA DENGAN BEKAS MENTERI2 UMNO YANG LAIN?

Meskipun kita barangkali harus terus mengingati tragedi malang helikopter terhempas yang mengakibatkan kematian Allahyarham Jamaluddin Jarjis bersama lima yang lain pada 2015 lalu, tetapi dengan adanya saman tuntutan faraid oleh ibunya sendiri, Aminah Abdulllah terhadap harta peninggalannya yang dikatakan berjumlah RM2.1 bilion, ramai di antara kita tentunya turut terkejut dengan jumlah kekayaan bekas menteri itu. […]

BAGAIMANA JIKA AZMIN KECUNDANG KEPADA RAFIZI? ADAKAH BELIAU AKAN MASUK BERSATU?

Siapa akan menang dalam pertandingan antara Azmin Ali dengan Rafizi Ramli? Ini adalah soalan yang paling banyak ditanyakan di mana-mana apabila memperkatakan tentang pertandingan jawatan timbalan presiden yang bakal berlaku dalam PKR yang pengundiannya akan berlangsung bulan depan. Sesetengah pihak merasakan Azmin akan menang dalam persaingan tersebut berdasarkan kedudukannya dalam kerajaan serta rekod cemerlangnua sebagai […]

FOREST CITY DAN SULTAN JOHOR DALAM PERANG MAHATHIR-CHINA

1. Kontroversi hubungan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dengan China kini terus panas apabila beliau hari ini mengisytiharkan bahawa warga asing tidak akan dibenarkan untuk membeli dan tinggal di kediaman Forest City, Johor. Tindakan ini bakal memberi kesan kepada ribuan pembeli warga China. Malah, projek yang bernilai kira-kira RM400 bilion itu turut melibatkan Duli Yang […]

BENARKAH JOHARI ABDUL AKAN GANTI MUKHRIZ JIKA ANWAR JADI PERDANA MENTERI?

Saya terpanggil untuk mengulas laporan berita yang memetik kenyataan Yang Berhormat Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani, siaran portal berita Malaysiakini hari ini.   Berita yang dirujuk ditulis oleh wartawan Susan Loone, bertajuk “I can do Wonders if Anwar Ibrahim is PM, says Johari Abdul “.   Saya tafsir kenyataan ini seperti berikut : […]

ADAKAH RAFIZI SEDANG MENGHALANG ANWAR JADI PERDANA MENTERI?

Baru beberapa hari lepas, Anwar Ibrahim mengingatkan agar jangan ada sesiapa lagi membangkitkan tentang konspirasi untuk menghalang beliau daripada menjadi Perdana Menteri, rupa-rupanya ia tetap dijadikan isu lagi. Walaupun kenyataan beliau itu adalah susulan permohonan maaf yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid kepada Tun Mahathir Mohamad, kefahaman umum ialah saranan Anwar […]

MAT SABU MESTI PASTIKAN ADA YANG DIHUKUM DALAM KES HISHAMMUDDIN GUNA PENGIRING TENTERA

Dalam reaksi awalnya sebelum ini berhubung pendedahan adanya tiga anggota tentera khas masih memberi khidmat kepada Hishammuddin Hussein, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu telah mengarahkan agar siasatan dijalankan dengan segera. Katanya, tindakan sewajarnya juga akan diambil jika terbukti terdapat sebarang pelanggaran kepada peraturan serta amalan sedia ada. “Saya telah mengarahkan siasatan segera dibuat dan tindakan sewajarnya […]

PENJELASAN HISHAMMUDDIN TAK MEYAKINKAN, MALAH SEPERTI MEMPERBODOHKAN ORANGRAMAI

Selepas beberapa jam didedahkan tentang tiga anggota tentera masih berkhidmat dengannya dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu turut memberi respon dengan mengarahkan siasatan segera dijalankan, Hishammuddin Hussein akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. Melalui laman twitternya, bekas Menteri Pertahanan itu menjelaskan, perkhidmatan tiga anggota tentera berkenaan hanyalah untuk sementara waktu saja. Katanya, tiga anggota tentera […]

