NASIB SUDAH BERUBAH, TAPI ADAKAH UMNO JUGA SEDIA UNTUK BERUBAH?

Hari ini semua bahagian UMNO akan bermesyuarat untuk menentukan pucuk pimpinan tertinggi parti yang diadakan serentak dengan pemilihan kepimpinan di 191 bahagian seluruh negara.

Tetapi, pemilihan kali ini tentu saja berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

Tahun ini merupakan kali pertama sejak 1987, jawatan Presiden UMNO dipertandingkan. Sejak tahun itu di mana Tengku Razaleigh Hamzah tewas 43 undi kepada Tun Mahathir Mohamad, jawatan Presiden UMNO tidak pernah lagi dipertandingkan.

Bermakna, sudah 31 tahun jawatan Presiden UMNO tiada pertandingan. 

Pertandingan kali ini pula berlaku kerana UMNO sudah hilang kuasa dan bukan lagi parti yang menunjangi kerajaan.

Jika hari ini UMNO masih lagi sebagai kerajaan, sudah pasti juga tidak ada pertandingan dan berbondong-bondonglah pemimpinnya terus mendewa dan memuja Najib Razak.

Malah, Khairy Jamaluddin yang waktu ini dilihat paling lantang menyalahkan Najib sebagai punca kekalahan UMNO, jika parti itu masih berkuasa, pastilah juga merupakan antara pemimpin yang paling kuat membodek dan mengampu Najib.

Tidak keterlaluan kalau beliau juga sanggup memberi tabik dengan kedua-dua belah tangannya andai kata hari ini Najib masih lagi berjawatan Perdana Menteri.

Namun, nasib UMNO sudah berubah. Daripada parti kerajaan, ia kini sudah pun rebah.

Persoalannya, adakah UMNO juga sedia berubah sama dalam pemilihannya kali ini?

Adakah UMNO mengambil iktibar daripada kekalahan dan kehilangan kuasanya dan sanggup sama-sama berubah seiring dengan nasibnya yang sudah berubah itu?

Sedianya UMNO berubah hanya akan dapat dilihat jika perwakilan kali ini sedia memberi kemenangan kepada calon yang selama ini berada di luar hireaki kepimpinan parti iaitu Ku Li untuk menerajui UMNO.

Ku Li bukan saja bersih dan tiada isu, malah pengalaman dan kewibawaannya dalam banyak sektor sebelum ini sudah tentu amat berguna  dan mampu untuk memulihkan semula UMNO yang sudah kehilangan kuasanya itu.

Lagi pula, cabaran di hadapan UMNO ialah Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim dan hanya Ku Li mampu seiring serta setanding dengan kedua-dua pemimpin tersebut.

Sebaliknya, jika perwakilan memilih Zahid Hamidi, bermakna UMNO kekal tidak mahu berubah kerana beliau dan Najib adalah sama saja, malah mungkin lebih teruk lagi daya kepimpinannya.

Lagi pula Zahid Hamidi adalah juga sebahagian punca dan pewaris kerosakan UMNO sehingga ia kalah dan ditolak rakyat dalam pilihanraya yang lalu.

Begitu juga dengan KJ, beliau turut merupakan antara sebahagian barisan kepimpinan yang kuat mempertahankan Najib sebelum ini.

Sepatutnya apabila UMNO kalah dan Najib mengundurkan diri, Zahid Hamidi dan KJ patut berundur sama untuk berkongsi memikul beban tanggungjawab kekalahan itu.

Ini mereka pula mahu menawarkan diri menerajui UMNO untuk kononnya mahu memulihkan parti yang sudah kalah itu.

Tak ke ‘gila’ namanya perlakuan Zahid Hamidi dan KJ itu?

Lagi pula, pernahkah Zahid Hamidi dan KJ mengukur baju di badan sendiri untuk berhadapan dengan Tun Mahathir dan Anwar?

Dalam pada itu, selain UMNO bakal berdepan kemungkinan diharamkan kerana terbabit dalam kesalahan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan Najib, usaha berterusan Pakatan Harapan membersihkan pentadbiran kerajaan daripada amalan rasuah dan penyelewengan juga mungkin membahayakan kedudukan Zahid Hamidi dan KJ kerana kedua-duanya adalah sebahagian anggota kabinet Najib yang dicemari dengan pelbagai kekotoran dan salah laku sebelum ini.

