ORANG MUDA SUKA JIKA NAJIB TERIMA HUKUMAN….

Berbual-bual dengan anak-anak muda yang pertama kali mengundi, tetapi belum mempunyai pekerjaan, kadang-kadang memberikan kita perspektif yang berbeza mengenai pemikiran mereka.

Memang golongan ini merupakan antara penyumbang kepada kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan BN, tetapi tersingkirnya Najib Razak daripada persada kuasa seakan-akan belum lagi mencukupi bagi anak-anak muda itu.

Mereka kini tidak sabar menunggu bila lagi Najib akan didakwa serta apakah bentuk hukuman yang bakal diterimanya.

Kata mereka, Najib bukan saja patut disingkirkan dan seterusnya didakwa serta dihukum kerana skandal 1MDB atau kesalahan-kesalahan yang dilakukannya, tetapi bersekali dengan pembaziran dan kemewahan yang dilakukannya itulah yang menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan sebaik tamat pengajian.

Mereka rata-ratanya gembira dengan tiada lagi Najib tinggal di Seri Perdana, sambil berharap selepas ini ada cahaya yang akan menyuluhi laluan masa depan mereka.

Pemikitan anak-anak muda ini nyata berbeza dengan kebanyakan golongan berusia yang merasakan apabila Najib telah dapat disingkirkan, ia sudah memadai bagi mereka.

Bagi mereka ini, setelah Najib tersingkir, cukuplah sekadar itu saja dan selepas ini biarlah anak Tun Razak itu menikmati kehidupan seperti rakyat biasa tanpa perlu diambil sebarang tindakan terhadapnya.

“Mana boleh….” kata anak-anak muda tersebut apabila dilontarkan pendapat bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan tidak perlu mengambil apa-apa tindakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

“Disebabkan deretan skandal, selain pembaziran, kemewahan dan terlalu ramai lantikan politik yang dibuat Najiblah yang membuat kami susah mendapat pekerjaan sehingga sekarang.

“Beliau patut menerima hukuman atas perbuatannya,” kata mereka lagi.

Persoalan sekarang, bila lagi Najib mahu dibawa ke mahkamah dan didakwa?

Jangan dibiar terlalu lama, nanti anak-anak muda mula kecewa!! (ShahbudinHusin 29/05/2018)

Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 2:05 pm

71
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
The PhantomGENG NAJIBdadJamesdean1omar daud Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
dad
Guest
dad

geng najib…..ko tak kesian dekat najib ka? najib dah muntah hijau….ko kat sini bergumbira….

nasib….nasib

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

RAFIZI CUBA SEKOLAHKAN MACAI REJIM TAK SEDAR DIRI KE???POSTED BY SEMUT HITAM ON SELASA, MEI 29, 2018 WITH NO COMMENTS SO FAR Agak menghairankan juga kenapa Si Rafizi ni acap kali tampil mengkritik Rejim Pakatan baru yang dipimpin oleh Tun Mahathir secara terbuka. Tiba – tiba dia boleh jadi terencat akal ke? Ini kali kedua Rafizi mengeluarkan kenyataan yang agak negatif terhadap pemerintahan Rejim Pakatan baru ini. Secara tidak lansung ianya menunjukkan dia ada agenda tersendiri yang sudah diketahui secara umum. Hakikatnya memang tidak boleh dinafikan. Semua orang sedia maklum bahawa sokongan Macai Rejim kepada kemenangan Pakatan Haprak tu adalah… Read more »

The Phantom
Guest
The Phantom

Bro Dad……Geng Kepala Naga ditugaskan untuk mengadu-domba dan melaga-lagakan Pakatan.

Oleh kerana puak sendiri dah nak terkubor…….performance tak seberapa…….tambah pulak dengan peninggalan hutang samun………jadi jalan yg tinggal cuma laga-lagakan orang Pakatan.

Inilah jarum yg sedang berjalan.

Maaf……teman rasa sangsi dengan orang UMNO yg nak masok PPBM…….bukan semua tak baik tapi tentu ada antara mereka yg tak ikhlas……….ada udang sebalik batu……takot jadi duri dalam daging ajerrr yeop.

Electrotech
Guest
Electrotech

Rosmah masuk dulu… Di ikuti Geng Najis

Jamesdean1
Guest
Jamesdean1

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji tindakan parti DAP yang matang apabila tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang berisiko menjejaskan keharmonian umat Islam selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini. Presiden Pas itu berkata ia suatu perkembangan yang positif apabila parti komponen Pakatan Harapan itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyentuh berhubung hak masyarakat Islam walhal mengetahui mereka tidak berhak untuk bercakap mengenainya. “Saya harap ini diteruskan. Hak orang Islam, biar orang Islam yang bercakap. Mereka boleh bela hak bagi kaum mereka sendiri dan Islam tak ganggu hak mereka,” kata beliau semasa wawancara dalam Astro Awani hari ini.… Read more »

HADIGOL
Guest
HADIGOL

hah dap dh suci dimata lobai. dh tk harbi. rakan sedondon dh dilupakan.

ini org sgt bahaya. byk takiyyah demi donia. jgn percaya ini org.

omar daud
Guest
omar daud

Najib bernasib baik kerana majority rakyat malaysia tak seperti rakyat philipina ,indoesia dan thailand.walaubagaimanapun tahap kesabaran rakyat (orng muda) ada batasnya! TAK SABAR MENGIRINGI NAJIB KA BAMBOO RIVER! DAN ROSMAH KA TALI GANTONG(C4 ALTANTUYA).

