Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

DEMAM NAJIB DAN ROSMAH…..

Hari ini Presiden UMNO yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi dipanggil  ke pejabat SPRM untuk diambil keterangannya.

Bermula 9.45 pagi tadi dan sehingga lewat petang ini, beliau didapati masih lagi disoal siasat dan berada di dalam bangunan SPRM di Putrajaya.

Ada khabar melaporkan, siasatan mungkin berlanjutan sehingga jam 7.00 petang dan jika tidak selesai, akan bersambung lagi di tarikh yang lain.

Siasatan terhadap Zahid bukan saja berkaitan salah guna wang yayasan yang dipengerusikannya, tetapi juga mengenai kenyataannya sebelum ini bahawa beliau pernah bertemu wakil keluarga Diraja Arab Saudi yang kononnya memberi derma RM2.6 bilion kepada Najib Razak.

Apa agaknya jawapan Zahid Hamidi sekarang kepada pegawai penyiasat SPRM mengenai saksi yang didakwa pernah ditemuinya itu?

Masihkah beliau mahu mempertahankan kenyataan itu atau akan berubah nada setelah Najib bukan lagi sebagai Perdana Menteri?

Esok pula, Riza Aziz, anak tiri Najib yang merupakan kawan rapat Jho Low dan didakwa terlibat menerima sebahagian dana 1MDB yang dilencongkan, merupakan giliran seterusnya yang akan dipanggil oleh SPRM.

Beliau dijangka datang ke pejabat SPRM pada jam 2.00 petang.

Berapa lama agaknya Riza Aziz akan disiasat esok?

Adakah selepas disiasat dan diambil keterangannya, Riza Aziz akan ditahan reman dan merasa dipakaikan baju berwarna oren?

Sebelum ini, selain Najib dan Rosmah turut disiasat SPRM, beberapa tindakan seperti rampasan wang tunai, barang kemas dan pembekuan beberapa akaun bank sudah pun dilakukan.

Pasukan petugas khas 1MDB dilapor sudah membekukan 408 akaun bank yang melibatkan individu, parti politik serta NGO dengan jumlah keseluruhannya bernilai RM1.1 bilion.

Hmmmm…makin demamlah Najib dan Rosmah dibuatnya!! (ShahbudinHusin 02/07/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

83 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
83
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x