Bagaimana jika ditakdirkan, baik Zahid Hamidi atau KJ yang menang sebagai Presiden UMNO, tetapi mereka kemudian terpaksa berdepan siasatan dan pendakwaan di mahkamah?

Tidakkah nama UMNO akan tercemar sekali lagi?

Nasib UMNO sudah berubah, maka perwakilan yang memilih pucuk pimpinan juga mesti berani berubah sama serta tidak gentar membuat perubahan ke arah kebaikan dan masa depan parti itu.

Selain Ku Li, peneraju UMNO selepas ini hanya menjanjikan lebih banyak isu dan sekaligus memberi kegembiraan kepada Pakatan Harapan lantaran jaminan untuk memerintah negara dengan lebih lama sudah pun tersedia di depan mata. (ShahbudinHusin 30/06/2018)

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 2:06 pm
Subscribe
Notify of
guest

51 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
omar daud
omar daud
30 June 2018 10:57 am

To me should zahid the winner of umno's president post!
umno akan sakit tenat,it will take a long long time to recover.

isa3
isa3
30 June 2018 10:48 am

Apeke KepalaBapakDia si Mamat ni cakap begini pulak?

Najib takes 'moral responsibility' for GE14 loss.

Lu siutak mengong la? Lu angkat "total responsibility" lah.

Kalo lu tatak ciuli RM2.6 bilion, tatak kalah lorr.

(Ooops, sori, aku ni cakap mcm Cina nak cari pasal pulak – protest against Lim Guan Eng using Mandarin has been hotting up, former IGP Tun Hanif also showed up.)

isa3
isa3
30 June 2018 10:24 am

Setakat ini Zahid dapat undi dari 39, Kerry Okspod 35, Ku Li ha nya 12 bahagian daripada julah 191 bahagian Umno.

Ku Li sabelom debat kata dia akan kalah debat dengan Kerry Okspod bikin perwakilan nampak dia watak lemah, not a fighter, cepat ngaku kalah?

isa3
isa3
30 June 2018 10:27 am
Reply to  isa3

The above results were posted by the Pemilihan Umno 2018 Twitter account.

Tak tau le bole caya ke tak.

omar daud
omar daud
30 June 2018 10:23 am

umno takkan berubah!sebab apa 'STRUCTURE' pengundian masih mengekalkan sistem 'WARLORD' Ketua bahagian sebagai'decision maker' bayangkan umno kata ada ahli 3.5juta dari 191 bahagian yg layak mengundi ialah 150k shj,tak sampaipun 10% jumlah suara ahli umno,difahamkan 75 ketua bahagian menang tanpa bertang?kira2 40% jumlah ahli yg boleh mengundi sudah dibeli dan berpehak… kempen masing2 hebat,nak buat itu & ini,hanya suara ahli tak sampai 10%pun… nak hapus politik wang,dlm masa yg sama pintu rumah dibuka seluas2nya dan membiarkan 'PENCURI2 BERPESTA'… Zahid asyik tanya account buku umno dibekukn,siap adakan beberapa loyar untuk dapatkan sikit nak bayar gaji dan sewa building umno. Pernah TAK… Read more »

isa3
isa3
30 June 2018 10:37 am
Reply to  omar daud

Bukan Zhi peduli halal haram itu smua, Bang.

Dia pulak kata dia dah jumpa "penderma" RM2.6 bilion dalam akaun bank Najib tuh.

Nak menghalalkan duit yang haram.

Kot dia yang di sebut dalam laporan:

MACC to question top Umno ex-minister over alleged misappropriation – report

Sources say the senior leader is one of those contesting in the party polls today.

Dia senior ex-minister.

Kalo dia kena tangkao, icara, kena hukum penjara, harap jangan Kerry Okspod dapat jadi Presiden kemudian hari.

Jangan jangan Kerry menang di tandingan sekang ini. Seliseh 444.

GENG NAJIB
GENG NAJIB
30 June 2018 7:37 am

Kengkawan semua….Hari ni UMNO memilih siapa yang bakal jadi Presiden parti. Itu hak UMNO nak buat pilihan. Diorang nak pilih KJ ke, nak jadikan Ku Li sebagai Presiden ke, atau nak nobatkan Zahid sebagai Ketua Perang, itu diorang punya pasal. Yang orang lain sibuk sangat tak tentu arah ni kenapa? Beria sangat pulak diorang nak sejuk bekukan UMNO. Bukan ke diorang dah menang? Bukan ke diorang berkokok kata diorang dah dapat sokongan dari kalangan rakyat? Jadi, kenapa diorang masih takut dengan UMNO? Apa yang pasti, pemilihan UMNO ni adalah dikalangan ahli parti itu sendiri. Takde kaitan pun dengan orang lain.… Read more »