The Phantom
Guest
The Phantom

Bro…..jangan sebut2 Altantuya bro…..nanti Genga Najib meroyan takot.

Dia alergi dengan nama Altantuya hingga bila kita cerita kes akan dibukak semula dia meroyan gila terberak dalam seluar bro….

Sebab dulu yg pasang C4 kat badan Altantuya tu dia lerrr gamaknya.

Electrotech
Guest
Electrotech

Ka..ka.ka.. setuju

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Jeng..jeng..jeng…Tular berita Istana Pahang dah beri perkenan kepada DSAI untuk bertemu mengadap Tengku Mahkota Pahang dalam masa yang terdekat. Nampak gayanya..road show DSAI yang dimulakan dar Kelantan, diikuti dengan Johor dan kini bakal ke Pahang pula, dah masuk gear tinggi. DSAI sebagai Otai politik Msia ni memang terkenal dengan pengalaman yang cukup hebat dalam mencaknakan sokongan dari pihak istana. Apatah lagi, dengan tuntutan Hindraf 2.0 yang semakin lantang memperjuangkan hak kaum India, khususnya menyerahkan memorandum kepada J/K kesamartaan hak rakyat Msia agar Uitm dibuka kepada kaum India dan tuntutan agar JAKIM juga dibubarkan keranan dilihat hanya membazirkan kewangan negara dan… Read more »

The Phantom
Guest
The Phantom

Dengan itu maka akan terkubuuurrrrlah UMNO dan BN di PRU15 nanti ameen…..

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Rakyat Msia yang waras nak ucapkan tahniah kpd Rafizi kerana akhirnya berani menegaskan kemenangan PH dalam PRU14 lepas bukannya kerana faktor susuk tubuh Tun M tapi kerana isu2 yang ada spt GST dan kenaikan harga barangan. tak payahlah ahli2 Bersatumendabik dada kononnya Tun M merupakan wow factor dalam kemenagan tu.Pimpinan2 lain dalam PH khususnya dari DAP, Amanah dan PKR juga tidak kurang hebatnya dan mereka ada penyokong2 taksub tersendiri. Malah ada yang berani mengatakan Tun M pulak yang menumpang 'populariti' pemimpin2 tu , khususnya DSAI yang merupakan bapa Reformasi. Sesapa pun takkan dapat menafikan peranannya yang besar untuk meletakkan asas… Read more »

isa3
Guest
isa3

Jangan dibiar terlalu lama, nanti anak-anak muda mula kecewa!! – kata Budin. Kecewa satu hal. Takut nanti bawak sepandok ke sana sini. Tak sedap tengok. Aku mahukan Rosmah di soal siasat, di dakwa, di bicara dan di hukum juga. Sebab dia subahat. Tak payah cite le pasal orang kata dia yang menonjol Najib setujukan scheme menipu tuh. Jho Taek yang cadang gamak nya, dia kawan sekolah anak Rosmah, Riza Aziz. Gunakan syarikat Trengganu Investments Bhd. Si Taek punya, dulu bersama anak Raja Trengganu. Tukar nama jadi 1MDB. Polis dapat duit tunai RM114 juta. Dari itu nampak lah Rosmah subahat dalam… Read more »

abda
Guest
abda

Berbalik kapada berita serius, saya ingin tanya mengapa kah si Jamal Geng Baju Merah gengster Umno ini di biarkan nampak melanda landa dengan telatah nya, kenapa tidak di tangkap, di gari dan di pegang bawa ke Balai Polis dan di masuk lokap – Jamal: Saya akan beri keterangan esok Diterbitkan 29 Mei 2018, 3:27 petang Selepas menghilangkan diri pada 25 Mac lalu, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos berkata beliau akan hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya esok. Dalam satu rakaman audio kepada media hari ini, beliau berkata akan ke IPD Ampang Jaya untuk memberi keterangan… Read more »

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Alumni GPMS UiTM Buat Laporan Polis Terhadap Hindraf29 May 2018 Berita UtamaSHAH ALAM, 29 Mei – Persatuan Alumni GPMS Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini membuat laporan polis bagi membantah tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang mahu kemasukan universiti itu dibuka kepada semua kaum. Presiden persatuan itu Muhamad Akmal Mohd Dahalan berkata tuntutan Hindraf dilihat sebagai cubaan menghasut selain boleh mewujudkan ketegangan antara kaum di negara ini. “Kami memandang serius tuntutan ini yang jelas bertentangan dengan artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjamin hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta menetapkan bahawa kemasukan UiTM adalah khusus untuk orang… Read more »