HISHAMMUDDIN MESTI SEGERA TAMPIL BERI PENJELASAN

Meskipun Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu telah mengarahkan siasatan segera dijalankan, sekurang-kurangnya dua persoalan yang tentunya membingungkan kita semua jika benar laporan yang mengatakan tiga angggota khas tentera masih berkhidmat dengan bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein. Pertama, bagaimanakah pihak tentera masih membiarkan perkara itu terus berlaku sedangkan Hishammuddin bukan lagi seorang menteri selepas 9 Mei lalu? […]

SIASATAN 1MDB SEMAKIN MENUNJUKKAN TANDA POSITIF

Kerajaan jelas memperlihatkan sikap yang semakin serius hari demi hari  dalam mengambil tindakan berhubung siasatan skandal 1MDB. Semua ini selaras dengan keinginan rakyat yang memberi undi kepada kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum lalu ialah untuk melihat semua yang terlibat dalam skandal itu dapat dibawa ke muka pengadilan. Selain lapan pertuduhan jenayah telah dikemukakan keatas […]

KERUSI PERDANA MENTERI MEMANG TERJAMIN UNTUK ANWAR, CUMA……

Dalam satu perkembangan terbaru, Anwar Ibrahim meminta agar jangan dibangkitkan lagi cerita-cerita mengenai wujudnya konspirasi untuk menghalang beliau daripada menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad. Anwar berkata demikian sebagai mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid yang baru-baru ini memohon maaf kepada Tun Mahathir berhubung dakwaan yang pernah dibuatnya mengenai […]

BERMAKNA MUSA AMAN SUDAH BOLEH DILOKAP PETANG INI……

Semalam dilaporkan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah ditangkap oleh pihak polis di hospital di Subang di mana beliau sedang menerima rawatan atas masalah kesihatan yang sedang dihadapinya. Bagaimanapun diberitakan perintah tahanan reman yang dipohon oleh pihak pilis telah ditolak oleh majistret. Hari ini pula dilaporkan beliau akan mengangkat sumpat sebagai Adun Sibuga di […]

PENJELASAN TENTANG TUN MAHATHIR DIKATAKAN TERJATUH DI MASJID MEGARA

Tular di media sosial dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bahawa YAB Perdana Menteri telah terjatuh di Masjid Negara setelah selesai solat sunat Aidiladha semalam.  Untuk makluman semua, saya terpanggil untuk memberi penjelasan kerana saya bersolat di sebelah beliau. Kami bersama sejak awal hingga akhir solat dan khutbah Aidiladha.  Beliau kepenatan setelah baru pulang dari lawatan […]

ADAKAH KESALAHAN IMIGRESEN MUSA AMAN HENDAK DIDIAMKAN SAJA?

Bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman yang menghilangkan diri sejak Mei lalu akhirnya kembali ke tanahair semalam. Beliau disahkan berada di London untuk mendapat rawatan kesihatan di sana dan kemudian dirujuk ke sebuah hospital di Singapura yang mana dilaporkan telah menyimpan rekod kesihatannya sejak 30 tahun lalu. Daripada Singapura, beliau kembali ke Malaysia melalui Lapangan […]

SALAM AIDIL ADHA

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua pembaca blog ini, khususnya yang beragama Islam, tidak kira di mana juga mereka berada. Selain disambut kerana terkait dengan ibadah haji di Mekah yang juga merupakan rukun Islam kelima, Hari Raya Aidil Adha turut dikenali sebagai Hari Raya Korban. Ia adalah sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap […]

ANWAR MENZIARAHI MUHYIDDIN

Anwar Ibrahim yang kini dalam proses pemulihan setelah menjalani pembedahan di Turki baru-baru ini sempat meluangkan masa menziarahi Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin yang turut sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan di bahagian pankreasnya. Kedua-dua mereka kelihatan cukup gembira dan ceria dalam pertemuan itu, apalagi ia diadakan dalam semangat Hari Raya Korban yang akan […]