Kejora Bapuk Bodo
Kejora Bapuk Bodo
30 June 2018 8:18 am
Reply to  GENG NAJIB

Bekas presiden telah dibuktikan oleh fbi merompak wang 1 mdb…jugak telah mengaku terima wamg src 42 juta…ketua bahagian umno mengaku terima wang dari najib…jadi sprm ada alasan untuk sita akaun umno kerana disyakki ada wang 1 mdb masuk akaun umno.. ..lagi pon bukan akaun umno saja dista malah semuanye 400 akaun telah disita..sprm bukan rampas wang umno pon…

Ramly Ahmad
Ramly Ahmad
30 June 2018 10:06 am
Reply to  GENG NAJIB

Relaklh bro gn..bkn x kenang apa yg telah parti tu lakukan utk kaum melayu selama ini..perjuangan yg baik bersih serta terpuji berpaksikan pelembangannya mengangkat martabat maruah melayu merealisasikan kesejahteraan rakyat sepenuhnya x dutamakan..kalut..maka jdlh ia terpesong dr tujuan serta matlamatnya..Kenangan itu juga x terlepas sejak Tun tadbir hingga pm6..tersulam kesempatan golongan melayu yg diistilahkan pohon dedalu..kelompok inilh yg telah mempelopori ketamakan juga keutamaan membolot harta khazanah yg sepatutnya diagih sesama rakyat sebaik mungkin..maka tidaklh melayu dbumi sendiri merempat miskin..miskin hartabenda..miskin kelangsungan hidup..dihidupkan bibit2 perkauman..bermaharalela segala bentuk korupsi..mentelahan lg dgn sikap bongkak sombang menayang kemegahan dunia hingga memperbodohkan melayu terbanyak serta… Read more »

isa3
isa3
30 June 2018 12:24 pm
Reply to  GENG NAJIB

Yang nate' tu masuk blog pro-PH apasal?

Kepala Bapak Ko puna pasal ke?

Mak bapak ko tak ajor ko masuk rumah orang tak boleh nak ckp tak tentu arah ke?

Kalo ckp di khalayak ramai pun, apa salah nya? Bangang bebnor ke tak tahu ini negara demokrasi?

Masuk komen selalu kopipes tiap satu minit satu mcm blog in kepala bapak dia punya. Tak berajor betul.

Yang bagus nya, maki hamun aje tiap kali binatang itu masuk.

Mat Busu
Mat Busu
30 June 2018 7:36 am

Terperanjat besar bila mengenangkan nasib UMNO hari ini. Sejarah hebat UMNO selama 60 tahun musnah 2 hari selepas kalah PRU. Caca merba, tak keruan dan kecut perut adalah gambaran sebenar UMNO walaupun sebelum 9 Mei 2018 ianya merupakan parti yang serba lengkap, tersusun, mewah, penuh dengan pendekar yang sanggup mati demi UMNO. Rupanya indah khabar dari rupa. Pemimpin yang dulunya gegak gempita bak halilintar rupanya tikus mondok pondan. Mana perginya Hishamuddin, Ku Nan; Azalina, Noh Omar, Aziz Baling dan Bung Mokhtar. Organisasi UMNO rebah bagaikan domino. UMNO hari ini tarafnya seperti kumpulan kompang yang mati penyanyi utama nya. Sekurangnya sedikit… Read more »

Zul
Zul
30 June 2018 7:27 am

Umpama ISIS mengaku mereka itu Islam begitulah juga UMNO mengaku memperjuangkan agama bangsa dan negara. Lebih baik dibubarkan sahaja kerana jenamanya sudah tidak laku lagi zaman ini. Hampir semua ahli dan pemimpin sama sahaja semua penyembah wang dan bukan sahaja sudah tidak mengenal diri malah juga Tuhan dan sering mempersendakan agama melalui ritual keagamaan. Jika tindak tanduk ISIS itu boleh dianggap sebagai syaitanic maka UMNO itu pula umpama dajjalic dan perlu diharamkan. Walaupun jasa dan perjuangan UMNO dahulu akan sentiasa tetap disanjung dan dikenang, tetapi sekarang ini sesiapa sahaja yang mengaku sebagai ahli parti ini dianggap pengkhianat, hipokrit dan manusia… Read more »

