Month: June 2018

DISEBABKAN 1MDB, UMNO HILANG KUASA DAN APAKAH KERANA 1MDB JUGA UMNO AKAN DIHARAMKAN?

Nasib dan masa depan UMNO, sama ada ia mampu terus hidup atau berdepan kemungkinan diharamkan, nampaknya semakin sukar untuk diramalkan. Setelah buat pertama kali ia kalah pilihanraya, cabaran berkaitan statusnya pada masa depan rasanya lebih besar berbanding bagaimana untuk memulihkan semula keyakinan rakyat terhadapnya. Sebelum ini, UMNO turut berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftarannya berikutan perlanggaran terhadap […]

NASIB SUDAH BERUBAH, TAPI ADAKAH UMNO JUGA SEDIA UNTUK BERUBAH?

Hari ini semua bahagian UMNO akan bermesyuarat untuk menentukan pucuk pimpinan tertinggi parti yang diadakan serentak dengan pemilihan kepimpinan di 191 bahagian seluruh negara. Tetapi, pemilihan kali ini tentu saja berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini merupakan kali pertama sejak 1987, jawatan Presiden UMNO dipertandingkan. Sejak tahun itu di mana Tengku Razaleigh Hamzah tewas 43 […]

MALANG SEORANG NAJIB….

Ketika berkuasa dahulu, semua soalan dan pertanyaan mengenai 1MDB akan ditolak mentah-mentah oleh Najib Razak. Baik ketika sidang akhbar, dalam Perhimpunan Agung UMNO, sessi Parlimen dan apalagi debat, semuanya tidak dibenarkan sama sekali. Di Parlimen, walaupun setiap kali sessi ada saja soalan mengenai 1MDB dibangkitkan, namun hampir semuanya ditolak begitu saja. Hanya ada satu atau […]

PERTANYAAN KEPADA NAJIB, MANA SATU YANG BETUL TENTANG JHO LOW?

Jho Low yang selama ini dianggap dalang dalam skandal 1MDB dipuji oleh bekas Perdana Menteri, Najib Razak sebagai mempunyai hubungan strategik yang memberi kelebihan kepada Malaysia. Kata beliau, Jho Low mempunyai hubungan khas dengan pimpinan di bawah Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dan keluarganya. “Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu juga mengenali beberapa keluarga Diraja […]

SELEPAS AKAUN BANK DIBEKU, HANYA KU LI BOLEH SELAMATKAN UMNO

Berikutan akaun bank UMNO telah dibekukan oleh SPRM, parti itu kini benar-benar dalam keadaan bahaya jika para perwakilan membuat kesilapan dalam memilih pemimpin pada pemilihan, 30 Jun ini. Penyiasatan SPRM mungkin menjurus ke arah untuk mengetahui daripada mana datangnya sumber kewangan UMNO selama ia dipimpin oleh Najib Razak sebelum ini. Jika penyiasatan SPRM mendapati sumber […]

ZAHID HAMIDI MUNGKIN DIDAKWA DALAM SKANDAL 1MDB, PERWAKILAN UMNO MULA BERBELAH HATI?

Kemungkinan Najib Razak akan didakwa dalam waktu terdekat ini mula membimbangkan para perwakilan untuk mengundi salah seorang calon Presiden UMNO, Zahid Hamidi pada pemilihan 30 Jun ini. Zahid yang kini memangku jawatan Presiden UMNO bakal disaingi oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan Najib Razak itu. Najib bukan saja […]

KJ SEBAGAI PRESIDEN UMNO? NANTI DULU….

Barangkali ramai yang teruja dan terpesona apabila Khairy Jamaluddin yang sebelumnya sudah mendaftarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, tiba-tiba mengubah fikiran dengan turut bersaing bagi jawatan tertinggi iaitu Presiden UMNO. Sebelum itu, Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden dan kemudian dilonjakkan setakuk lagi sebagai Pemangku Presiden UMNO apabila Najib Razak […]

PROGRAM KU LI BERTEMU PERWAKILAN UMNO DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Program kempen dan bertemu perwakilan yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh Hamzah ke beberapa negeri menjelang pemilihan UMNO pada 30 Jun terus mendapat sambutan hangat. Antara negeri yang sudah dikunjungi oleh Tengku Razaleigh setakat ini ialah Wilayah Persekutuan, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor serta Sabah. Esok 27 Jun, Ku Li akan meneruskan lagi kempennya ke Perlis, […]

JIKA BN BERKUBUR, APA JADI KEPADA UMNO? APAKAH UMNO AKAN LEBIH KETINGGALAN BERBANDING PAS?