The Phantom
Guest
The Phantom

UALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pembangkang membuktikan negara akan kerugian RM209 bilion jika kerajaan membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR). Dr Mahathir berkata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, harus menyokong dakwaannya dengan bukti sepertimana pentadbirannya dalam hal hutang dan liabiliti negara. “Kita kata negara hilang RM1 trilion, kita ada bukti dan dokumen yang menunjukkan kita hilang. Ini cakap mulut saja, suruh dia tunjuk bukti,” katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa bersama warga polis di Masjid Bukit Aman hari ini. Rahman dalam kenyataan hari ini mengkritik keputusan… Read more »

The Phantom
Guest
The Phantom

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan perlu berhati-hati menilai perjanjian projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kerana terma-terma perjanjian yang amat aneh. Wan Azizah berkata pihaknya diberitahu terma-terma dalam perjanjian itu “boleh kata amat aneh” kerana antaranya ia “tidak berdasarkan kemajuan kerja.” “Perdana menteri perlu mengkaji semula projek itu kerana kita sudah membuat satu perjanjian semasa kerajaan lepas dan kita tidak mahu bayar pampasan yang akan merugikan negara,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Kompleks Sukan Pantai Eco City Park. Pakatan Harapan mahu mengkaji semula projek laluan keretapi api… Read more »

abda
Guest
abda

Untuk suasana ringan di petang puasa ini, di keluarkan berita berikut: Sejak semalam, tersebar mesej di media sosial dan aplikasi Whatsapp yang mendakwa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mendirikan rumah tangga dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Apatah lagi selepas kunjungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama keluarga ke Istana Kelantan atas undangan bonda Yang di-Pertuan Agong Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Khabar angin itu sempat menimbulkan cakap-cakap di media sosial. Nurul Izzah bagaimanapun menafikan perkara itu dan menyifatkannya sebagai berita palsu. "Tolong abaikan berita palsu yang disebar. Terima kasih. "Marilah kita semua… Read more »

abda
Guest
abda

Tun Dr Mahathir kata Bersatu telah membuat keputusan menerima bekas ahli ahli Umno menjadi ahli.

Ada lebih 1,000 permohonan menjadi ahli, termasuk bekas ahli ahli Umno.

Telah di putuskan bahawa mereka perlu umumkan keluar dari Umno dan nyatakan pendirian mereka terhadap Kerajaan Pakatan Harapan, kata nya.

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Yg sabotaj bersatu ahli bersatu dari umno…yg dah beribu istihar kluar parti jangan lah di ambik semula…

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

'Kabinet tidak pernah bincang pembatalan HSR'BharianBeritaNasionalOleh Manirajan Ramasamy dan Ahmad Suhael [email protected]@.com.myKONGSI ARTIKELShare Tweet ShareKUALA LUMPUR: Keputusan mengenai pembatalan atau meneruskan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura belum pernah dibincang dalam mesyuarat Kabinet. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata perbincangan mengenai hala tuju projek mega yang dicetuskan ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) itu, akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet esok. "Kena tanya Perdana Menteri (sama ada keputusan membatalkan projek HSR sudah muktamad). "Setakat yang saya tahu, kami belum pernah berbincang mengenainya. Saya pasti akan membangkitkannya dalam mesyuarat Kabinet esok," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Wesak di Kuil… Read more »

The Phantom
Guest
The Phantom

Weiii bodoh…..walau Tun M sendiri muktamad pilih HSR dibatalkan tapi Tun M sendiri pon udah cakap dengan reporters dia akan bawak ketengah hal HSR tu……maknanya akan dibincangkan dengan semua Pakatan.

Apa punya bangaaanggg lerrrr biawak hutan sekor ni.

isa3
Guest
isa3

Aku rasa hasil tindakan ekonomi dsb nya itu makan lama nak nampak kesan yg memuaskan. Jadi, aku syorkan supaya Tun M di benarkan pegang jawatan PM itu selama 5 tahun.

Sapa tak setuju, sila lah kasi hujah2 dan fakta2 bagi mengata tak perlu 5 tahun. Menuduh nak cucuk jarum dsb nya itu tidak bijak.

Menteri MCMC baru pun pertahankan kebebasan bersuara. Dah kata nak humban Akta Fake News. 2-3 bulan lagi Akta itu boleh terbang, kata dia.

Ramly Ahmad
Guest
Ramly Ahmad

Bkn kami x setuju..bkn mengatakan x perlu 5 thn..hanya dia yg mengatakan 2thn..kerna apa kata gitu..selanjut umur sebegitu..ada ketikanya kesedaran empunya badan akn merasainya bagaikan penghujung nyawa udah hampir..namun ketentuan maut dtangan tuhan..
biarlh dia buat keje sekuat semampu setahanan umurnya..
Permainan cucuk jarum biasa..rasanya bg Tun kulit dia pun dah tebal..hahahakandah berkuasa..