Abdul Rahim
Abdul Rahim
30 June 2018 7:18 am

Bersungguh-sungguh tuan budin kempen untuk ku li

GENG NAJIB
GENG NAJIB
30 June 2018 7:31 am
Reply to  Abdul Rahim

Ahli2 UMNO seluruh negara dah buat keputusan muktamad…mereka mahukkan DSZH sebagai presiden mereka . Mereka yakin dengan Aku janji DSZH yang bakal mampu membawa UMNO ke era baru yang lebih kukuh dan seterusnya membentuk kerajaan baru dalam PRU15 nanti. InsyaAllah…Aminnnnn….

guamusang
guamusang
30 June 2018 6:18 am

Cari orang lain la dari 3 orang ni…KJ dgn budak tingkat 4 nya..Patrick Lim..Pak Zahid dan Ku Li..maaf, payah nak bayangkan umno akan ada perubahan besar. major overhaul needed meaning muka baru visi misi baru

GENG NAJIB
GENG NAJIB
30 June 2018 5:55 am

Tag Team Anwar-Najib Buat Mahathir Cacing Kepanasan. Zaman Kroni Berulang Belum 100 hari ambil alih kuasa, Perdana Menteri ke 7, Tun Dr. Mahathir dah banyak menimbulkan keresahan bukan saja di kalangan rakyat malah di kalangan pemimpin Pakatan Harapan sendiri khususnya DAP dan PKR… Kroni2 yg dah mati tapi di hidupkan semula oleh Mahathir dikatakan menjadi punca 'kebangkitan'pemimpin DAP dan PKR yg sejak dulu tak menyenanginya…Balas Dendam Agenda Utama Mahathir Kesungguhan Mahathir utk membalas dendam dan menjadikannya sebagai agenda utama kerajaan PH hingga mengabaikan janji 'Selamatkan Malaysia' turut menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin kerajaan PH sekarang… Hinggakan Anwar Ibrahim pernah menasihati… Read more »

GENG NAJIB
GENG NAJIB
30 June 2018 5:57 am
Reply to  GENG NAJIB

Ketenangan Najib Hadapi Tekanan Menggusarkan Mahathir Namun Najib dan keluarga tetap tenang… Sampaikan memberi arahan kepada orang UMNO supaya jangan melakukan tindak balas menerusi keganasan atau himpunan jalanraya… Beliau mahu berhadapan masalah sendirian dan enggan mengheret pemimpin / ahli UMNO yang lain termasuk rakyat yang masih ramai bersamanya… Secara tersirat Anwar meminta semua pihak agar tidak menjatuhkan hukuman terhadap Najib sebelum siasatan rapi dan pelaksanaan undang2 di patuhi sepenuhnya… Penjelasan Najib Tentang Harta Yang Si Rampas PDRM Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu, nilai barangan- terutamanya barang kemas- yang dirampas oleh pihak polis adalah subjektif dan tidak realistik…… Read more »

GENG NAJIB
GENG NAJIB
30 June 2018 5:58 am
Reply to  GENG NAJIB

Sementara itu, menjelaskan lagi bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang yang mempunyai kedudukan menerima hadiah yang mahal, Najib berkata : "Saya tahu ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah"… Bekas perdana menteri itu juga berkongsi bahawa memberi hadiah yang berharga menjadi budaya bagi sesetengah golongan raja di negara tertentu… "Ketika Raja Salman berkunjung ke Indonesia baru-baru ini, beliau juga memberi hadiah bernilai berjuta-juta"… "Sesetengah daripada raja di negara-negara tertentu, menjadi sebahagian daripada budaya mereka untuk memberi barangan yang sangat berharga"… Sementara itu, menjelaskan lagi bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang yang mempunyai kedudukan menerima hadiah yang mahal, Najib berkata :… Read more »

GENG NAJIB
GENG NAJIB
30 June 2018 6:00 am
Reply to  GENG NAJIB

Penjelasan Mengenai Wang Tunai RM116 Juta Yang Di Rampas Sementara itu, Najib turut mengulas mengenai wang tunai sebanyak RM116 juta yang diperolehi semasa sebuan oleh pihak berkuasa… Sebelum ini, Najib memberitahu bahawa wang itu merupakan perbelanjaan untuk pilihan raya umum… “Anda tidak akan tahu berapa banyak kos (kempen pilihan raya) sebenarnya"… "Dan anda juga tidak akan tahu berapa banyak orang yang akan memberi sumbangan kepada anda"… "Mustahil untuk ada kosong baki bersih"… "Walau apa pun, bila anda bertanding untuk pilihan raya, anda perlu keluarkan duit untuk sebelum, semasa dan selepas pilihan raya"… "Jangan lupa bahawa saya ialah presiden parti Umno… Read more »