Secara kasarnya BN ketika ini sudah pun mati dan sedang menuju tanah perkuburannya berikutan kekalahan mengejut pada pilihanraya 9 Mei lalu. Secara mendadak, daripada 13 parti komponen bersamanya, BN kini hanya tinggal 3 parti saja lagi – UMNO, MCA dan MIC. Selepas parti-parti di Sabah dan Sarawak dan kemudian myPPP berbuat demikian, beberapa hari lalu, […]

GUAN ENG MESTI MENGAKUI KESILAPANNYA DAN HARUS CEPAT2 MOHON MAAF

Isu penggunaan bahasa Mandarin dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Guan Eng selaku Menteri Kewangan seharusnya tidak perlu terus berlarutan menjadi perbualan masyarakat. Ia mungkin akan bertambah buruk dan menjadi isu nasional yang teruk jika semakin banyak pihak yang mengeluarkan kenyataan. Dalam sebuah negara yang mengguna dan menerima pakai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, urusan […]

PERWAKILAN UMNO TOLAK KESINAMBUNGAN?

Selepas Pemuda UMNO, Wanita UMNO juga nampaknya menolak kesinambungan dalam memilih peneraju masing-masing. Dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun atau Azwan Bro gagal dalam percubaannya untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO. Beliau tewas kepada Asyraf Wajdi Dusuki, bekas timbalan menteri yang tidak pernah aktif atau memegang jawatan dalam Pemuda UMNO. Terpilihnya […]

ANWAR SEBAGAI BAKAL PERDANA MENTERI KE-8 PERLU LEBIH BANYAK BEREHAT MULAI SEKARANG

Semalam, sebaik tiba di rumahnya selepas mengadakan kunjungan beberapa hari ke Turki, Anwar Ibrahim telah dikejarkan ke hospital. Beliau difahamkan menghadapi masalah sukar bergerak yang berpunca daripada kesakitan di bahagian tulang belakangnya. Kesakitan tulang belakang adalah masalah lama yang kerap mengganggu kesihatan Anwar, malah ia bertambah lagi apabila beliau turut menjalani pembedahan bahu, baru-baru ini. […]

KEMENANGAN ASYRAF WAJDI PETANDA BAHAYA BUAT ZAHID HAMIDI?

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Asyraf Wajdi Dusuki dijangka diumumkan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru bagi sessi 2018-2021. Sehingga ini beliau mendahului  dengan mendapat 73 undi, manakala Khairul Azwan Harun atau Azwanbro mendapat 58 undi, Shahar Abdullah 56 undi dan Jamal Md Yunos 2 undi. Pengumuman rasmi dijangka diumumkan pada jam 5.00 petang ini. […]

RUPANYA HANYA SETELAH UMNO HILANG KUASA, BARULAH SHAHRIZAT SEDAR DIRI UNTUK PERGI….

Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil hari ingin mengumumkan persaraannya daripada dunia politik. Sempena mesyuarat perwakilan secara serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh negara, beliau dilaporkan membuat keputusan mengundurkan diri  daripada semua jawatan di peringkat cawangan, bahagian dan juga kebangsaan. “Satu perkara dalam politik, kita mesti tahu bila mahu pergi. Saya telah berada dalam […]

ZAHID HAMIDI SERIUS MAHU BERDEBAT ATAU HANYA ACAH-ACAH NAK TUNJUK BERANI?

Setelah dikecam banyak pihak kerana dianggap penakut dan tidak sedia membuka ruang kepada semangat keterbukaan setelah UMNO ditimpa kekalahan, Zahid Hamidi akhirnya dilaporkan bersetuju menyertai debat Presiden UMNO bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin pada 29 Jun ini. Debat calon Presiden UMNO itu pada mulanya disarankan oleh Tengku Razaleigh atau Ku Li dan kemudian disambut positif […]

INI SUDAH LEBIH, JAMAL KINI BERANI MENCABAR PIHAK POLIS?

Pihak polis seharusnya menggiatkan lagi usaha untuk segera menangkap Jamal Md Yunus ini, sesuai dengam waran tangkap yang sudah dikeluarkan terhadapnya. Tindakan terbaru beliau yang merupakan seorang pelarian, tetapi dengan berani membuat rakaman video dan meletakkan syarat tertentu untuk  menyerah diri, sebenarnya seolah-olah mencabar pihak polis yang sedang memburu dan mencari di mana beliau sedang […]

KHAIRUDDIN CABAR ZAHID HAMIDI BERSUMPAH LAKNAT DI MASJID

Penyangak zahid hamidi adalah kaki penipu serta manusia yang tidak berintegriti!!  Sebab itu saya kata zahid hamidi ini iblis yang bertopengkan manusia!! Dia sanggup menipu dan berbohong semata-mata untuk memenangi jawatan presiden umno yang sudah tidak relevan itu!! Pada hakikatnya, zahid hamidi yang memohon untuk berjumpa dengan tun dr mahathir mohamad!! Manusia haprak ini kata […]

BUAT SEMENTARA INI, KERAJAAN MESTI SEKAT MUSA SAFRI DAN RAZAK BAGINDA DARIPADA MENINGGALKAN NEGARA

Harapan kita untuk melihat kes pembunuhan Altantuya Sharibuu dibuka atau dibicarakan semula nampaknya semakin cerah dan hanya selangkah saja lagi menuju kebenaran dan keadilan. Setelah bapa Altantuya bersama peguamnya, Ramkarpal Singh berjumpa dengan Peguam Negara, kemudian membuat laporan polis dan semalam bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang bersetuju kes itu dibuka semula, hakikatnya […]