I
Guest
I

TM bagi masa 2 tahun tu pasal agaknya dia sangka masalah yg dihadapi negara tak teruk….

abda
Guest
abda

Rasa nya bukan dia merasa masalah di hadapi negara tidak teruk.

Tun mengata begitu sabelom PRU14 lagi. Saya fikir dia menyebut 2 tahun itu untuk mengambil hati ahli ahli dan penyokong PKR.

Saya sokong kata blog pos ini yang lalu meminta Tun di bolehkan meneruskan kerja nya setakat yang dia terdaya, tidak perlu terikat kapada 2 tahun.

Kejora Bapuk Bodo
Guest
Kejora Bapuk Bodo

Jangan pakai rasa sendiri aje…..tun sendiri boleh rasa dengan umurnye meningkat 95 dia mampu ke tidak…

rahman jpc
Guest
rahman jpc

KABINET TUN M PERLU (SAPERTI PRES JOKOWI) WAJIB D KENALI SEBAGAI KABINET 'KERJA, KERJA,KERJA'(WORK,WORK,WORK) N PERLU MENGGERAKKAN EKONOMI DGN SERTA MERTA KERANA MAKNANYA KPD BERIBU YG MENGANGGUR (ANAK2 MUDA) ATAU YG HILANG PEKERJAAN BERLAINAN SEDIKIT I.E KERJA,KERJA KERJA = JOBS, JOBS JOBS.

JIKA PH BOLIH UJUDKAN TAHAP 'FULL EMPLOYMENT'(KURANG 3% PENGANGGUR), MAKA HAYAT KOALISI INI SUDAH PASTI AKAN TERJAMIN PANJANG.

INSYA'ALLAH.

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang2 muda tidak tahu apa2. Mereka hanya mengikut rentak dan seronok bersorak, terutamanya yg Melayu. Mereka tak tahu sejarah silam. Kesudahannya, jadi mcm pak kadok…menang sorak, kampung tergadai…

isa3
Guest
isa3

Sapa cakap? La ni dah ramai anak muda ada pelajaran tinggi. Luluih unibasiti, Beb.

Tengok Syed Saddiq tuh. Ramai lagi yang mcm dia. Malah lebih muda, tapi politically conscious and literate.

Depa tahu mana yang baik, mana yang jahnamkan negara. Bukan mcm pengikut PAS. Asyik nak Hudud aja. Pada hal, Hudud yang depa reka itu bukan "exactly" yang dalam Qura'n. Sebab Qur'an sebut sikit aja pasal Hudud.

Ramly Ahmad
Guest
Ramly Ahmad

Yes yes bro isa3..

I
Guest
I

Betul sdra isa3.. sekarang ni melayu dahlah kampung tergadai…sorak pun kalah…

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Budak2 muda ni masih mentah dalam sepak terajang politik…masih naif dan bluuuuur dalam banyak hal. Sebab tulah dia orang ni mudah sangat terperdaya dengan hasutan dan fitnah PH yang datang bertali arus. Hasilnya minda mereka menjadi tepu dengan dakyah songsang pimpinan2 PH dan hasilnyyyya…..memangkah mata dajjal dalam PRU14 yang lepas. Tapi ..semoga mereka menjadi watch dogs untk pembangkang sepanjang 100 hari ni dan juga 5 tahun akan datang sebelum PRU15 dan pastinya..jika PH tak perform seperti yang dijanjikan mereka , anak2 muda bakal 'menerajang' mereka ke lembah kehinaan nanti…ingat tu yeeer PH !!!!!

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Kuasa anak muda adalah kuasa keramat….mereka boleh make or break sesebuah kerajaan…setakat macam PH ni, small matter, celah gigi aje bhai !!!!!

Ramly Ahmad
Guest
Ramly Ahmad

Amboi mangkah mata dajjal ye bro..kerajaan dajjal lepas ko tu jatuh hinaan..ramai ahli2 geng ko kecelaruan kebinggungan..masih bengap.. kepala klepet tu nak ddakwa..yg lainya pun sama..tak.. sanjung juga..
ko x prasan ke beb..ank muda2 udah celik bkn mcm tua lama otai yg x sedar diri ko tu..kan..kan bhai..

Bulat Ken
Guest
Bulat Ken

Tp bg PRU lalu anak muda dah pun menerajang parti yang tak perform ke lubang taik. Ingat tu pencacai semua. Kalau parti kamu masih tak perform dan sibuk nak mencuri, lepas ni jgn harap kamu akan bangkit… Ingat tu Bagasi Najib.

I
Guest
I

Benang kepercayaan yang diserahkan kepada umno dan bn sudah diputuskan oleh umno dan bn melalui pengkhianatan dan salah guna kuasa oleh peminpin2 umbo. Sekali rakyat tak percaya…bukan mudah nk dapat valik benang tu….

saksama
Guest
saksama

Hukuman setimpal yang mengikut 'rule and law'….. itulah yang selayaknya…..