GENG NAJIB
GENG NAJIB
30 June 2018 6:03 am
Reply to  GENG NAJIB

Pembangkang Tolak Ketelusan Pembiayaan Dana Pilihanraya’ Ketika diajukan soalan mengapa beliau tidak membuat pengisytiharan mengenai hadiah yang diterimanya, Najib berkata beliau pernah mencadangkan supaya proses pembiayaan dana pilihanraya lebih telus tetapi ia ditolak oleh pembangkang ketika itu… Najib turut mengimbau kembali bagaimana beliau mahu ketelusan dalam pembiayaan dana pilihan raya… "Dalam negara ini kita tidak mempunyai sistem untuk lakukan perkara itu (isytihar hadiah)"… "Saya sebenarnya pernah mencadangkan bahawa kita seharusnya ada, apabila ia mengenai sumbangan, kita perlu mempunyai sistem yang telus dan kita perlu rekodkan sumbangan itu dengan satu badan yang bebas"… "Saya ada mencadangkan perkara itu, tetapi pada masa… Read more »

Kejora Bapuk Bodo
Kejora Bapuk Bodo
30 June 2018 8:22 am
Reply to  GENG NAJIB

Rekalah temberang karut marut..hihihi..

indrana
indrana
30 June 2018 5:44 am

Ini Zahid ke?

MACC to question top Umno ex-minister over alleged misappropriation – report

Sources say the senior leader is one of those contesting in the party polls today.
1h ago

Laporan di atas ini (atau "sources" nya) nampak nya bertujuan memberi KNOCK OUT kapada Zahid.

Setuju bahawa kalau Khairy di pilih sebagai Presiden, malap lah nasib dan kepentingan Melayu di negara sendiri.

Lihat sahaja ejaan nama dia "Khairy". Modern, konon. Bapak dan emak dia selalu diam di luar negara, jadi modern. Padan lah Khairy mahu sama rata hingga Umno pun mahu di buka nya kapada bukan Melayu.

rahman jpc
rahman jpc
30 June 2018 9:55 am
Reply to  indrana

saya lebih mengsyaki annuar musa.

rahman jpc
rahman jpc
30 June 2018 5:39 am

pd hemat saya, jika UMNO mahu kekal sebagai parti yg releven, maka ciri2 kebolihpercayaan (believability) wajib ujud dlm keperibadian bakal pimimpin2 mereka. pd 24 ogos 2015, saya secara ikhlas tlh memaklumkan kpd ds zahid yg dia sudah hampir hilang kualiti 'kebolihperyaan' kerana sering bercakap 'bohong'. kj pula terlalu gopoh n angkuh apabila tun dollah seolah olah melepaskan tahta (abdicate) utk d urus olih 4th floor boys yg d ketuai olih kj. dari segi tahap kebolihan, saya meletakkan nya atas sedikik drpd syed sadiq, tapi jauh d tinggalkan olih sdr rafizi (genuine PM material). olih demikian , saya masih berpedapat bahawa… Read more »

indrana
indrana
30 June 2018 5:17 am

Najib mesti memikir dia akan masuk penjara. Rosmah juga. Dia di katakan akan di tangkap minggu depan. Bila tangkap, akan di tohmah di mahkamah. Walau pun ramai rakyat yang mengharapkan dia di reman, di sumbat dalam lokap berberapa hari dan di soal sisat, tapi rasa nya pihak berkuasa akan beri dia sikit "muka" – tangkap dan bawa terus ke mahkamah, dan tohmah. Mungkin jugak di beri peluang "bail" atau ikat janji sebab ini rasa nya bukan "a non-bailable crime". Minat nak tahu berapa besar bail nya. Kerana wang di dalam akaun bank dia pernah ada RM2.6 bilion, bail nya mesti… Read more »

indrana
indrana
30 June 2018 5:08 am

Mana Najibh sudah berubah?

Dia masih lagi cakap tak tentu arah.

Dulu semua tahu. Kemudian kata tidak tau. Sekarang menuduh laporan Reuters pasal dia di salah interpretasikan.

Dah curi duit 1MDB, mengaku curi lah. Mengapa nak kata itu ini lagi.

isa3
isa3
30 June 2018 3:53 am

Tajuk berita Bernama yang berikut perlu di tukar – Johor gov't to bar investments detrimental to environment Tukat kapada Johor gov't to bar investments detrimental to racial status quo. Seperti Forest City. Forest City investments merancang 700,000 kediaman mahal di tujukan kpd rakyat China kominis. Purata 4 se famili x 700,000 = 2,800,000 rakyat Cina kominis masuk Malaysia, di beri taraf penduduk tetap, selepas 10 tahun, layak mohon kewarganegaraan. Mana boleh. Bodoh puyna pihak yang membenarkan. Termasuk Najib yang biarkan saja. Perlu di pinda kelulusan yang di buat di masa lalu. Tentukan sekurang kurang nya 40% kediaman harga yang rakyat… Read more »

GENG NAJIB
GENG NAJIB
30 June 2018 7:46 am
Reply to  isa3

Senang je Nak Turunkan Harga Barang, Ni nak ajar Kerajaan PH KETUA Altivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bersama Pengerusi Nurani Resources Sdn Bhd, Datuk Ali Hasan (kanan) menunjukkan contoh gula pada sidang media mengenai Approved Permid AP diberikan kepada syarikat yang tidak berniaga barangan tertentu di Pejabat PPIM, Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur. – Foto Zulfadhli Zulkifli Sebuah syarikat pengimport gula berpangkalan di Puchong, Selangor mendakwa harga produk itu dapat ditawarkan kepada pengguna pada harga serendah RM1.90 sekilogram berbanding RM2.95 sekilogram sekarang jika kerajaan meliberalisasikan urusan pengimportan.Pengarah Urusan Nurani Resources Sdn Bhd, Datuk Ali Hasan, berkata… Read more »

I
I
30 June 2018 3:07 am

Penglipur lara belum masuk lagi…boringnya….

GENG NAJIB
GENG NAJIB
30 June 2018 6:21 am
Reply to  I

Fuhhh…Tabik lah DSNR….dia dah mula bertindak mengikut the rule of law. Ini bukti kukuh yang menunjukkan bahawa harta2 yang disita tu adalah miliknya sekeluarga..kalau tak takkan lah dia berani ambik tindakan macam tu. Harta kita mesti dituntut…takkan lah nak senang2 beri kat orang lain aje…banyak cantik muka !!!! Najib family starts legal process to claim seized items June 30, 2018 The family of former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has commenced the legal process to claim their items which have been seized by police.Najib reiterated that the items seized are mostly gifts from friends and foreign dignitaries which include… Read more »

Capteagle8
Capteagle8
30 June 2018 2:27 am

Hebat….pandangan dunia terhadap Tun M.👍

Kejora Bapuk Bodo
Kejora Bapuk Bodo
30 June 2018 1:34 am

Grand welcome for Mahathir in Indonesia Indonesia pulled out all the stops this week to welcome Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad, as the 92-year-old premier made his first visit to an Asean neighbour since returning to power last month. "Indeed, our overseas tour begins in Indonesia because it is the closest country and one with familial relations," Tun Dr Mahathir said yesterday, following bilateral talks with President Joko Widodo at Istana Bogor in West Java. "Malaysians are not foreigners to Indonesians. In fact, many Malaysians are originally from Indonesia, including my in-laws." Dr Mahathir, who has yet to appoint a… Read more »

Kejora Bapuk Bodo
Kejora Bapuk Bodo
30 June 2018 1:28 am

KJ kesal, Zahid bertahan, Ku Li berpengalaman' 29 Jun 2018, 11:24 malam (Dikemaskini 30 Jun 2018, 12:58 pagi) A AMalam ini berlangsung 'Debat Presiden Umno' yang disiarkan secara langsung di saluran stesen televisyen tempatan. Ia membariskan tiga calon presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ke udara di Astro Awani bermula sejak jam 9.30 malam tadi. Dalam debat yang berlangsung selama kira-kira sejam dengan moderator Kamarul Bahrin Haron bertanyakan soalan dalam tiga pusingan, ketiga-tiga calon membentangkan wawasan dan gagasan mereka, jika berjaya memenangi jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti pada esok hari, 30… Read more »

GENG NAJIB
GENG NAJIB
30 June 2018 7:05 am

Saham melonjak atas jangkaan Zahid menang? KBB…Aku cadangkan kau baca berita ni dan hadamkan yeer !!!!! Lepas ni, konpom kau pun akan tabik spring pada DSZH, bakal presiden UMNO tu bhai !!!! Akhirnya, setelah menjunam tak renti-renti dijual oleh pelabur asing dari dua hari sebelum hari pembungan undi, pasaran saham melonjak paling banyak dalam sehari pada hari Jumaat. Tulisan mukadimah laporan akhbar business section untuk pagi Sabtu mungkin berbunyi:Market bullish on expectations that Zahid will win Umno presidential race.He he he … bukan lagi kerajaan brader. Bukan lupa tapi saja nak sindir orang suratkhabar. Mungkin begitu bunyi laporan ketika pemilihan… Read more »

Kejora Bapuk Bodo
Kejora Bapuk Bodo
30 June 2018 1:20 am

Kekalahan umno bukan kerana najib semata2.. Zahid pon dibenci kerana sepakat dgn ketua jemaah prompak…umno sudah dikenali menggunakan perjuangan bangsa untuk kepentingan diri…

GENG NAJIB
GENG NAJIB
30 June 2018 7:24 am

Mahathir Says Money Used To Send People To Mekah Was Haram Money (Bernama) – The Pakatan Harapan government has pledged not to do what the previous government had done — failing to uphold the people’s trust, Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said today. He said he and the Pakatan Harapan coalition could be toppled by the people if they did anything contrary to the laws and religion. “Tell me if I cheat. I can be dropped. Likewise, the Pakatan Harapan elected representatives who cheat or do not uphold the trust can be removed as well,” he said when opening… Read more »

Kejora Bapuk Bodo
Kejora Bapuk Bodo
30 June 2018 1:17 am

Umno sudah berubah.. Dari yg berkuasa kpd yg tak berkuasa..

Pemilihan kali ini kurang meriah lagi kerana menang pon tak ade ape2…yg menang tak dikelilingi lagi seperti dulu2…

GENG NAJIB
GENG NAJIB
30 June 2018 6:55 am

KBB…kau tak rasa pelik ke kenapa Najib dapat banyak hadiah semasa jadi PM , sedangkan Atok Madey dapat sikit aje masa jadi PM dulu ? Sebabnya mudah aje bhai!!!! Masa madey jadi PM dulu, kerja nya takde lain… hari hari buat musuh dan cari gaduh dengan orang . Hampir semua pemimpin dunia dia buat musuh ….Fuhhh…Tak sangaka gedebe betul lah orang tua tu kan !!!!!Tapi baru2 ni Madey pergi Jepun sebab nak buat pinjaman..credit yen untuk membiayai projek mega kereta nasional ke duanya tu. Tengok lah ….. Sampai sekarang ni pun, kerajaan Jepun diam membisu, takde sebarang respon samaada nak… Read more »

MakoFSA
MakoFSA
30 June 2018 1:37 pm

yg herannya hadiah hampir semua berupa barang2 perempuan saja.. tkkn najib dpt hadiah coklat tongkat ali saja..

yg bg hadiah pun lum ada yg tampil mngaku. tkde sbb nk jd bodoh ngaku beri hadiah juta2 tu.. jawab jela dlm court wahai penyamuuun.

mie amney
mie amney
30 June 2018 1:15 am

kalau dulu najib keluar tv aku tutup tv..skang kalau zahid keluar tv aku tutup tv..hahaha. bobok kuat

Bulat Ken
Bulat Ken
30 June 2018 1:59 am
Reply to  mie amney

Kalau dulu Najib keluar tv, aku alih channel. Sekarang sejak dia kalah, aku suka tengok muka toya dia berbohong. Pehhh… Tebal betul kulit dia. Sama tebal mcm muka geng dia kat sini.

I
I
30 June 2018 3:06 am
Reply to  mie amney

kahkahkah betul sangat tu bro bulat…

GENG NAJIB
GENG NAJIB
30 June 2018 6:39 am
Reply to  mie amney

Bulat kontol dan ICU…tentu kau ingatkan maas dulu2 tu kan… bagi mereka yang membesar ketika zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri keempat dahulu, tentu biasa dengar Wawasan 2020 diilhamkan beliau pada tahun 1990 lalu. Visi jangka panjang itu pernah dikutuk pemimpin dan penyokong pembangkang (kini Pakatan Harapan – PH yang menjadi kerajaan baharu Malaysia), sebagai wawasan bodoh dan tidak beri faedah kepada rakyat miskin sendiri. Hari ini, Mahathir yang amat berbangga diiktiraf sebagai ketua kerajaan dengan usia paling tua di dunia itu apabila kembali semula sebagai perdana menteri ketujuh, tetap fanatik terhadap angka 2020 kerana kononnya ia seimbang.… Read more »

Jigit
Jigit
30 June 2018 12:35 am

Sesiapa pun yang memimpin umno pasca PRU14 akan berdepan dengan tugas sukar untuk membangunkan sebuah empayar kuasa yang sudah tumbang….
Parti itu cuma akan dapat bangun semula jika dipimpin oleh orang- orang baru yang tidak terbabit dengan rejim lama. Itu pun hanya akan berlaku jika kerajaan PH gagal menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat. Atau berlaku perebutan kuasa yang besar mengakibatkan perpecahan dalam gabungan mereka. However, if PH government did a wonderful job, UMNO can kiss their asses and say good bye forever….

saffron rice
saffron rice
30 June 2018 12:03 am

Jangan percaya KJ dengan Zahid,,, dan jangan lupa UMNO masih banyak harta karun di seluruh Negara termasuk saham saham,Zahid tu sudah sudah lah pergi jaga sekolah tafiz Impiaz dia di Masjid Tanah melaka lagi baik,,KJ apa KPI dia? Kalau dia cerdik tak mungkin Pak mentua dia rebah dan umno rebah,, pergi lah jadi artis sensasi glamour,, Kepada Ku Li,, andai kata umno masih memilih penipu dan penyamun maka sudah pasti yg berada di dalam umno semua adalah penyamun dan janlan yg terbaik jika umno tidak memihak kpd KuLi adalah dengan segera meninggal kan umno,,Biar lah penyamun yg ada dan penipu… Read more »

abrarmujahideen
abrarmujahideen
30 June 2018 12:02 am

UMNO susah berumah spt NAJIB yang masih ego mempertahankan diri umpama tegakkan benang yg basah..xjujur mengakui kejahatan sendiri.

steady eddie
steady eddie
29 June 2018 11:53 pm

umno tegar tk akn berubah…

isa3
isa3
30 June 2018 2:55 am
Reply to  steady eddie

Mesti berubah punya, bro.

Soal nya: lebih baik ke lebih teruk?

Kalo perwakilan kang undi Kerry Okspod KJ, teruk lah hak dan kepentingan Melayu yang Umno dokong sejak penubuhan nya lebih 60 tahun dulu.

Sebab Kerry kata nak buka Umno kpd bukan Melayu. Kot nak pinda Kedudukan Istmewa Melayu di Perlembagaan.

Mana boleh.

isa3
isa3
30 June 2018 3:08 am
Reply to  steady eddie

Kalo perwakilan pilih Wak Jahit, pun lebih teruk jugak. Lebih teruk dari zaman Najib. Korapsi akan bertimbun timbun. Kot Wak Jahit pun ikut korapsi Najib. Kalo tak pun, dia biorkan aje. Ramai orang kata dlm hati, kalo Jibo boleh buat, ngapa aku tak boleh buat. Jahanam lah Umno dan kaum Melayu bila gitu. Mak bapak pun boleh di jual, apa tah lagi hak dan kepentingan Melayu. Nak kesamarataan Kepala Bapak Depa. Bodoh bangang tak sedor Melayu dah setujukan hak kerakyatan bukan Melayu di masa Merdeka. Kedudukan Istimew Melayu di kanun Bretes kolonial dlm Perlembagaan sebagai balasan bagi nya. Tidak boleh… Read more »

isa3
isa3
30 June 2018 3:24 am
Reply to  steady eddie

Pilih Kerry Okspod KJ? Mana boleh.

Gua suka komen ini:

News
18
KJ roared for rakyat? Not so fast, we’ve not forgotten

YOURSAY | 'You couldn't even squeak at your allegedly corrupt president from your own party.'

FreeMan
FreeMan
30 June 2018 11:02 am
Reply to  steady eddie

Dah terhantok kepala batu kat dinding baru nak sedar! Cuba kalau menang kaki pon sanggup kamu cuim! Sudah la. Jangan mimpi la menang balk lepas ni.. Good bye UMNO. Tak sabar nak tunggu rasanya Persidangan Parlimen Dewan Rakyat & nak tengok Tun M yang berdiri segak bebahas depan MP UMNO yang dulu berlagak macam bagus! Cuba cuba la belajar jadi pembangkang pulak ye..