Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

MENGAPA LETAK JAWATAN?

Pengerusi SPR, Hashim Abdullah dilapor memendekkan tempoh perkhidmatannya di badan pengendali pilihanraya itu dengan tarikh terakhirnya berkhidmat ialah 1 Julai depan.
Beliau mula dilantik sebagai Pengerusi SPR pada Januari 2016.
Kenapa Hashim letak jawatan lebih awal?
Selepas pilihanraya pada 5 Mei lalu yang menyaksikan Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menegaskan, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap Hashim jika terbukti beliau ada melakukan kesalahan tertentu sepanjang proses pilihanraya itu.
Sekiranya terbukti terdapat kesalahan dilakukannya, tindakan akan diambil mengikut undang-undang negara, kata Tun Mahathir.
Pada pilihanraya lalu, bukan saja isu persempadanan kawasan pilihanraya, proses penamaan calon dan pengiraan undi yang menjadi kritikan umum, bahkan pengumuman keputusan yang seolah-olah dilewatkan sehingga jam 5.00 pagi juga menjadi perbualan ramai.
Gambaran umum ialah SPR dilihat sangat condong untuk memberi kelebihan kepada Najib Razak, UMNO dan BN.
Bagaimanapun, dengan kuasa rakyat dan izin Tuhan, Pakatan Harapan akhirnya berjaya menumbangkan BN.
Adakah kerana kenyataan Tun Mahathir itu menyebabkan Hashim angkat kaki lebih awal dari SPR? (ShahbudinHusin 13/06/2018)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

136 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
136
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x