Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

PESANAN BUAT KABINET BARU

Alhamdulillah,syukur hampir keseluruhan menteri kabinet telah dilantik. Kita mengucapkan tahniah dan berdoa agar mereka semua dapat menjalankan amanah yang diberikan. Harap mereka sentiasa merasakan bahawa mereka memikul tanggungjawab yang besar. 
Sepertimana rakyat dahulu mahu menteri-menteri lepas yang telah dijatuhkan itu bersikap amanah, telus dan punyai urustadbir yang baik, demikian rakyat mahu daripada mereka hari ini. 
Bahkan lebih besar harapan rakyat iaitu untuk melihat satu sistem pentadbiran yang teguh dan tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak. 
Rakyat bukan ingin melihat gaya hidup mewah dan istimewa menteri. Rakyat ingin menikmati urustadbir yang baik dan amanah hasil kepimpinan menteri yang berkualiti. 
Berhati-hatilah, kerana jawatan yang besar sering membawa manusia sombong dan lupa diri walaupun bagus pada hari-hari awal mereka memegangnya. 
Jangan lupa, rakyat Malaysia pernah menjatuhkan kuasa yang begitu kuat sebelum ini, maka tidak mustahil mereka dengan lebih mudah menjatuhkan kuasa yang selepas itu. 
Adapun kita sekelian rakyat Malaysia, marilah kita menjadi penyumbang kepada kekuatan negara kita dengan kadar semampunya. 
Kita menjadi pengkritik yang membina dan kita terus peka kepada salah tadbir urus dan ketidaktelusan jika berlaku dalam pentadbiran kerajaan kita.
Ini negara kita. Kita sayangkan watan dan rakyatnya.
DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
MUFTI PERLIS.
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

85 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
85
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x