Month: July 2018

APA TUNGGU LAGI, TANGKAPAN SUDAH BOLEH DIBUAT SEKARANG?

SURAT MEIO BERTARIKH 04.05.2018 KEPADA CIA – JENAYAH KHIANAT TERHADAP NEGARA ??!! “MEIOGATE AFFAIR” MIRIP KEPADA “WATERGATE AFFAIR” ??!! 1. Sejak seminggu dua yang lalu, telah tertular berita gempar tentang kewujudan sepucuk surat bertarikh 04.05.2018 yang ditandatangani Ketua Pengarah MEIO kepada CIA, Amerika Syarikat, kandungan yang mana pada permukaan surat itu telah secara langsung mahupun […]

Di SEBALIK CUBAAN MENGHINA, MAT SABU LEBIH MULIA BERBANDING NAJIB

Siapa pun yang menonton video ucapan Najib Razak ketika berkempen di Sungai Kandis yang intipatinya memperlekeh serta menghina Mohamad Sabu selaku Menteri Pertahanan, pasti akan geleng kepala dan mengucap panjang dibuatnya. Begitukah perilaku dan akhlak seorang bekas Perdana Menteri? Adakah Najib sebenarnya sedang mengalami gangguan mental sejak kehilangan kuasa dan ditolak rakyat pada PRU14 yang […]

AZMIN AKAN MENANG, KECUALI…..

Sehingga ini, meskipun masih berteka-teki, tidak ternampak tanda-tanda atau asas yang kukuh untuk Azmin Ali mahu mencabar Anwar Ibrahim bagi jawatan Presiden PKR. Sebaliknya, dalam pengesahan yang akan dibuatnya selepas pilihanraya kecil Sungai Kandis 4 Ogos nanti, Azmin dipercayai akan hanya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR yang sedang disandangnya sekarang. Di mata kasar, siapa pun […]

BAGUS BILA PEMIMPIN DAP CEPAT MINTA MAAF, TAPI JANGAN DIULANGI LAGI

Naib Pengerusi DAP, M Kula Segaran akhirnya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang mendakwa orang Melayu adalah pendatang di negara ini. “Saya sepenuhnya memohon maaf terhadap pihak yang terluka dan menarik balik ucapan ofensif tersebut,” kata M Kula yang juga merupakan Menteri Sumber Manusia. Sebelum itu, Adun DAP Bercham, Ong Boon Piow […]

PAKATAN HARAPAN PERLU BUANG VIRUS PEROSAK INSPIRASI RAKYAT

Ramai yang ingin melihat dan mengimpikan Negara Malaysia yang cemerlang urustadbir, berintegriti tinggi, pembahagian kekayaan yang adil, kehidupan rakyat yang rukun, harmoni dan damai. Dengan itu akan lahirnya semangat patriotik dan cintakan negara.   Menjunjung perlembagaan dan menghormati apa yang patut dihormati. Untuk inspirasi itulah, rakyat pelbagai kaum dan latar pemikiran berusaha memenangkan Pakatan Harapan […]

APAKAH AZMIN TIDAK BANTU ANWAR JADI PERDANA MENTERI?

Salah satu alasan yang diberikan oleh Rafizi Ramli mengenai keputusannya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR ialah unfuk memastikan Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri. Kata beliau, untuk jadi Perdana Menteri, Anwar perlu mendapat mandat yang penuh daripada parti. Jawatan Timbalan Presiden PKR kini dipegang Azmin Ali dan beliau belum memutuskan sama ada mengekalkan jawatan itu […]

SETELAH PAS SOKONG UMNO, KE MANA HALA PENGUNDI BUKAN MELAYU DI SUNGAI KANDIS?

Semalam Najib Razak turun lagi ke Sungai Kandis untuk berkempen bagi calon BN, Lokman Noor Adam dan ini adalah kedatangannya buat kali kedua setakat ini. Kehadiran Najib turun berkempen ini agak ganjil dan menghairankan, seolah-olah tidak sedar beliau telah ditolak rakyat dan merupakan punca utama kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum 9 Mei lalu. […]

MERIAHLAH PROGRAM, MESYUARAT DAN KEMPEN PILIHANRAYA UMNO SELEPAS INI DENGAN BUDAK2 SEKOLAH!!!

Dalam satu keputusan yang membuatkan kita bingung kepala, mesyuarat MT UMNO semalam memutuskan untuk menurunkan had umur menjadi ahli UMNO daripada 18 tahun kepada 16 tahun. Bermakna, selepas ini budak-budak sekolah dalam tingkatan 4 sudah pun boleh menjadi ahli UMNO, berperanan sebagai pekerja parti, berkempen ketika pilihanraya, menghadiri atau menjadi perwakilan dalam mesyuarat cawangan serta […]

SIAPA YANG SOKONG AZMIN?

Sejak Rafizi Ramli mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, seorang demi seorang pemimpin tampil memberi sokongan kepadanya.Pertandingan itu dijangka menyaksikan beliau bertembung dengan Azmin Ali, bekas Menteri Besar Selangor yang kini merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani dan Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda PKR yang juga merupakan […]

RAFIZI TANDING TIMBALAN PRESIDEN, CUBAAN ANWAR SINGKIR AZMIN?

