Month: May 2018

NASIB SUDAH BERUBAH, TAPI NAJIB NYATA MASIH TIDAK BERUBAH

Semalam, buat pertama kalinya setelah kehilangan kuasadan tidak lagi bergelar Perdana Menteri, Najib Razak pulang ke Pekan, kawasan Parlimen yang diwakilinya sejak 42 tahun lalu. Beliau pulang atas dua kapasiti – Ahli Parlimen dan juga Ketua UMNO Bahagian Pekan. Dengan masih menjadi Ahli Parlimen Pekan, ia dengan sendirinya menolak dakwaan Najib bahawa beliau kini adalah […]

NAJIBKAH YANG BERFANTASI? SIFAR GST LEBIH STRATEGIK BERBANDING MENGHAPUSKAN SISTEMNYA

Najib Razak berkata, janji kerajaan Pakatan Harapan untuk menghapuskan cukai GST adalah tidak realistik dan hanya merupakan suatu fantasi. Itu adalah fantasi, tak mungkin mereka mampu melaksanakannya, tambah Najib lagi. Adakah Najib yang sebenarnya masih berfantasi? Ataukah Najib juga merasakan beliau masih duduk di kerusi Perdana Menteri lagi ketika ini? Tidakkah beliau sedar kerajaan Pakatan […]

NAJIB OH NAJIB….

Najib Razak dilaporkan marah dengan anggota polis yang didakwanya mengambil coklat di dalam peti sejuk kondo mewah anaknya ketika membuat pemeriksaan di situ. Aikk….ambil coklat pun marah? Adakah pemimpin berjiwa rakyat perlu marah hanya kerana coklat? Bukankah tidak lama sebelum ini Najib sendiri mengaku pernah menghabiskan coklat di dalam sebuah helikopter tentera kerana kelaparan? Ada […]

SIAPA YANG USULKAN TIADA PERTANDINGAN PADA 2017 DULU? KJ SUDAH LUPA ATAU BUAT-BUAT LUPA?

Kata Ketua Pemuda UMNO yang pernah dianggap sebagai ketua “geng tingkat 4” ketika era pentadbiran bapa mertuanya, Khairy Jamaluddin, budaya menang tanpa bertanding bagi jawatan tertinggi parti itu adalah antara punca kekalahan BN dalam pilihanraya umum 9 Mei lalu. Menurut beliau, budaya itu menghantar isyarat buruk kepada orangramai dan memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap UMNO […]

DUA PERTUDUHAN BAKAL MENANTI, SELASA INI AKAN MENJADI SELASA YANG MALANG BUAT NAJIB

Walaupun kita sedia maklum bahawa siasatan pihak polis terhadap Najib Razak adalah berkaitan skandal 1MDB, tetapi penemuan sejumlah wang tunai yang agak banyak, barang kemas dan ratusan beg tangan mewah, tentu saja mengejutkan umat Islam yang baru tiga hari menjalani ibadah puasa.Kekalahan BN dan hilangnya jawatan Perdana Menteri akhirnya memungkinkan semua ini menjadi tatapan kita […]

HABIS, ZAHID HAMIDI NAK JADI APA?

Tanpa berselindung, Nazri Aziz mencadangkan agar Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Kenapa KJ? Bukankah Zahid Hamidi sekarang ini adalah Pemangku Presiden UMNO? Mengapa Zahid Hamidi tidak dicadangkan  menjadi Ketua Pembangkang, sesuai dengan jawatan barunya sebagai Pemangku Presiden UMNO? Adakah Zahid Hamidi tidak layak? Jika KJ menjadi Ketua Pembangkang, apa nak jadi kepada […]

"DI RUMAH RAKYAT BIASA, NAK SIMPAN MAGGI SAMPAI 72 BUNGKUS PUN TAK MAMPU"

Makk oiii…banyaknya beg dan kotak-kotak yang dirampas oleh pihak polis dari sebuah kondo mewah yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri yang baru dikalahkan dalam PRU14, Najib Razak pada awal pagi tadi. Dilaporkan, rampasan itu melibatkan 72 beg berisi wang tunai dan 284 kotak yang mengandingi beg tangan mewah pelbagai jenama serta barangan kemas. Untuk mengangkut […]

MALAYSIA KINI MENUJU SISTEM DUA PARTI

Hanya kira-kira seminggu selepas Pakatan Harapan berjaya menjadi kerajaan, gabungan tersebut yang sebelum ini terpaksa bertanding menggunakan simbol PKR, akhirnya telah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS. Sejak awal ia cuba didaftarkan, Pakatan Harapan berdepan pelbagai masalah dan kekangan yang memang difahami tujuannya ialah untuk menghalang pendaftarannya daripada diluluskan. Ia adalah cubaan untuk […]

GANDINGAN HISHAMMUDDIN DAN KJ SEDANG GIAT DIPROMOSI UNTUK KETEPIKAN ZAHID HAMIDI?

