Month: May 2018

JANGAN BERLENGAH, TUN M MESTI SEGERA SIASAT 1MDB, TANGKAP NAJIB DAN BAWA BALIK JHO LOW

Malam tadi, di sebuah kedai makan yang selalu menjadi tumpuan ramai, semua mata tertumpu ke kaca televisyen yang diletakkan di beberapa sudut ruang makan restoran tersebut.  Semua meja didapati hampir penuh dengan orangramai bukan saja didapati mahu menjamu selera, tetapi juga ingin menyaksikan majlis angkat sumpah Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7. Rata-rata kelihatan […]

SUDAH KENA 'BULLSHIT', TAKKAN TAK FAHAM-FAHAM LAGI?

Sebaik saja BN disahkan tewas kepada Pakatan Harapan dan Najib  Razak tidak mungkin lagi menjadi Perdana Menteri, Peguam Negara, Apandi Ali pagi ini membuat kenyataan bahawa jabatan yang diterajuinya adalah bebas daripada sebarang cengkaman politik. Sehubungan itu, tegasnya, Pejabat Peguam Negara kekal berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan Pakatan Harapan dan akan melakukan pendakwaan ke atas […]

TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA

Sekarang sudah pukul 1.35 pagi, tetapi SPR masih lagi belum mengumumkan secara rasmi keputusan PRU 14. Bagaimanapun, keputusan tidak rasmi menunjukkan Pakatan Harapan telah dapat membentuk kerajaan baru dengan berjaya mengalahkan BN. Ini juga bermakna Tun Mahathir Mohamad akan kembali menjadi Perdana Menteri buat kali kedua dalam usianya yang sudah mencecah 93 tahun. Dilaporkan, keputusan tidak rasmi […]

TUN M DAN MASUK KUBUR

Bukan semua perkara kita boleh setuju dengan YBg.Tun Mahathir. Banyak juga pendapat dan tindakan Tun M yang kita kurang setuju atau tidak boleh menerimanya. Beliau BUKAN MAKSUM untuk kita terima semua pendapatnya. Rekod Tun M pun bukan semuanya kita boleh puji. Di samping, secara u, kita tidak boleh menafikan jasa, sumbangan dan kebijaksanaan beliau dalam […]

RAMAI PENYOKONG BN AKAN BERALIH MENGUNDI PAKATAN HARAPAN

Dalam beberapa hari kebelakangan ini saya berkesempatan berkunjung ke beberapa negeri untuk meninjau suasana pilihanraya yang sedang berlangsung sekarang ini. Pada Jumaat lalu, saya meninjau beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Melaka. Kemudian pada Sabtu dan Ahad, saya berada di Pahang dengan mengunjungi kawasan Pekan, Kuantan, Indera Mahkota, Maran, Temerloh serta Bera. Semalam dan hari […]

PERUTUSAN ANWAR IBRAHIM BUAT PENGUNDI PRU 14

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saudara saudari yang saya muliakan, Dari Hospital Cheras, dengan kawalan ketat pegawai penjara, saya mohon saudara saudari bersama dalam gerakan rakyat menuntut perubahan sempena PRU14. Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijelaskan kerana berulang kali diungkit oleh pimpinan UMNO-BN dan lain-lain.  Paling mereka khuatiri adalah gandingan Tun Mahathir dan Anwar […]

CUKUPKAH SEKADAR BERANI BERKICAU DI TWITTER SAJA?

Selepas menulis surat terbukanya semalam, Syed Hamid Albar terus meluahkan rasa lucunya apabila tulisannya itu dianggap sebagai menyokong BN. Kenyataan saya jelas bahawa saya menyokong perubahan yang positif, demokrasi dan pilihanraya yang adil. Bukan untuk menyokong Barisan Nasional, demikian tweet Syed Hamid Albar di laman twitternya hari ini. Cukupkah menyokong perubahan yang positif, demokrasi dan […]

LAGI DUA HARI SEBELUM 9 MEI, JANGAN BERHENTI MENGGERAKKAN TSUNAMI

Hari ini sudah hari Isnin dan hanya dua hari saja lagi sebelum tibanya detik pengundian 9 Mei yang ditunggu-tunggu oleh pencinta perubahan. Secara tersurat, mahupun tersirat, perubahan kerajaan daripada BN kepada Pakatan Harapan tidak diragui semakin nyata dan barangkali terlalu sukar untuk dielakkan lagi. Keinginan rakyat kepada perubahan sudah mencapai kemuncaknya sekarang ini. Bukan saja […]

SELEPAS SYED HAMID TURUT BERSUARA, BEKAS2 MENTERI LAIN JUGA PERLU BERANI TAMPIL SECARA TERBUKA

Sebaik Tun Daim Zainuddin dan Rafidah Aziz dipecat daripada UMNO, manakala Rais Yatim pula bakal menerima nasib yang sama dalam sehari dua lagi kerana beliau tetap berkeras untuk berkempen di pentas Pakatan Harapan walaupun UMNO memberi amaran terhadapnya, kini seorang lagi bekas menteri muncul bersuara. Kali ini, Syed Hamid Albar, bekas Menteri Dalam Negeri pula […]

MEMILIH PEMIMPIN POLITIK BUKAN SEPERTI MEMILIH IMAM SOLAT

1. Memilih pemimpin negara atau negeri tidak sama dengan memilih imam solat. Walaupun kedua-dua kedudukan itu untuk diikuti oleh makmun ataupun rakyat di belakang mereka, tapi siyasah ataupun urustadbir negara tidak seperti solat.  2. Imam solat diukur kelayakan di sudut bacaan dan pengetahuan mengenai solat. Hukum-hakam solat pula kebanyakannya sudah tetap dan tidak memerlukan kesungguhan […]

JANJI PALSU ZAHID HAMIDI?

