Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

APAKAH ZAHID HAMIDI AKAN MENEMUI TUN MAHATHIR SEKALI LAGI?

Tidak lama selepas kalahnya BN dan Zahid Hamidi dilantik sebagai Pemangku Presiden UMNO, beliau telah mengambil inisiatif menemui Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Menurut Tun Mahathir, Zahid Hamidi menemuinya untuk meminta nasihat berhubung apa yang berlaku kepada UMNO sehingga parti itu ditolak dalam pilihanraya yang lalu.
“Dia nak tahu macam mana nak uruskan UMNO. Jadi, saya berterus-terang bahawa UMNO sudah mengkhianati orang Melayu.
“Saya ingatkan kepadanya, kita tubuhkan UMNO untuk tolong orang Melayu, tetapi kini UMNO telah berubah dan lebih mengutamakan kekayaan diri.
“Sebab itu UMNO dibenci sekarang ini. Dulu UMNO dipandang mulia, kini sudah dipandang jijik,” kata Tun Mahathir berhubung pertemuannya dengan Zahid Hamidi itu.
Hakikatnya, tindakan Zahid Hamidi itu memperlihatkan beliau tiada idea untuk memimpin dan memulihkan UMNO sehingga terpaksa berjumpa dengan Tun Mahathir yang telah berjaya mengalahkan UMNO dan BN tentang bagaimana untuk mengembalikan semula kekuatan parti itu.
Kini, Zahid Hamidi akan berdepan dengan Tengku Razaleigh yang sah akan mencabarnya bagi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan pada 30 Jun depan.
Adalah dijangkakan pertandingan kali ini akan menyaksikan persaingan yang sengit.
Pada pemilihan jawatan Presiden UMNO pada 1987, Tun Mahathir telah berjaya menewaskan Tengku Razaleigh atau Ku Li dengan majoriti 43 undi.
Dalam hal ini, apakah Zahid Hamidi akan menemui Tun Mahathir sekali lagi untuk meminta petua dan cara bagaimana untuk menewaskan Ku Li? 
(ShahbudinHusin 16/06/2018)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

42 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
42
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x