Dalam keadaan tergesa-gesa dan hanya baru beberapa jam setelah kehilangan kuasa, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor pada 10 Mei lalu telah menghantar surat kepada UMNO bahagian-bahagian seluruh negara berhubung pemakluman tarikh persidangan tahunan cawangan dan mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian. Tempoh yang ditentukan untuk UMNO cawangan-cawangan seluruh negara mengadakan persidangan tahunan ialah pada 19 Mei […]

NAJIB PASTI KENA CEKUP DALAM SEHARI DUA INI

Apabila Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan ada kes terhadap Najib Razak dan menambah, bekas Perdana Menteri itu akan didakwa dalam masa terdekat, kemudian disusuli dengan tindakan menjadikan Laporan Audit 1MDB sebagai dokumen terbuka, gambarannya tidak lain ialah ia pasti disusuli dengan beberapa tangkapan. Tambahan lagi, semalam juga Tun Mahathir telah mengadakan pertemuan […]

PKR MESTI BANYAK BERSABAR, TEMPAT ANWAR SEBAGAI PM SUDAH TERJAMIN

Selepas Tun Daim Zainuddin menyatakan adalah tidak bijak untuk melantik Anwar Ibrahim secara tergesa-gesa sebagai Perdana Menteri dan kemudian Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula pantas menyetujui perkara itu, bila Tun Mahathir Mohamad patut mengadakan peralihan jawatan sepatutnya tidak berbangkit lagi. Bagi Tun Daim, peralihan kuasa seharusnya berlaku pada pertengahan penggal nanti. Ini […]

TANDA KEIKHLASAN HATI TUN MAHATHIR KEPADA ANWAR

Sebagaimana yang sudah diketahui umum, Lembaga Pengampunan Diraja sah akan bermesyuarat Rabu ini untuk tujuan khusus membebaskan Anwar Ibrahim yang kini sedang dipenjarakan. Bermesyuaratnya lembaga tersebut adalah susulan kenyataan Tun Mahathir Mohamad selepas majlis angkat sumpah jawatan Perdana Menteri Khamis lalu bahawa Yang Dipertuan Agong bersedia untuk membebaskan Ketua Umum PKR itu dengan lebih awal. […]

KEGEMBIRAAN WARTAWAN APABILA TUN MAHATHIR KEMBALI JADI PERDANA MENTERI

Bagi seseorang wartawan di meja berita, membuat liputan majlis atau sidang akhbar yang melibatkan Perdana Menteri bukan saja suatu kelebihan, tapi juga merupakan kebanggaan. Sebab itu, wartawan yang dihantar untuk membuat liputan bagi majlis seperti itu biasanya adalah daripada kalangan yang agak senior, berani mengajukan soalan serta mempunyai gaya penulisan yang meyakinkan. Para editor dengan […]

USAHA TUN MAHATHIR PULIHKAN NEGARA JANGAN DIGANGGU, MALAH WAJIB DIBANTU

Hari ini adalah hari pertama Tun Mahathir Mohamad memasuki pejabat sebagai Perdana Menteri, tetapi beliau tidak pergi ke Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, sebaliknya memulakan tugasnya di Yayasan Kepimpinan Perdana. Antara jadual awalnya yang kita ketahui ialah beliau akan mengadakan pertemuan dengan KSN dan semua KSU kementerian untuk menerangkan hala tuju dan […]

HARAPNYA TIADA LAGI KEJADIAN KEDUA…..

Ini adalah penjelasan Tun Mahathir Mohamad berhubung perlantikan tiga menteri kanan yang diumumkannya semalam, tetapi dipertikaikan oleh Rafizi Ramli. Ini pula kenyataan daripada Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Dan ini oleh Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR. Kenyataan media Anwar Ibrahim juga jika diperhalusi tidak lari dari maksud yang sama.KENYATAAN MEDIASaya menghargai kunjungan Pengerusi Pakatan […]

SELEPAS NAJIB UNDUR, MAMPUKAH ZAHID HAMIDI PULIHKAN UMNO?

Berdepan desakan yang semakin membesar yang mahukannya segera meletakkan jawatan, Najib Razak mengumumkan pengunduran sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, berkuatkuasa semalam. Pengumuman yang yang dibuat itu hanya beberapa ketika sebelum Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersama Wanita dan Puteri UMNO dijangka mengadakan sidang akhbar khas mendesak pengunduran Najib. Sebelumnya, beberapa sayap Pemuda UMNO negeri-negeri […]

NAMPAKNYA PROJEK PERTAMA PAKATAN HARAPAN IALAH MEMBESARKAN LAGI PENJARA SUNGAI BULOH….

Dalam misi untuk menyelamatkan negara dan membongkar skandal 1MDB, Perdana Menteri,  Tun Mahathir Mohamad membayangkan beberapa ketua jabatan kerajaan yang dipercayai bersekongkol, melindungi dan menyembunyikan kesalahan Najib Razak akan disiasat dan didakwa di mahkamah. Sehingga ini beberapa nama telah disebut secara jelas untuk diambil oleh Tun Mahathir, antaranya Peguam Negara, Apandi Ali, Ketua Pesuruhjaya SPRM, […]

UMNO BAKAL BERKUBUR?

Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran UMNO. Jika sebelum ini ketibaan tarikh 11 Mei disambut dengan penuh meriah, suasana kali ini sudah jauh berbeza. Untuk tahun ini, buat pertama kali UMNO meraikan ulangtahun kelahirannya dalam keadaan ia sudah kehilangan kuasa dan Najib Razak selaku Presiden UMNO bukan lagi sebagai Perdana Menteri. UMNO yang menunjangi BN […]