Sementara Azmin Ali masih menimbang-nimbang dan belum lagi membuat keputusan jawatan mana yang mahu ditandinginya, Rafizi Ramli sebaliknya lebih dulu mengumumkan pengesahannya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan September ini. Dengan perkembangan ini, jika Azmin mahu mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PKR yang sedang disandangnya, bermakna pertandingan akan menyaksikan pertembungannya dengan Rafizi yang sekarang […]

MEMANG PATUT KJ TOLAK TIGA TAWARAN ZAHID HAMIDI…..

Semalam ada dilaporkan bahawa Khairy Jamaluddin atau KJ telah menolak tiga tawaran yang pernah dibuat oleh Zahid Hamidi kepadanya. Tawaran pertama ialah agar beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO untuk bergandingan dengan dengannya berikutan keputusan Hishammuddin Hussein tidak mahu bertanding sebarang jawatan dalam UMNO. Namun, menurut kata Zahid Hamidi, KJ menolak tawaran itu dengan mengatakan […]

DARIPADA 222 AHLI PARLIMEN YANG ADA, JIKA 26 ORANG PUN TAK MAMPU BERADA DALAM DEWAN, BAIKLAH SEMUA LETAK JAWATAN DENGAN SEGERA!!!

Sejak dahulu lagi, kejadian tidak cukup korum ketika sidang Parlimen memang kerap berlaku dan ia bukanlah sesuatu yang asing. Baik ketika era pemerintahan BN, mahupun setelah negara ditadbir oleh Pakatan Harapan sekarang, perkara itu nampaknya tetap berlaku. Ini bermakna, soal tidak hadir atau ponteng Parlimen tidak ada kena mengena dengan parti mana yang memerintah, tetapi […]

JANJI MANIFESTO, SUDAHKAH PEMIMPIN UMNO MENCERMIN DIRI SENDIRI?

Kelompok UMNO dan BN sekarang ini begitu ghairah membangkitkan soal janji dalam manifesto pilihanraya Pakatan Harapan yang kononnya telah gagal dipenuhi. Di mana-mana mereka bercakap mengenainya, bahkan dalam kempen pilihanraya Sungai Kandis yang sedang berjalan sekarang pun, isu menuntut janji itu turut dimainkan dengan ganas sekali. Dikatakan, pilihanraya kecil ini harus dijadikan referendum menuntut janji-janji […]

KERTAS SIASATAN SURAT JPM KEPADA CIA SUDAH DIBUKA?

Persatuan Patriot Kebangsaan atau Patriot akhirnya tampil sebagai pihak pertama yang membuat laporan polis berhubung surat memohon agar Amerika Syarikat menyokong kerajaan BN pimpinan Najib Razak yang ditulis dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri, Hasanah Ab.Hamid kepada Pengarah CIA, Gina Haspel lima hari sebelum hari pengundian PRU14 pada 9 Mei lalu. […]

SEBAGAI ORANG YANG PERNAH MENGETUAI KURSUS PIDATO, ZAHID HAMIDI MESTI SAHUT CABARAN DEBAT HANIPA INI!!

Ketika menjadi Ketua Penerangan Pemuda UMNO suatu ketika dahulu, antara peranan yang agak cemerlang dimainkan oleh Zahid Hamidi ialah menganjurkan kursus-kursus pidato untuk ahli-ahli Pemuda UMNO seluruh negara bagi tujuan melahirkan penceramah yang berkualiti untuk kempen-kempen pilihanraya. Ketika itu, Ketua Pemuda UMNO ialah Najib Razak. Selepas Zahid Hamidi sendiri kemudian kemudian Ketua Pemuda UMNO, kursus-kursus […]

BENARKAH NAJIB LELAKI YANG SANGAT JUJUR?

Apa pandangan anda tentang apa yang disebut Rosmah Mansor mengenai Najib Razak kali ini? Benarkah beliau lelaki yang sangat jujur? Kalau sangat jujur, mengapa ketika peringkat awal terdedahnya mengenai kemasukan wang berjumlah RM2,600 juta ke dalam akaun bank peribadinya, beliau menafikannya, bahkan mengancam untuk menyaman media asing yang mendedahkannya? Adakah dianggap sangat jujur apabila setelah […]

KENAPA PAS MASIH TIDAK BERANI BERTERUS-TERANG SOKONG UMNO?

Pelbagai hujah kedengaran saat ini di sebalik keputusan Pas tidak meletakkan calonnya di Sungai Kandis, meskipun secara nyatanya ia adalah bermakna parti itu mahu calon PKR yang mewakili Pakatan Harapan lebih mudah dapat ditewaskan. Dengan hasrat mahu calon PKR tewas, maka sudah terang lagi bersuluh Pas sebenarnya inginkan kemenangan berpihak kepada calon UMNO yang mewakili […]

KUKUHKAN PARTI AGAR TERUS MAJU SEPANJANG MASA, SERU SEORANG AHLI MPT BERSATU

Menyokong bahawa isu pemilihan dan perebutan jawatan tidak harus menjadi agenda utama bagi sesetengah pemimpin dan ahli menjelang pemilihan pucuk pimpinan Bersatu tidak lama lagi, sebaliknya mereka diseru lebih mengutamakan agenda memperkukuhkan parti terlebih dahulu. Sehubungan itu,mereka juga disarankan agar tidak gopoh dengan membuat saranan tertentu yang menghendaki perlu diadakan pindaan perlembagaan melalui mesyuarat agung […]