Ahmad Hashim
Guest
Ahmad Hashim

Budak budak muda ni jangan syok nak keji orang sebab tak dapat kerja. Kalau aku majikan pon takkan ku ambil budak budak ni bekerja. Habis, dah memang kaki buat kerja cincai halai balai, nak demand apa lagi?

Kalau yang degree, projek hentah apa apa.

Kalau yang sarjana, projek cari tajuk senang senang.

Kalau yang phd, suka kajian ala ala survey.

Tak kompetitif langsung!

Bulat Ken
Guest
Bulat Ken

Kau seorang aje yg kompetitif gamaknya?

isa3
Guest
isa3

Awat unibasiti2 tak tentukan tinggi taraf nay pengajaran / didiken di unibasiti2 itu?

Unibasiti kita belom ada tradisi beratus tahun macam Okspod ke Cambridge ke. Jadi, tak bole harapkan depa tahu cara meninggikan taraf pelajaran yang di terima.

Di kuliah, ramai hadir, tak sesuai nak sekel kepala mana yang ambik lewa saja. Di tutorial, sebat le depa untuk menyematkan nilai2 bagi tinggikan makna serjana, doktor falsafah dll yang depa mahu.

Kalo tak, awat kasi depa luluih. Kalo tak baguih, jangan kasi luluih. Supaya semua tahu standard tinggi di perlukan.

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Selasa, 29 Mei 2018BUKTI JELAS KETUA PEMUDA PPBM KAKI SEKS !! @chedetofficial @MuhyiddinYassinBila diceritakan soal seks, ianya biasa melibatkan orang dewasa dan dalam adat Melayu, ianya tidak digalakkan untuk diperkatakan di khalayak ramai apatah lagi bagi mereka bekum berkahwin. Tapi selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan nampaknya perkara seks ini bukan sahaja boleh dikisahkan atau disembangkan di khalayak ramai malah ianya juga seolah olah digalakkan. Sebagai contoh, ketua pemuda PPBM yang kini menjawat jawatan sebagai ahli parlimen Muar dengan mudahnya mahukan supaya ramaja di Malaysia diajar supaya mengamalkan seks secara selamat paling tidak bagi mengelakkan mereka daripada mengandung. Sangkakala tak pasti… Read more »

DR. HAJI RAJIEE HADI
Guest
DR. HAJI RAJIEE HADI

Bukan setakat anak-anak muda berpendapat sedemikian bahkan daripada beberapa temu bual saya dengan golongan warga emas dan pesara kerajaan; rata-ratanya kecewa dengan pimpinan Najib pada masa lalu. Sehingga golongan ini memberitahu hak mereka untuk mendapat bantuan perubatan percuma sebagai pesara kerajaan telah disekat. Misalnya ada item-item ubat yang terpaksa mereka beli sendiri dengan wang kocek (wang pencen) sendiri kerana bekalan perubatan telah dipotong bajetnya. Ada pula tidak semena-mena pihak LHDN yang tidak menentu pasal menuntut cukai daripada golongan ini; sehingga tergamak mengarahkan Jabatan lmigresen Malaysia menyekat perjalanan pasport antarabangsa mereka. Sebab itu bukan sahaja anak-anak muda yang protes terhadap kerajaan… Read more »

isa3
Guest
isa3

Bang, yang bawah dari warga mas pun ada yang gelisah nak tengok Najib di gari dan di pegang berjalan ke Lokap Polis atau tenpat menyoal jawab SPRM.

Bila depa dah siap siasat semua yang berkaitan, mungkin ke Najib akan di buat begitu?

Aku rasa, kalo dia suspek penjenayah, ada bukti2, awat tak boleh? A criminal is a criminal, a "common criminal", tak kisah jawatan dia pegang dulu.

Aku harap ada yng lain kasi pendapat di sini.

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

TUNTUTAN HINDRAF TAK PERLU DIPERTIMBANG, LAKSANAKAN TERUS!!!POSTED BY SEMUT HITAM ON SELASA, MEI 29, 2018 WITH NO COMMENTS SO FAR Apa perlunya Rejim Pakatan baru itu nak membuat pertimbangan berhubung tuntutan yang dilakukan oleh kumpulan Hindraf ini? Kenapa mereka tidak mahu melaksanakan perkara itu segera? Soalnya kenapa tidak? Bukankah Rejim Pakatan yang baru itu cakna kepada kehendak rakyat? Bukankah mereka meletakkan kehendak rakyat itu jauh lebih penting daripada perkara lain? Jadi, apa perlunya pucuk pimpinan Rejim Pakatan baru itu nak mempertimbangkan tuntutan yang dibuat oleh Hindraf tu? Bukak je kawasan Felda untuk mereka. Terima je la pelajar Bukan Melayu di… Read more »

The Phantom
Guest
The Phantom

Geng Naga next PRU kamu masok bertanding…….kalo udaaah pandir…..ehhhh sori………pandai bebenor apa kata kamu jadi MP=ahli majlis penyamun.

Electrotech
Guest
Electrotech

Geng Najib= contoh otak babi

Fan Tun
Guest
Fan Tun

Ali Baba dengan penyamun
Negara dibikin semak samun
Berlagak durian sekarang timun
Sampai kiamat rakyat hamun!

Chief Lanun patut dakwa
Rakyat tunggu sambil ketawa
Songlap banyak sampai sendawa
Dakwa jugak dia punya makwe!

Seorang ayah kena penjara
Curi susu di pasaraya
Kerana anak dia sengsara
Inikan pulak ranap negara!

kerajaan tengah kumpul bukti
Tentu banyak berpeti peti
Sekali dakwa sesungguh hati
Sungai Buloh sampai ke mati!

Lanun lain jangan dibiar
Dulu eksyen perangai liar
Ada Kitul,ada Mandaliar
Jadikan penjara tempat bersiar!

Mahkamah nanti cerita terburai
Masa itu siapa yg pandai
Tamak haloba maruah tercerai
Kerana wang dah jadi keldai!

Perak Man
Guest
Perak Man

Terbaik bro fan tun.. Ya, semua lanun jangan dilepasHasil yang dirompak mesti dirampasRule of law tidak mengenal darjat dan rasYang bersalah mesti diheret ke mahkamah untuk diadili, pantas!.. Ramai yang kasihan pada sibijanItulah yang menyebabkan teman menjadi hairanTak sedarkah mereka apa yang telah dia lakukanAdakah dia merasa kasihan pada rakyat dengan segala hutang yang ditinggalkan?.. Walaupun telah terbukti dia menipuWanemdibi didedah dia tak maluDah terbukti berbilion duit hilang dia dah sapuKalau korang nak kasihankan dia boleh, cuma pastikan dia menerima hukuman dan pulangkan duit dicuri dahulu.. Pada penyamun lain yang bersekongkolTunggu je lah masa korang nak kojolDulu bermaharaja lela, engkau… Read more »

Ramly Ahmad
Guest
Ramly Ahmad

BroPerak Man n bro Fan Tun..
Dua org memang kaki pantun..
Kami cuba buat tp payah nak susun..
Cuba cuba jgk akhir kawan kata mcm katun..
Bro dgn memberi komen pantun rasa hibur le..
Jgnkan ank muda je bang Shah orang lama pun nunggu jgk dakwa je ada bukti teruskan..
Kami dgr2 lepas raya ini ada tindakan..bg can dia nyambut hari lebaran..jgn lama2 nak tindakan nnti abis karan..

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Batal HSR: Kerajaan hilang kesan limpahan ekonomi29 MEI: Kerajaan bakal kehilangan kesan limpahan ekonomi, khususnya di sepanjang jajaran projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura jika projek mega berkenaan dibatalkan. Ahli Unit Komunikasi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, dakwaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kononnya HSR tidak bermanfaat kerana membabitkan kos tinggi, adalah terlalu mudah dan tidak mengambil kira pendapatan yang mampu dijana projek terbabit dalam jangka panjang. “Stesen di Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri yang kurang membangun berbanding Kuala Lumpur dan Singapura, akan menerima manfaat limpahan pembangunan. “Kajian Institut Ekonomi Membangun, Pertubuhan… Read more »

The Phantom
Guest
The Phantom

Woiiii bahalol……ukor baju badan sendiri……kalo tak mampu beli romah banglo……jangan beli…..kalo udaaah tau kemampuan setakat rumah teres…….beli romah teres ajerrr lerrr apa salahnya. Ko pahaaammmm contoh di atas tu dol…??Tapi kamu udaaah tau tak mampu…..nak juge2 romah banglo. Dengan hutang samun yg ditinggalkan……..ada lagi baik pikior bayor hutang dulu…….pasei nak tak nak hutang kena dibayor juge. Dengan peninggalan faedah hutang samun yg tinggi………ada baik kerajaan berbelanja dengan lebih berhemah. Ini bukan soal projek tu bermanfaat atau tidak dol……….kalo bermanfaat pon tapi duitnya tak cukop nak bayor dengan apa………bayor dengan 2 bijik telor busok kamu ke…..???Atau bayor dengan duit yg mengeram… Read more »

Ahmad Harmi Mohamad
Guest
Ahmad Harmi Mohamad

Hbm nie hisyam bin mansur ker hehehe

HBM
Guest
HBM

He…he….bukan.

I
Guest
I

HBM hisyam bukan mansur hihihi

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

MAY 29, 2018
0
50% Manifesto PH Berjaya Dilaksanakan? TPM Buat Lawak Apakah Ini?
image:comment image

Ketika ditemubual wartawan TV3, Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Wan Azizah mendakwa, dalam tempoh 20 hari memerintah, Pakatan Harapan telah berjaya melaksanakan 50% janji-janji didalam Manifesto Pilihanraya mereka. Apakah ini? Nak gelak ke nak nangis ni?

Saya bersangka baik, mungkin 50% yang dimaksudkan oleh TPM kita ini adalah pemansuhan Manifesto PH itu sendiri. Pada masa yang sama, sekutu PKR, DAP melahirkan kebimbangan di bawah.

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

PSM DAKWA TUN M CUBA "BELI" KAUM INDIA!!!POSTED BY SEMUT HITAM ON ISNIN, OGOS 28, 2017 WITH NO COMMENTS SO FAR Pimpinan PSM mendakwa Pengerusi Pakatan, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan taktik untuk menarik Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dan mendapatkan undi India. Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, A Arutchelvan berkata kerjasama itu cuma taktik politik untuk mendorong pengundi India menyokong gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang. Malah, PSM mendakwa langkah itu mengimbau kembali politik perkauman dalam Barisan Nasional, yang menampilkan wakil dari kalangan kaum India dan Cina yang berada di Malaysia.“Apa yang mereka cuba lakukan ialah jadikan… Read more »

The Phantom
Guest
The Phantom

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan 35 beg dirampas pihaknya dari sebuah unit kediaman di Pavillion Residences Apartment, Kuala Lumpur, Jumaat lalu, mengandungi wang tunai berjumlah RM114 juta. Pada sidang media khas di Ibu Pejabat JSJK hari ini, beliau memaklumkan hanya 35 beg daripada 72 beg dirampas mengandungi wang tunai manakala 37 lagi berisi barang kemas dan jam tangan mewah. Amar Singh berkata, wang tunai dirampas itu membabitkan mata wang Ringgit Malaysia termasuk 26 pelbagai mata wang asing. “Kami mengambil masa tiga hari untuk mengira jumlah semua wang itu dengan bantuan… Read more »

HBM
Guest
HBM

Mesti dibawa kemuka keadilan sesiapa yang bernama Ali Baba dan Kumpulan Penyamun nya. Dan juga kumpulan yang menerima sedekah hasil samun.
Biar tercatat dalam Sejarah Malaysia Moden.

Bulat Ken
Guest
Bulat Ken

Takkan najib seorang aje?

The Phantom
Guest
The Phantom
isa3
Guest
isa3

Sudah mesti nya suka Najib di hukum. Orang tua pun suka Najib di hukum. Jugak Rosmah. Ada disini yang gelar dia Mak Badak. Setuju.

Dulu yang tak paham 1MDB lepas tengok gelidahan, jumpa duit dan cokelat, dah paham. Bertan duit di simpan di rumah nya/ anak2 nya.
RM114 juta, Beb. Gila punya keroje. Gila duitan. Dan cokelat.

isa3
Guest
isa3

Ramai yang dah tanya tanya ngapa Najib belom di tangkap. Aritu nak tengok dia pakai baju oren di SPRM pun tak dapat nengok. Dia mesti cute dlm baju oren.

Memang banyak lagi kes 1MDB. Kot depa nak tengok siapa siasat SRC International dll. RM42 juta masuk akaun Najib.

Silap dia tak pangge aku kasi dia nasihat camna tak mahu di trace kpd dia. Ake tentu nasihat kasi aku simpankan. Dan aku akan …. kasi Bank Negara.

isa3
Guest
isa3

Depa pun gamak nya nak habiskan siasat semua yang berkait dengan 1MDB.

Budak pipi boyot Jho Taek, kawan dia anak Rosmah Riza Aziz. Rosmah. Benda Allah yang Sarawak Report kata keroje di PMO tukang masukkan duit tunai berjuta juta ke akaun bank Rosmah.

Pandi yang subahat buat derk aje pasai SRC International. Yang kata no wrong doing 1MDB.

CEO2 dan Pengarah2 ekesekutif 1MDB. Ahli2 Lembaga Pengarah yang tak laporkan kapada Polis bila tahu banyak tahi di 1MDB.

Oooo mak ai, ramai lagi. Jadi, sabau lah semua orang. Nanti kita tengok depa pakai baju oren.

Shafiek Abdat
Guest
Shafiek Abdat

Sumbatkan segera manusia durjana Najib Tun Razak ke penjara secepatnya,,sebelum rakyat bangun sekali lagi………!!

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

HOMEMEDIABLOGNEUTRALPRO BNOPPOSITIONSTATESELANGORPERAKPENANGKEDAHSARAWAKSELATANSABAHKELANTANPANTAI TIMURWILAYAH PERSEKUTUANANWARABOUTHome » » Malaysia Baru Bawah Geng Perompak Tua Mahathirisme DAPMalaysia Baru Bawah Geng Perompak Tua Mahathirisme DAPPosted by SnapShot at 5/29/2018BAGAIMANA MEROMPAK KHAZANAH NEGARA ALA MAHATHIRISME DAP? Langkah 1 : Majlis Perompak Tua Sebagai Unit Risikan Segala Perintah Chief Akan Kami Junjung Di Atas Batu Jemala Kami… Menubuhkan MAJLIS PEROMPAK TUA untuk meneliti aset-aset strategik negara (seperti PETRONAS, KWSP dll) untuk dirompak… Langkah 2 : Pastikan Line Clear Senarai 'Superman dan Superwoman' Yang Ada Dalam Kabinet Lepas Hampir 2 Minggu Tubuh Kerajaan!!! MELAMBAT-LAMBATKAN penubuhan kabinet Malaysia, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan sebagainya utk pastikan misi… Read more »

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Langkah 7 : Petronas Jadi Harta Pusaka Mahathirisme DAP

Mereka KEKAL MENGUASAI PETRONAS (25%) dengan perjanjian yang memihak pada MAHATHIRISME DAP ke akhir hayat meski pun kerajaan bertukar ganti selepasnya.

