SEBAGAI ORANG YANG PERNAH MENGETUAI KURSUS PIDATO, ZAHID HAMIDI MESTI SAHUT CABARAN DEBAT HANIPA INI!!

Ketika menjadi Ketua Penerangan Pemuda UMNO suatu ketika dahulu, antara peranan yang agak cemerlang dimainkan oleh Zahid Hamidi ialah menganjurkan kursus-kursus pidato untuk ahli-ahli Pemuda UMNO seluruh negara bagi tujuan melahirkan penceramah yang berkualiti untuk kempen-kempen pilihanraya.

Ketika itu, Ketua Pemuda UMNO ialah Najib Razak.

Selepas Zahid Hamidi sendiri kemudian kemudian Ketua Pemuda UMNO, kursus-kursus melatih pemidato itu lebih rancak diadakan, bukan saja sebagai persiapan mengukuhkan jentera kempen ketika pilihanraya, tetapi juga untuk melahirkan lebih ramai pemimpin yang berkualiti dari segi pengucapan awam.

Sekarang, Zahid Hamidi sudah pun menjadi Presiden UMNO, meskipun tiada apa-apa jawatan lagi dipegangnya dalam kerajaan. 

Namun demikian, sebelum ini beliau merasa juga menjadi Timbalan Perdana Menteri selama kira-kira 3 tahun dan Menteri Dalam Negeri dalam tempoh yang lebih lama daripada itu.

Oleh itu, apabila datang cabaran berdebat daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Hanipa Maidin berkaitan hasrat kerajaan sekarang mahu memansuhkan undang-undang Sosma atau Akta Kesalahan Keselamatam (langkah-langkah khas) 2012, dari segi logik dan hukum akalnya, tiada sebab untuk Zahid Hamidi tidak berani menyahutnya.

Ia bukan saja kerana Zahid Hamidi pernah menduduki jawatan yang lebih tinggi daripada Hanipa, tetapi juga untuk beliau mempraktikkan segala ilmu-ilmu pidato yang diajar dan dikendalikannya sebelum ini.

Memang hak Zahid Hamidi sebagai Ketua Pembangkang untuk tidak bersetuju dengan hasrat kerajaan memansuhkan Sosma itu, namun keberanian mempertahankan segala hujahnya dalam satu perdebatan terbuka juga adalah penting sebagai ukuran kepada kredibilitinya sebagai peneraju UMNO ketika ini.

Jika tidak, macam mana kita nak tahu Zahid Hamidi ini ada kualiti atau sebaliknya?

Debat ini hanya mungkin tidak menjadi kenyataan sekiranya Zahid Hamidi lebih selesa memilih untuk jadi penakut seperti bossnya Najib yang sepanjang masa enggan berdebat dengan sesiapa. (ShahbudinHusin 24/07/2018).

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 2:06 pm
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments