Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

RUPANYA HANYA SETELAH UMNO HILANG KUASA, BARULAH SHAHRIZAT SEDAR DIRI UNTUK PERGI….

Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil hari ingin mengumumkan persaraannya daripada dunia politik.
Sempena mesyuarat perwakilan secara serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh negara, beliau dilaporkan membuat keputusan mengundurkan diri  daripada semua jawatan di peringkat cawangan, bahagian dan juga kebangsaan.
“Satu perkara dalam politik, kita mesti tahu bila mahu pergi. Saya telah berada dalam politik terlalu lama.
“Inilah masanya untuk saya pergi bagi memberi laluan kepada wajah baru yang lebih muda dan lebih segar,” ujar Shahrizat lagi.
Hmmmm….rupanya hanya setelah UMNO hilang kuasa dan BN kalah pilihanraya, barulah beliau sedar untuk berundur dan bersara.
Kalau BN tidak kalah, adakah Shahrizat sedia berundur untuk memberi laluan kepada wajah baru yang lebih segar menerajui Wanita UMNO?
Andai BN masih berkuasa, pastilah Shahrizat masih lagi tercongok menjadi pengampu dan pembodek kuasa sebagaimana biasa, malah mungkin paling awal menuntut jawatan menteri sebagaimana yang pernah dijanjikan oleh Zahid Hamidi kepadanya.
Bagaimanapun, sambil menghormati keputusannya untuk bersara itu, mahu juga ditanya soalan, adakah hutang NFC yang melibatkan keluarganya dengan kerajaan sudah dijelaskan?
Setakat Mac lalu, dalam jawapan di Parlimen, Kementerian Kewangan mengesahkan NFC masih lagi berhutang sebanyak RM248 juta dengan kerajaan.
Bila nak bayar hutang tersebut? (ShahbudinHusin 23/06/2018).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

92 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
92
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x