Apabila Zahid Hamidi menjanjikan untuk melantik Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil sebagai menteri penuh dengan syarat BN dapat menang cemerlang dengan majoriti dua pertiga dalam pilihanraya kali ini, ia sebenarnya bolehlah dikira  sebagai janji palsu belaka. Janji itu bukan saja suatu janji palsu kepada Shahrizat, tetapi juga kepada Wanita UMNO serta seluruh ahli pergerakan itu. […]

TUN DAIM, RAIS, RAFIDAH MESTI TERUS MARA SEHINGGA BN HILANG KUASA

Pemecatan Tun Daim Zainuddin dan Rafidah Aziz daripada UMNO, manakala Rais Yatim pula sedang disiasat untuk maksud yang sama selepas ini, sebagaimana yang diumumkan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor, bukanlah tindakan yang memeranjatkan sesiapa sebenarnya. Tun Daim dan Rafidah sendiri pun tentu tidak terperanjat dengan perkara itu, malah sudah menjangkakannya. Ini kerana tindakan mereka menyertai […]

TSUNAMI RAKYAT KIAN PASTI, NAJIB SUDAH BOLEH BERKEMAS-KEMAS UNTUK TINGGALKAN SERI PERDANA

Kebangkitan rakyat berterusan lagi.  Setiap program ceramah atau jelajah Pakatan Harapan, dengan yang terbaru di Melaka malam tadi, terus mendapat limpahan kehadiran daripada rakyat pelbagai kaum. Sebenarnya, bukan majlis yang dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad saja yang mendapat sambutan yang luar biasa, bahkan di beberapa tempat yang tiada kehadiran beliau juga turut menunjukkan sokongan  yang […]

PESANAN BUAT PENGUNDI AWAL

Esok, 5 Mei 2018, pengundian awal Pilihan Raya Umum Ke-14 akan dijalankan. Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya harus bertanggungjawab memastikan proses pengundian awal berjalan dengan lancar dan bebas dari sebarang penyelewengan. Pengundi-pengundi awal terdiri daripada Anggota Tentera, isteri atau suami Anggota Tentera, Anggota Polis, Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), isteri atau suami Anggota PGA. Saya menyeru kepada […]

SEMAKIN NYATA PAS SOKONG BN

Apabila hati kita menyukai seseorang, walaupun berkali-kali dinafikan oleh mulut, biasanya petunjuk daripada kata hati itu tetap akan terserlah akhirnya. Begitu juga dengan Pas, meskipun selalu menyatakan mereka tidak menyokong UMNO dan BN, kebenaran yang datang daripada hati kecil Hadi Awang ternyata semakin sukar dinafikan. Tidakkah kenyataan Hadi yang menyatakan Malaysia akan ke belakang jika […]

TSUNAMI RAKYAT MULA TERASA

Program Jelajah Pakatan Harapan di Indera Mahkota, Pahang malam tadi dilaporkan mendapat sambutan yang sungguh luar biasa di mana lautan manusia pelbagai kaum telah menghadirinya. Juruacara majlis mengumumkan jumlah yang hadir tidak kurang daripada 25 ribu orang, tetapi ada rakan yang berada di sana menganggarkan ia sebenarnya menjangkau hampir 40 ribu jumlahnya. Hampir semua pemimpin […]

MENJELANG 9 MEI, RAKYAT PERLU TERUS BANGKIT MERANGSANG PERUBAHAN

Memasuki hari kelima kempen pilihanraya, Pakatan Harapan terus mendapat sambutan yang kian memberangsangkan daripada rakyat yang mahukan perubahan. Dalam erti kata lain, kejatuhan BN semakin di ambang mata. Di mana-mana saja kempen Pakatan Harapan diadakan, sambutan yang diterima tidak pernah mengecewakan. Jika melibatkan Tun Mahathir Mohamad, sambutan rakyat pelbagai kaum lagilah lebih hebat dan dahsyat. […]

PRU14 BUKAN PERTANDINGAN TIGA PENJURU TAPI DUA LAWAN SATU, BILAKAH HADI MAHU BERKEMPEN DI PEKAN?

Di atas kertas, memang pertandingan dalam pilihanraya kali ini adalah perlawanan tiga penjuru iaitu antara BN, Pakatan Harapan dan Pas yang memonopoli semua kerusi bagi pihak Gagasan Sejahtera. Namun, realitinya ia sebenarnya adalah pertandingan dua lawan satu di mana BN dan Pas bagaikan berpakat dan saling bertanding tangan untuk menyerang serta mengalahkan Pakatan Harapan. Di […]