Sama sebagaimana isu Proton, konsesi tol dan IPP.

Langkah 8 : Mahathirisme DAP Terlepas Lagi Tapi Rakyat Gigit Jari

TIADA KESALAHAN UNDANG-UNDANG DAN PENYELWENGAN TELAH BERLAKU UNTUK MENDAKWA MEREKA SELEPASNYA MELAINKAN KERAJAAN DAN RAKYAT AKAN TERIKAT DAN TERBEBAN DALAM JANGKAMASA PANJANG.

Kembar seiras dengan kes konsesi tol dan IPP)

SELAMAT DATANG KE MALAYSIA BARU DI BAWAH PEMERINTAHAN GENG PEROMPAK TUA MAHATHIRISME DAP…

TAHNIAH KEPADA GENG PEROMPAK TUA MAHATHIRISME DAP DAN PENGUNDI K-POP…

JUMPA DI PADANG MAHSYAR YER!!!

The Phantom
Guest
The Phantom

Woiiii orang kalah tengah meroyan woii…….telornye cicior sebelah udaaaahh pecah meletop dipijak badaaakkkk….

Bukti tak ada……jadi reka lerrr cerita…..sensasikan benda yg tak jadi……tapi diceritakan macam betoi2 udaaah jadi.

Kesssiannn samdol biol Geng Naga…….ngelupor, ngelejat menyalaaakkk sekor2 kat blog ni……….kawan-kawannya yg lain udaaaah lama ke lauuuttt…..

Acerrrr bawok2 makan ubat tu…..kan ke dah susoh…..pasei asik terlupa nak telan ubat…..teruih menyalaaakkk macam hanjing…..

Heeeeeee……tak sior teman yeopppp…..

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

Rafizi, jangan tunjuk heroBharianBeritaPolitikOleh Helmy Abd Rahman dan Baharom [email protected] Tweet ShareKUALA TERENGGANU: "Tak payah tunjuk hero". Itu reaksi Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris berhubung kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Menurut Razali, kemenangan PH sebahagian besarnya berikutan percaturan bijak Dr Mahathir merangka strategi, bukannya hasil kajian Invoke Malaysia (INVOKE). Sambil menyifatkan kenyataan sensasi Rafizi itu bersifat peribadi dan boleh memecah-belahkan PH, beliau berkata sekarang bukan masa memperlekehkan sesiapa, sebaliknya mengambil peluang untuk membina semula negara. Katanya, Rafizi mengambil jalan… Read more »

GENG NAJIB
Guest
GENG NAJIB

PENULIS rasa soal Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti sama seperti arwah bapanya Tun Abdul Razak atau tidak, tak sepatutnya timbul dan dipertikaikan oleh sesiapa. Hakikatnya, 2 orang ini ada keperibadian berbeza, kita sendiri pun belum tentu sama dengan bapa kita melainkan hal-hal yang orang terdekat saja tahu. Zaman sekarang dan zaman dulu pun berbeza. Tun Razak menjadi seperti dirinya kerana apa yang berlaku pada zamannya, begitu juga Najib. Bercakap tentang gaya mentadbir, masing-masing memerintah mengikut keadaan dan keperluan pada zaman masing-masing, takkan boleh sama? Walaupun ada perubahan polisi baru semasa pentadbiran Najib yang dikatakan tidak menyenangkan… Read more »

The Phantom
Guest
The Phantom

SELEPAS berkali-kali dikritik Najib Razak, Menteri Kewangan Lim Guan Eng memulangkan paku buah keras kepada bekas perdana menteri itu dengan mengajukan beberapa soalan. Lim antaranya mahu Najib menjelaskan bagaimana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membelanjakan wang yang dipinjamnya. Menurut Lim, kira-kira AS$8.3 bilion dalam bentuk pelaburan dan pinjaman tidak pernah digunakan untuk tujuan yang sepatutnya. Daripada terus tenggelam dalam perdebatan sama ada Kementerian Kewangan (MoF) ada menyuntik dana (bail out) untuk 1MDB, Najib seharusnya menjelaskan mengenai beberapa transaksi berikut, kata Lim dalam kenyataan. “Ke mana perginya AS$1.83 bilion yang dilaburkan bersama Petrosaudi antara 2009 dan 2011? “Ke mana perginya AS$3.5 bilion… Read more »